Tatkala aku sedang meratapi kesedihan dalam kegelapan sendirian didalam gaung yang dalam dibawah tanah . Tiba tiba muncul lima susuk tubuh yang bercahaya di tepi tebing gaung , mata ku silau tidak dapat wajah melihat mereka . Mula terbayang di minda wajah ahli keluarga ku dan rakan rakan yang sentiasa menyokong ku . Adakah ini penamat hidupku , tidak aku akan berusaha untuk mencari redha ilahi . Saat aku terpana melihat mereka ,mereka melontar seutas tali untuk menarik aku ke atas . Aku cuba untuk menggapai tali namun kakiku tidak mahu bergerak dan terasa berat , aku tidak perasaan bahwa sebiji batu yang besar menghimpap kakiku . Aku meminta pertololongan mereka lalu aku terlihat cahaya keluar dari tangan mereka dan terus menuju ke batu itu lalu pecah bertebaran . Aku mula bangun terus menggapai tali dan aku ditarik ke atas , saat aku ditarik ke atas aku terlihat dua susuk tubuh bercahaya malap di dalam gua sedang tersengih melihat ku . Aku sangka hanya aku yang ada di dalam gaung itu , namun sangkaan aku meleset . Satibanya di tebing aku melihat wajah kawan kawan ku iaitu SU , AF , JP , AT dan sahabat sejati ku AA , aku mengucapkan terima kasih pada mereka . Aku memberitahu mereka ada orang didalam gaung untuk diselamatkan namun mereka tidak mempercayai ku . Aku melihat semula kedalam gaung , ternyata tiada siapa disana . Siapakah gerangan dua susuk tubuh it , adakah ada kaitan dengan aku . Mengapa mereka muncul dalam pandangan ku saja . Siapa mereka , pertanyaan itu hanya terpendam didalam hati...
Aku tersentak mendengar siren yang kuat , aku melihat pada jam tangan sudah menunjukkan 5.30 a.m. aku terus bergegas untuk mandi . Kami semua perlu mengosongkan asrama pada pukul 7.00 am . Semasa mahu ke bilik mandi , aku melintasi dorm HS dan aku terlihat AZ dan HS sedang berpelukan . Aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik mandi , didalam hati meratapi perasaan geram , marah dan sedih . Mengapakah aku selalu diperlakukan sebegini dengan orang sekililing ku .