Pada pagi itu ayah ku akan ke pulau bum bum untuk mencari rumah.kebetulan menurut kawan ayah terdapat rumah yang terletak di salah satu kampung dan pemilik rumah itu mahu berpindah ke Kuala Lumpur.Apabila ayah ku sampai ke hotel dia terus mengarahkan kami untuk berkemas kerana kami akan ke pulau itu selepas makan tengahari.
'Hanan,Hani,Haqiem bersiap cepat kita akan bertolak ke pulau itu dengan menaiki bot' kata ayah
'Baik lah ayah"jawab kami serentak
Ibu pula sibuk mengemaskan pakaian ke dalam beg.
'Tapi sebelum kita ke sana kita singgah ya abang untuk beli barang dapur sedikit' kata ibu kepada ayah.
'Baiklah tapi tuan rumah itu cakap semua barang dapur itu sudah menjadi hak milik kita' Jawab ayah pula.
'Yang itu saya taulah tapi takkan kita ke sana tanpa bawah makanan nanti kita nak makan apa"Sambung ibu kembali.
'Ayah bot yang kita naik tu mesti laju kan macam bot mainan Haqiem ni kan' Tanya Haqiem sambil menunjukkan bot mainan yang dia beli semasa dalam perjalanan hari tu.
'iya' Jawab ayah
'Ayah pulau yang kita tujuh itu mesti ada pantai kan' Tanya Hani pula
'Hani tak semua pulau tu ada pantai tau'Kata ku kepada Hani.
'Betul kata kak Hanan tu Hani pulau ni terhasil akibat daripada hakisan yang berlaku dari bawah plat benua'Tambah ayah pula.
"Dah lah sudah-sudah bersembang tu nanti sampai pula kita dah jam 12 setengah ni" Sampuk ibu pula.Ibu ini jenis nya tidak suka melengahkan masa menurut ibu orang yang melengahkan masa itu adalah orang yang rugi.
Sebelum kami ke pulau itu kami makan tengahari dahulu kami makan di restoran yang terkenal di daerah ini.
Selepas makan tengahari kami sekeluarga pergi ke pasaraya yang terkenal di situ iaitu Giant dan Century untuk membeli lauk untuk makan malam nanti.suasana di pekan kecil ini sangat sibuk walaupun penduduk nya tidak terlalu ramai.
Selesai membeli lauk untuk makan malam tepat pada pukul 2 pagi kami bertolak ke pulau tersebut menaiki bot yang telah di sewa oleh ayah ku sebanyak 30 ringgit.Walaupun penduduk di sini kelihatan sangat suka selekeh tetapi mereka sangat peramah dan periang.Sesampainya kami di kampung yang terletak di pulau itu aku sangat terkesima kerana penduduk di sini membantu kami untuk mengangkat barang-barang tanpa mengharapkan bayaran.
Apabila kami memasuki rumah yang baharu di beli oleh ayah sekali lagi kami terkesima dengan rumah mana tak nya rumah itu memiliki empat buah bilik yang cukup untuk kami sekeluarga manakala ruang tamunya cukup besar sama seperti dapur nya yang yang besarnya hampir sama dengan dapur nya.Pendekkan cerita semua keperluan telah tersilap dengan cukup.
"Wah! besar nya rumah kita" Kataku sambil melihat sekeliling rumah itu.
"eh! iya lah dah macam banglo" sambung Hani dalam tawanya.
Keesokan paginya apabila aku bangun dari tidur aku segera ke jendela untuk menghirup udara yang cukup segar itu.Dalam aku leka menghirup udara yang segar itu Hani datang.
"hah!"katanya secara mengejut
"oh mak kau! " Kataku dengan nada terkejut.
"ishh kau ni terkejut aku tau" sambung ku
"hahaha" kata Hani dengan nada tawanya
Selepas sarapan dan mandi aku berjalan-jalan di halaman rumah sambil melihat sekeliling rumah yang penuh dengan pokok-pokok bunga yang cantik dan subur.