Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

perkahwinan paksaan

🇲🇾YANAYEN_ISMAIL
--
chs / week
--
NOT RATINGS
14.2k
Views
Synopsis
Armina adalah seorang gadis lepasan universiti di luar negara.Dia adalah seorang yang agak degil tetapi pandai menghormati orang yang lebih tua dari umur dia.Menerima cadangan yang di buat oleh ayah dia amatlah memberi kesan yang mendalam untuk dia dengan menjodohkan dia dengan anak kawan lama ayah dia adalah beban yang sungguh berat sekali dalam sepanjang hidup dia.Tengku Armisyah adalah seorang jejaka yang mempunyai ramai peminat dalam kalangan wanita dan beliau adalah duta kepada produk kesihatan dan kecantikan yang di bawah naungan sebuah syarikat yang terkemuka di United Kingdom.Beliau juga bakal CEO kepada syarikat ayah beliau.Walaupun mempunyai gelaran Tengku,Armisyah tidak pernah menempatkan dirinya di kalangan orang yang angkuh dan sombong tetapi beliau lebih suka digelar orang yang sederhana dan suka dipanggil Syah oleh rakan-rakannya.Beliau adalah seorang anak yang taat akan perintah Tuhan dan orang tuanya.Cadangan menjodohkan beliau dengan anak kawan ayahanda beliau sama sekali tidak memberi kesan yang mendalam kepada beliau kerana di fikiran beliau adalah mengembirakan orang tua beliau adalah tanggungjawab beliau yang mulia tapi mampukah beliau memupuk cinta dengan seorang wanita yang tidak lama akan menjadi pasangan sehidup dengan beliau. Mampukah mereka menjadi pasangan yang bahagia seperti Adam dan Hawa atau menentang penjodohan paksaan ini sehabis mungkin?
VIEW MORE

Chapter 1 - kepulangan ibu ayah

16 Februari 2019 ialah tarikh kepulangan ibu dan ayah dari London atas urusan kerja.kini hidup Armina kembali lengkap setelah kepulangan kedua orang tercinta.

"Assalamualaikum Mina,tolong ambik ibu dan ayah di airport".mesej dari ibu mengejutkan Armina dari pemanduan dia.'Bukankah ibu dan ayah pulang hujung minggu ni'.kata hati Armina yang belum sempat membalas mesej dari ibu kerana sedang memandu kenderaan.Lalu Armina melakukan lencongan ke KLIA untuk mengambil kedua ibu bapa dia.

"Bukan ke ibu dan ayah pulang hujung minggu ke?".tanya Armina dengan bingungnya

"Seharusnya hujung minggu tapi disebabkan kerja ayah selesai awal,jadi kami cadang balik awal lagipun ibu kamu ni katanya rindu sangat dekat kamu itu yang ayah dan ibu balik awal ni". jawab Tan Sri Khalil untuk anaknya itu.

"Baguslah begitu,lagipun Mina rindu sangat dekat ayah dan ibu ni tambahan pulak masakkan ibu lama sungguh Mina tidak rasa masakkan ibu kan".cakap Armina sambil senyum selebarnya kepada Puan Sri Ainon.

"Yelah,nanti ibu masakkan lauk kegemaran Mina yer".jawab Puan Sri Ainon.

"Yeeee".Armina kegembiraan.

"Sudah jom pulang ayah sudah tidak larat ni rasa macam ingin pulang rumah cari bantal dan katil ja"jawab Tan Sri Khalil.