Tiga bulan sebelum,
lop
Double kills!! Triple kills!!! Maniac!!!....Savage!!!... ahhhh...ayat yang
ditunggu tunggu oleh setiap permain video games Mobile Legends tu
akhirnya dapat jugak ku dengar setalah sekian lama bermain…ya..Savage
oh sungguh indah bunyinya…
"ASTAFIRULLAHHAAZIM!!!.... MUHAMMAD ZAINUDDIN
BIN ZAINUD... dah pukul 10 pagi.. Hang masih duk melingkaq atas katil
lagiii… dah macam ular dah mak tengok..bangun mandi sanaaa! Mak dah
siap kan sarapan atas meja nu.. pi mandi makan sana..nanti kalo sejuk
jangan nak merungut makanan tak sedap pulak" bebel mak diawal pagi
atau sudah nak masuk tengah hari, kadang kadang bebelan mak ni ada
masanya agak kelakar dan ada masanya menyakitkan hati. Pernah satu
ketika aku meninggikan suara dekat mak sebab mak selalu membebel
dekat aku. Ketika tu, emosi aku mungkin tak setabil atau hasutan syaitan
telah pon berjaya menguasai minda sampai aku tertinggikan suara dekat mak. Keadaan mak ketika itu terkedu aku dapat melihat sedikit air
matanya terkeluar dan pada ketika itulah arwah ayah datang kepada ku
tanpa sebarang amaran atau kata-kata darinya terus dilempangkan sekuat
tenaganya hinggap dipipiku. Tanpa sedari air mataku turun berguguran.
Selepas kejadian tu, sampai la sekarang aku tak Pernah meninggikan
suara ku kepada mak lagi.
"jap mak….last game… last game" rayuku
"Last game pukoq hang… dah pukul 10 pagi dh… orang dah pegi
keja hang still kat katil lagi… bukan ke hari ni hang kene pindah dekat
rumah baru tu?"
"yeke?... hari ni ke? bukan besok ke?" soal ku semula dengan nada
manja
"hari ni laaa encik zainud oiiii….muda muda pon dah lupe keeee?"
perlinye
"hehehe" sambil tersenyum
"dah jangan nk tunjuk sangat senyum kambing hang tu…dengan
gigi tak gosoknye…mandi pon tak..haiihhh sape la nak kawin dengan
hang kalau macam ni perangai.." mak bangun dan beredar kelua dari bilik
untuk sambung kerjanya yang tertangguh disebabkan melayan kerenah
anak sorangnye ni….hehehe..
______________________________________
Ahhhh….malasnye nak bangun…haihhh…nak tak nak kene bangun
jugak kalau still ikut kan sangat hati ni kang sampai bila nak gerak ye
dok? … Aku tutup video games tadi yang dari tadi terbiar terpasang tak
bermain. Lalu, aku bangun kemas katil, dan terus masuk ke bilik air untuk
mandi, berus gigi, shampoo rambut dan sebagainya. Habis je mandi aku mule la kemas barang untuk dibawa ke rumah sewa tu nanti. Rumah sewa
tu adalah rumah sewa kali yang ke 3 buat aku. Yang first adalah rumah
sewa, aku stay maybe dalam 4 atau 6 bulan macam tu dan dihalau kelua
disebabkan tak bayar duit sewa rumah disebabkan ekonomi tak stabil
time tu. Rumah kedua juga adalah rumah sewa, aku stay dalam 2 ke 3
bulan dan aku pindah kelua sebab tak tahan dengan kawasan situ... bukan
ape just tempat tu tempat dimana kaki botol selalu lepak dimalam hari
dan tempat tu jugak adalah port penagih buat aktiviti pelik dorang. And
finally rumah yang ke 3 ni rumah sewa jugak, aku sewa pun sebab harga
rumah tu murah dan juga dekat dengan tempat aku belajar. Harap harap
sangatlah rumah ni ok…tapi tengok kepada kawasan rumah tu sebelum
beli macam ok macam la... tak tau la pulak time malam nanti macam
mana kot kot la ade 'peneman' aku waktu malam…
Selesai sahaja kemas barang-barangku termasuklah pakaian ku dan juga
beberapa buah novel yang aku beli tapi tak baca lagi sebab terlalu sibuk
dengan kerja dan masa terluangku banyak dihabiskan dengan bermain
games, layan intagrams, facebook dan sebagainya.
Aku terus ke dapur untuk menikmati juadah sarapan yang disediakan
oleh mak. Ada pisang goreng atau goreng pisang ntah aku pun keliru gak
mana satu sebutan betul, dan makanan favourite aku nasi lemak telur
mata….huisshhhh bau nye saja dah buat perut aku bergeroncong
ditambah pula dengan air kopi susu ohh nikmatnya sarapan pagi niii.
Usai sarapan aku bersalam - salaman dengan mak untuk kali terakhir
maklumlah aku la satu-satunya anak mak yang ada.
"Nud gerak dulu ye mak"
"yelah..elok-elok dekat sana nanti..makan minum jaga jangan sibuk
sampai tak makan, jaga solat tu jangan tinggal" "Orait.., mak jaga diri elok-elok ye kat sini…Kalau rindu call tau"
gurau ku
"hmmm..yela hang tu pun call mak bile dah sampai" balas mak
"Yes ma'am" sambil tabik hormat seperti askar tabik dekat pegawai
atasannya
"Ni Nud gerak dulu ye…bye mak... Love U!"
"Bye… lope u too" sambil tersenyum.
Aku mulakan perjalanan ku dengan lafas Bismillahirahmanirahim. So
Bergeraklah aku menaiki grab terus menuju ke pekan dari situ aku naik
bas. Mungkin aku bernasib baik sebab setibanya aku di station bus,
pemamdu (aku tak sure nak kata pemandu atau pembantu bas) sudah
mula menjerit jerit memanggil penumpang menandakan bas sudah mula
bergerak. Dan betapa bertuahnya aku membawa earphone…fuhhh...nasib
baik bawak sebab selalunye aku tertinggal bende ni.
Bukan ape la kan, pemilik bas ni dari bangsa India so tau-tau la dalam
bas ni dia pasang lagu bahasa ape kan…bukan nak jadi resist ye… just
yela aku bangsa melayu… dan of course la aku tak faham bahasa
dorang….
Harga tiket bas RM5, kira murah la untuk bas express ni kalau nak
dibandingkan dengan bas-bas lain. Lagipun, aku naik bas ni dari Kuala
Selangor menuju ke Sg Buloh je dan lepas tu aku tukar pulak dengan
MRT (Mass Rapid Transit) untuk menuju terus ke KL (Kuala Lumpur).
"Dik, boleh makcik duduk sebelah" kata makcik
"hm?.. Oh boleh duduk la" kata ku
Diam seketika untuk beberapa minit…and
"Adik tinggal mana?" kata makcik memulakan pembicaraan
"Saya tinggal dekat kawasan sini je cik" "ohh… sama jugak la dengan makcik naa…makcik pun duduk dekat
kawasan sini ja"
"ohhh"
"Ni adik nak pegi mana?
"Saya nak pegi KL makcik… saya dapat dapat belajar sana, makcik
dari mana?"
"Oh, makcik dari pekan saja jalan-jalan, shopping sekali sekala" kata
makcik tu sambil tunjuk barang-barang yang dibelinye tadi.
"Baguih na dapat sambung sana, anak makcik pun dulu belajar sana
jugak laa ni dah kerja. Dia kerja jadi ape orang panggil lecu…. Lectrit…
lencture…
"Lecturer" pintasku
"Haa… lecturer… haiii…susah noo nak sebut" rungut makcik tu,
disambut dengan tawa ku
"tapi…. Tu la…lama makcik tak nampak dia…. Apa khabar la dia
sekarang sihat ke tak…. Dah makan ke…. Ok ke kat sana…"
"Dah berapa lama makcik tak jumpa die?" Damnnn Uuuu….!!!
yang kau pegi tanye soalan sensitive tu dah kenapa mangkukkkkk
Makcik tu diam
'Ahh… sudah makcik tu terase… F**k U la Zudinnnn'
"ummm…. Maaf makcik tanye bukan-bukan tadi… saya tanya ja…."
Rayu ku
Makcik tu senyum "tak pe la nak… makcik tak terase pun…."
Balasnye.
Dari kata dan nada makcik tu Definitely die terasee….. Alaaa Zudin
ape kau buattt.
" Die dah dekat 3 tahun tak balik nak…rindu sangat makcik kat
die….bile di call kata busy, banyak sangat kerja… x apelah… makcik
redha je… makcik doa banyak-banyak moga dia ok dekat sana…. " kata
makcik tu dengan senyuman tapi disebalik senyuman tu tergambar
senyuman pahit terukir di wajahnya.
Sayu hati aku dengar makcik tu cakap macam tu…. rasa sedih.
'Ape masalah die, sibuk sangat ke die sampai tak boleh balik sekejap
tengok mak sendiri… bukanya mak orang… mak kandung!!... Sorang
mak yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriatnya!!'
Marah ku dalam hati. 3 tahun beb tak balik 3 tahun!! Kalau aku
sebulan tak balik jumpa mak pun dah macam ape ntah ni lagi la 3 tahun…
tak tau la ape dibuatnya kat sana Wallahu A'alam.
"Sg Buloh!" jerit pemandu bas.
Aku meminta izin makcik tu untuk beredar dan sempat die pesan dekat
aku die kata
" Nanti, bila dah kerja… jangan lupa mak hang naa… sian dia sorang
sorang dekat rumah… dah la hang ja anak yang dia ada… tak kisah la
mana hang pegi luar Negara ka dalam negara ka… tak kisah la sehebat
atau setinggi mana pun gaji hang… jangan lupa mak hang… sebab dia la
hang ada kat dunia ni… sebab dia jugak la hang besaq macam laa ni
tau… ingat!!" pesanan makcik tu sebelum aku beredar kelua dari bas.
Dan sempat juga aku tanye nama anak dia… namanya aiman orang
panggil dia Man ikut dari kata makcik tu umur die dalam lingkungan 30
tahun cam tu.
Jap….bile pikir balik macam mana makcik tu tau aku sorang je anak
mak? Dan macam mana dia tau yang mak aku tinggal sorang je kat dekat
rumah...?
O….K... dan lagi pelik time aku sembang ngan makcik tadi
penumpang dalam bas tadi asyik pandang-pandang aku je macam seolah - olah aku ni cakap sorang-sorang ke.. memang pun…..?.