Aku seorang gadis kampung , aku dilahirkan di hospital seberang jaya ,pulau pinang, Namaku adalah Aisyah Binti Malik, umur aku 17 tahun dan aku tinggal bersama keluargaku dan mempunyai 5 orang adik-beradik iaitu 4 perempuan dan seorang lelaki , dan aku adalah anak yang ke-2 .
Pada tahun ini , aku bakal menduduki peperiksaan SPM (Sijil penilaian Malaysia)yang bakal menentukan masa depan aku dan jalan cerita hidupku. Kehidupan aku seharian hanyalah bersama buku-buku dan sering menghabiskan masa untuk mengulangkaji mata pelajaran yang di ajar oleh guru sewaktu di dalam kelas.
Aku tidak hanya belajar di sekolah sahaja , tetapi Aku juga ada melibatkan diri ini untuk belajar di luar kawasan sekolah, contohnya , aku pergi ke kelas tambahan bersama kawan-kawan sekelas yang lain, adakalanya aku juga sering pulang lewat ke rumah kerana selalu asyik brsama kawan-kawanku yang sibuk membincangkan pelbagai rumusan tentang matapelajaran.
Dalam beberapa hari aku terlalu asyik dengan kelas tambahan pembelajaran di luar ,Saat itu juga aku sering mengenali ramai kawan-kawan yang baru, ketika itu aku merasa sangat seronok kerana berpeluang meluangkan masa bersama kawan-kawan sehingga habis kelas tambahan lewat malam.
kini masa kian berjalan dan bertukar, Dan akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Peperiksaan telah pun dimulai, Aku merasa sangat gemuruh namun berkat doa kedua ibubapaku, aku cuba menenangkan diri ketika menjawab peperiksaan ini sambil berbekalkan doa-doa yang di ajar oleh ibubapaku dan guru-guruku.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Hari berganti hari, setelah Beberapa minggu tamat SPM aku hanya duduk di rumah dan hanya sekadar membantu ibuku menguruskan rumah dan menjaga adik-adikku yang masih kecil. Saat itu aku tidak ada aktiviti apa lagi untuk aku buat selain daripada membantu ibuku sahaja. Dalam keadaan aku seperti itu , lama-kelamaan aku merasa bosan dan rasa terperangkap kerana sering duduk dirumah dan membuat kerja-kerja rumah seperti seorang wanita yang sudah berkahwin.
Apabila fikiran aku merasa sebegitu, aku memberitahu ibuku sedemikian, lalu ibuku hanya berkata " Tak salah belajar dari awal menguruskan hal-hal rumah, nanti dah kahwin senang semua benda dah boleh buat " kata ibuku.
Selepas aku mendengar ibuku berkata sedemikian, namun aku pun berlalu pergi masuk dan berkurung di dalam bilik kembali.
Begitulah aktiviti seharian aku setelah aku menamatkan SPM beberapa minggu yang lalu. Pagi petang malam aku hanya menghabiskan masa di rumah dan membuat kerja-kerja dapur seperti yang ibuku sering lakukan. Selama ini aku hanya melihat ibuku melakukan kerja dapur hanya sendiri, kini aku pula menjadi mangsa dan merasakan sendiri betapa penatnya menguruskan kerja-kerja di rumah.
Dalam beberapa bulan,Tunggu punya tunggu akhirnya tiba masanya untuk aku mengetahui keputusan SPM aku sama ada baik atau tidak telah pun dirasmikan keluar pada hari ini. Namun setelah aku mengetahui keputusan SPM hari ini keluar aku bergegas bersiap-siap untuk pergi ke sekolah untuk mengambil slip keputusan SPM aku. Setelah tibanya aku di sekolah , terus aku menuju ke guru kelas aku dan mengambil slip SPM, Lalu guruku pun berkata " Tahniah aisyah awak LULUS " kata guruku. Setelah aku mendengar kata-kata dari guruku dan melihatnya sendiri slip SPM aku, Diri aku merasa sangat gembira yang tak mampu aku katakan dan merasa amat-amat bersyukur kerana tidak sia-sia aku belajar lebih masa selama ini hanya kerana untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.
Setelah segalanya selesai aku pun berlalu pergi meninggalkan sekolah dan aku terus bergegas pulang untuk berjumpa ibubapaku untuk menunjukkan kepada mereka hasil keputusan SPM aku yang cemerlang . Setelah sampai di rumah aku terus berteriak memanggil ibubapaku
" oh mak , oh ayah ,di mana kalian " teriak aku,
" mak oh mak, ayah oh ayah " teriak aku lagi.
iya kenapa ni terjerit -jerit , buang tebiat ka? sahut ibuku .
" Ya ada apa, masalah apa jerit-jerit ni? " sahut ayahku pula .
setelah aku bersemuka dengan kedua ibubapaku. lantas aku terus memberitahu mereka tentang keputusan yanh aku perolehi.
" mak ayah aisyah LULUS SPM , tengok lah ini slipnya " kata aku.
" ha! ya Allah betul kah ini, Alhamdulillah " kata ibuku.
" Ya allah betulkah ini, bangganya ayah dapat anak pintar macam aisyah , Alhamdulillah " kata ayahku.
lalu kami bertiga pun berpelukan disitu karna ibubapaku betul-betul berbangga dengan aku saat itu. Lalu ayahku bersuara " disebabkan aisyah lulus Spm, ayah nak bgi aisyah hadiah, jadi aisyah boleh minta apa saja, in shaa Allah ayah akan tunaikan " kata ayahku dengan perasaan bangganya terhadap anaknya.
lalu aku pun membuat permintaan kepada ayahku " eh! betulkah ayah! wahh, kalau macam itu aisyah nak telefon pintar boleh tak ayah ? " kata aku.
" in shaa Allah ayah akan usahakn " kata ayahku
Sebetolnya bukanlah sengaja aku meminta hadiah sebegitu, tetapi aku betul-betul menginginkanya dari dulu , kerana kawan-kawan aku yang lain semuanya sudah pakai telefon pintar terlebih awal, sedangkan aku tidak punya apa-apa, dan aku tidak pernah merasa ada telefon pintar. Jadi dengan kesempatan itu, aku hanya meminta hadiah itu sahaja daripada ayahku.
Setalah semua keadaan kembali seperti sediakala, tugasku hanya seperti biasa, membantu ibuku melakukan kerja-kerja di rumah, dan Dalam beberapa hari ini juga aku sering menghabiskan masa di Cybercafe untuk mengisi segala permohonan dalam talian untuk pergi sambung belajar. Ibubapa aku memberi kebenaran mengisi segala permohonan kerana itu adalah kebaikan untuk masa depan aku.