Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

PANTAI LEMAN

🇲🇾Daoist799805
--
chs / week
--
NOT RATINGS
3.3k
Views
Synopsis
menceritakan tentang seorang remaja bernama Lah, dan rakan akrabnya Bad dan Aly yang menempuhi zaman akhir persekolahan mereka. banyak yang dilalui Lah dan rakan baiknya, suka dan duka ditempuhi mereka sehinggalah mereka membawa haluan hidup masing-masing kerana disebabkan sebuah nota.
VIEW MORE

Chapter 1 - Jambatan Tok Pasai

Angin menyapa lembut wajah Dan diriku.. terasa sejuk tubuhku, aku menjulurkan kaki ku di celah-celah tiang jambatan sambil menikmati pemandangan senja selepas maghrib di kuala sungai Kedah, dapat terlihat pada pandanganku bot-bot nelayan di pengkalan, Ada juga yang baru pulang membawa hasil tangkapan melintasi dibawah jambatan tempat aku bersantai menunggu sahabat baik ku,

Tahun ini umurku sudah 17 tahun, tahun ini adalah tahun yang paling mencabar untuk ku kerana tahun ini lah aku akan menempuhi peperiksaan yang terakhir persekolahan ku, sambil menikmati pemandangan senja aku berangan-angan mendapat beberapa A dalam peperiksaan itu nanti dan ditawarkan ke beberapa University ternama dalam negara Dan luar negara, membuatkan Aku tersenyum sendirian,

Ketika sambil seronok berangan-angan, terdengar suara menyapa Aku dari lamunan, "wei Lah sorry lambat, aku pi beli barang Kat kak aku sat"

Aku berpaling ke belakang melepaskan pelukanku dari tiang jambatan dan terlihat wajah rakan baik ku tercungap-cungap mengayuh basikal mendaki jambatan.

Aku pun membalas "Lama aku tunggu hang tau dak Bad, cepat sikit wei" dengan wajah keletihan Bad berhenti berdekatan dengan aku dan meletakan basikalnya diatas kaki lima jambatan merapati basikal aku.

"Wei Bad apa plan kita Hari ni"

kata aku pada bad yang sedang membuka kasut melapik punggungnya untuk duduk menjulurkan kaki dijambatan,

"sat lagi pukul 8.30 kita pi sembahyang isyak dulu kat Masjid Putera sebab ada kenduri hari ni, kita makan kenyang-kenyang dulu baru Kita pi rumah Aly"

kata Bad pada ku,

"hahh cantik, hang kalau bab makan, tau-tau ja masjid mana buat kenduri na"

Bad tersengih-sengih lalu berkata padaku

"nak hidup kena pandai la brader"

Selepas selesai solat isyak dan menikmati juadah di Masjid Putera kami mengayuh basikal menuju ke rumah Aly yang agak jauh, kami perlu melintasi lampu trafik simpang Sekolah Seberang Nyonya ke Pekan Kuala Kedah dan memasuki taman perumahan 'rumah murah' berdekatan Taman Sri Putera,

Ketika sampai kami mengetuk pintu rumah Aly lalu dibuka oleh adiknya, adiknya bersuara kuat memanggil abangnya dari dalam bilik,

"abang Aly kawan hang mai"

"hah ok, Lah, Bad, masuk dulu aku nak sembahyang sat"

Aly berkata pada kami,

sejurus dengan kata-kata Aly, emaknya bersuara dari ruang tamu

"Lah, Bad, masuk dulu makcik buat ayaq"

"tak payah la makcik, kami dah minum tadi dekat masjid, Ada orang buat kenduri" Aku berkata pada emak Aly,

"kenduri apa Lah" emak Aly bertanya lagi.

"kenduri arwah Tok teh Hamid duduk lorong dua makcik" Bad menyampuk,

"Lah, Bad, hampa nak study apa malam ni" Aly bergegas turun dari biliknya terus bertanya soalan muslihat pada kami, kami tersengeh mencuri pandang emaknya yang berada di dapur, bagai sudah memahami peranan masing-masing lalu Bad berbisik pada telinga Aly satu perancangan kami malam ini untuk keluar mengayuh basikal hingga ke Seberang Kota Kuala Kedah Dan lepak-lepak di Pekan Kuala Kedah kerana sudah bosan mengadap buku-buku mata pelajaran yang setiap hari pagi dan petang mengadap buku-buku tersebut.

"Hang bagi tau mak hang kata kita nak keluar sat" kata Bad pada Aly, Aly terus memberi isyarat tangan menyatakan okey dan terus ke dapur bertemu emaknya yang sedang menyusun pinggan mangkuk.

Tirai antara dapur dan ruang tamu diselak, Aly keluar dengan wajah yang sayu,

"apa macam Aly," aku menyoal Aly yang dalam keadaan sugul, "Mak aku bagi keluarr.. yeayy."

kata Aly dengan wajah yang gembira sambil menggoyangkan tangannya,

fuhhh, lega mendengar kata-kata Aly dapat juga kami jalan-jalan sekitar Kuala Kedah

"Jom geng kita ronda satu kola"

Kata Bad, sambil memulakan kayuhan basikalnya menyelusuri jalan-jalan tanah merah sekitar 'rumah murah' menuju ke jalan besar bertar,

Malam itu sungguh indah bagi kami,

kami melupakan segala-galanya tentang pelajaran sambil menikmati angin yang menyegarkan tubuh kami tak kala mengayuh basikal dan menikmati pemandangan sekitar Kota Kuala Kedah dan Pekan Kuala Kedah, sudah selesai 'meronda' kami berhenti di tapak kami selalu melepak di atas Jambatan Tok Pasai Berhadapan antara Kota Kuala Kedah dan Pekan Kuala Kedah yang ditengah-tengahnya dipisahkan dengan Sungai Kedah yang keruh dan banyak pengkalan dan jeti-jeti kecil nelayan di kiri Dan kanan termasuk juga pengkalan LKIM Kuala Kedah dan Terminal Ferry Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.

Keesokan harinya,