Kisah aku bermula ketika aku masih kecil lagi. Kami mempunyai keluarga dan kehidupan yg bahagia. Aku tinggal bersama ibu ayah ku di pinggiran kota. Keluarga kami tidak begitu besar namun kehadiran abang akan sentiasa meriuhkan suasana rumah kecil kami. Ibu ayah sentiasa mendidik dan mengajar kami dengan baik. Abanglah orang yg amat taat dan setia pada perintah ayah. Ayah kami amat tegas dalam didikian agama. Dia akan sentiasa mendengar bacaan kami setiap kali balik dari mengaji waktu malam. Suatu malam, aku dan abangku, Najib pulang dari kelas mengaji. Ketika kami sampai di hujung pagar rumah, ada sekumpulan lelaki keluar berlari dari rumah kami. Kami menyaksikan kejadian itu tanpa terdetik perkara buruk yg telah terjadi atas ibu dan ayahku. Sejurus kami masuk ke dalam rumah, lantai rumah kami di penuhi dengan darah. Kami berdua sampai ke dapur. Ketika itulah kami menyaksikan kejadian yg amat pedih dan sakit dalam hidup kami berdua. Ibu ayah kami di tikam hingga mati sambil di ikat kaki, tangan dan mulutnya. Kami menangis sekuat hati kami dan aku tidak tahu bila pula pihak polis sampai ke rumah kami. Kami di bawa ke balai utk siasatan. Kami menjadi saksi utama dalam kejadian tersebut namun sampai aku berumur 15 tahun pun, polis masih belum dapat tangkap perjenayah tersebut.
Kehidupan Najib dipenuhi dengan penuh dendam kesumat yg mendalam terhadap pernjenayah itu. Selepas kejadian itu, Najib menjadi seorang lelaki yg tidak ada haluan hidup. Dia mula lupa siapa tuhannya dan dirinya. Dia mendekatkan diri dengan dunia yg aku panggil 'Samseng'. Dia mula membelajar ilmu mempertahankan diri dengan pelbagai senjata terlarang dibelakang pengetua dan cikgu rumah kebajikan itu. Setiap malam dia akan mula keluar dari rumah tanpa pengetahuan mereka. Sudah beberapa kali dia ditangkap oleh sekuriti rumah kebajikan itu namun dia masih juga berdegil. Dia mula keraskan hatinya dengan mencari maklumat tentang kejadian pembunuhan ibu ayah kami. Dia juga sangat berani membohongi guru-guru disitu hingga mereka sendiri tidak tahu siapa Najib dan bagaimana sikap dirinya yg sebenarnya. Aku juga kadang-kadang konfius.Walaupun aku juga trauma akibat dari kejadian itu, Alhamdulillah aku masih diberikan akal fikiran yg terbuka dan waras.Aku juga masih tahu adab menutup aurat dan memakai pakaian yg elok ketika keluar dari rumah seperti seorang muslimah yg lain. Najib tidak melarang aku dengan cara aku malah dia amat menyayangi diriku lebih dari dirinya sendiri. Setiap kali aku di ganggu atau di usik oleh kakak senior yg agak pembuli sedikit, dia pasti akan membantu aku hingga kami digelar kembar siam. Najib memang sayangkan aku. Dia akan cerita segalanya tentang dirinya padaku tanpa ada sebarang rahsia diantara kita. Dia juga sudah mendapat beberapa maklumat penting tentang kejadian pembunuhan ibu ayah kami dan dia mula kongsinya padaku sedikit demi sedikit. Cuma tiada bukti yg kukuh utk disabit kesalahan atas mereka yg tertuduh. Namun Najib tidak mudah putus asa, dia akan cari jalan utk mendapatkan maklumat terperinci tentang kejadian tersebut. Namun begitu, dalam pelajaran, Najib merupakan pelajar pintar sekolah. Setiap pelajaran dia dapat jawab dengan begitu baik dan membanggakan guru-guru rumah kebajikan.Sejurus selepas Najib tamat SPM dengan jayanya dan setelah genap umurnya 18, pihak kebajikan anak yatim akan meminta Najib utk berdikari iaitu dengan keluar berkerja utk mecari rezeki hidup dengan atas usaha sendiri. Sejurus Najib keluar dari rumah tersebut, pada mulanya aku sangkakan Najib mula lupakan aku disini. Lama aku tidak mendengar khabar berita darinya. Jadi aku hanya sangkakan dia tidak mahu lagi menganggu hidup aku. Mungkin dia juga mahu aku berdikari sendiri. Aku juga, setelah tamat pengajian SPM dan genap aku berusia 18 tahun dan ketika itulah juga tiba-tiba Najib datang di rumah kebajikan itu utk membawa aku pergi bersama dia. Aku berasa bersyukur kerana Najib masih perlukan aku dalam hidupnya yg aku sangka dia telah lupakan diriku. Mungkin berjauhan tetapi dia masih sayang dan rindukan aku. Dia perlukan aku disisinya utk meneruskan misi hidupnya yg masih tidak tercapai. Aku betul-betul gembira kerana aku sangka dia sudah pun berubah ke arah kebaikan, namun ternyata salah tekaan aku. Najib telah menerima harta peninggalan arwah ibu dan ayah. Banyak juga duit yg di tinggalkan pada kami. Tapi Najib bukan seorang yg tamak. Dia amat amanah dalam memegang wasiat. Harta ibu dan ayah kami di bahagi sama rata. Rumah dan sebuah kereta juga turut di tinggalkan kepada kami. Najib telah menjual rumah dan kereta lama itu kerana bimbang kami berdua akan mengingat kembali peristiwa hitam itu. Najib telah pun membelikan rumah baru dan sebuah kereta baru utk dirinya. Katanya, jika aku mahukan kereta, dia pasti akan carikan utk aku. Aku tidak pandai memandu jadi buat apa ada kereta jika tidak tahu memandu. Lebih baik aku gunakannya ke arah kebaikan. Hidup kami masih mewah walaupun sudah sekian lama aku duduk di rumah tanpa bekerja. Hanya Najib saja yg bekerja menanggung hidup aku. Berkali-kali aku minta dengan Najib utk berikan aku peluang namun setiap kali itu juga lah aku dimarah dan dibangkang keras. Dia memang tidak suka aku menanyakan soalan itu. Hidup kami semakin lama semakin mewah dan jauh dari didikan agama. Selepas aku menamatkan Spm, aku banyak habiskan masa keluar lepak bersama kawan-kawan Najib. Mereka adalah antara kawan-kawan Najib yg boleh di percayai. Setiap pergerakan aku akan dipantau dan diikuti oleh kawan-kawannya itu. Pada mulanya aku amat rimas diikuti sehingga aku berkenalan dengan seorang lelaki, Eddy. Eddy merupakan lelaki pertama yg berani mendekati dan bergurau denganku. Mungkin pada mulanya aku agak kekok dan janggal. Namun setelah beberapa kali kami di beri peluang utk keluar bersama, aku terasa amat selesa dengan nya.
Suatu malam, Najib balik ke rumah dalam keadaan yg tergesa-gesa. Dia mengambil beberapa barang dan di bawa bersamanya. Dia sempat meninggalkan aku sebilah parang dan meminta aku untuk duduk di rumah. Ketika itu, keadaan mereka seperti mahu pergi bergaduh. Aku panik tetapi Najib cuba tenangkan aku. Dia berpesan supaya aku jaga diri dan tidak akan membuka pintu rumah itu jika ada yg