Aku telah dikurniakan 4 anak2 yang sangat membahagiakan aku. Aku bersyukur dikurniakan Allah anak perempuan yang pertama dan kedua diikuti lelaki yang ketiga dan keempat. Sudah ada 2 pasang anak yang diidam-idamkan oleh semua ibu bapa. Alhamdullilah aku dapat nikmat tu. Terima kasih Allah
Kami diterajui oleh suami yang penyayang seusia denganku iaitu 41 tahun pada 2019 yang sudah di penghujungnya ini. Kami hidup sederhana sahaja ada rumah, kereta dan sedikit aset hari tua.
Aku rasa dah cukup bahagia bila sudah berenam dan fokusku nak mula tambah ibadah, perbanyakkan lagi dan qada ibadah puasa dan solat yang mana tak sempurna atau aku tak sengaja tinggalkan/terlepas pandang.
Namun perancangan Allah melebihi segalanya.. jeng..jeng..jeng...apa tu? Aku mula gelisah bila last day periodku patut datang ianya sepi tanpa berita...bagai layang-layang putus talinya... Rasa biru dimuka dan hari tu serba tak kena. Aku kerap ke tandas melihat tanda2 bila periodku nak keluar...ohh my god!!!
Bersambung.....