Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

MY BILLIONARE BOSS

Mia_Shushi
--
chs / week
--
NOT RATINGS
44.4k
Views
Synopsis
Gara-gara kecewa akibat putus tunang , Nur Amira melarikan diri dari kampungnya telah datang ke bandar dan bertembung dengan seorang jejaka iaitu Tengku Rykarl Andrian dimana dia juga salah seorang pegusaha syarikat yang terbesar di Malaysia . Percintaan mereka mulai berputik sedikit demi sedikit sehinggalah kekasih Rykarl iaitu Nur Melisa Natasha pulang dari New York . Adakah mereka tetap akan bersama ??
VIEW MORE

Chapter 1 - BAB 1

Sudah lebih 3 tahun setelah Nur Amira meninggalkan kampung halamannya . Kali terakhir dia berada disana sewaktu bekas tunangnya iaitu Muhammad Ammar Ridzuan memutuskan pertunangan mereka berdua . Kejadian itu membuatkan Nur Amira membawa diri kedunia bandar untuk memadam segala kenangan pahitnya sewaktu berada disana .

Bercinta 5 tahun , bertunang 3 bulan lebih , tiba-tiba putus tunang dengan alasan tidak sanggup menghadapi cabaran .. Sungguh setelah kejadian itu berlaku , ianya membuatkan Amira kurang percaya terhadap lelaki .. Dia bukannya lelaki pertama , tetapi dia adalah lelaki pertama yang sanggup bersusah senang dengannya lebih kurang 5 tahun , betul cakap orang ujian bertunang ni lebih berat dari berkahwin ..

Bukannya senang baginya untuk melupakan segala kenangan bersama bekas tunangnya dulu .. Ianya mengambil masa untuk melupakan semuanya ..

Amira melepaskan nafas yang berat , sedang dia asyik termenung , dia pun disergah oleh rakan baiknya iaitu Anis .

ANIS : WOI !!!!

NUR AMIRA : YA ALLAH ANIS !! terkejut aku ..

ANIS : Haa , termenung apa haa ???

NUR AMIRA : Takda apalah , saja teringat kenangan lama ..

ANIS : Dahlah Mira .. kau move on jelah , takpayahlah teringatkan ex kau yang takguna tuh ..

NUR AMIRA : ( tersenyum ) .. Kau nak apa masuk bilik aku ni ?

ANIS : Haa macam ni , ayahnya member aku ada buat party birthday dia , so dia invite kita semua datang ...

NUR AMIRA : Bila tu ?

ANIS : Malam ni , jom ?

NUR AMIRA : Aku bukan taknak Anis , tapi aku takda pakaian yang sesuai lah nak pergi party-party ni .. Kau jelah yang pergi ya ?

ANIS : Ala kau ni , takpa .. kau boleh pinjam pakaian aku .. Aku ada banyak pakaian yang sesuai ke majlis-majlis macam ni ..

NUR AMIRA : Tapi...

ANIS : DAH DAH !! aku nak kau ikut juga .. dari kau terperuk dekat rumah ni buat apa ? teringatkan ex kau yang takguna tu , dia bukannya ingatkan kau pun ... Dah dah aku taknak dengar apa-apa .. kau kene ikut aku juga ! okay ????

NUR AMIRA : ( menghela nafas yang berat ) hmm yelah ..

ANIS : Good ... dah siap-siap .. nanti aku letak bajunya kat atas katil , kau pakai okay ???

NUR AMIRA : Okay ...

Anis Natasha adalah rakan baik Nur Amira semenjak disekolah menengah lagi . Bapanya iaitu Dato Osman merupakan ahli dewan rakyat manakala ibunya iaitu Datin Samsiah merupakan ahli perniaagaan kosmetik yang diberi nama sempena anak tunggalnya , ANIS BEAUTY COSMETIC .. Walaupun berasal dari keluarga yang kaya , tetapi mereka tidak langsung mengambil berat tentang soal status dan sebagainya .. Anis Natasha merupakan anak tunggal Datin Samsiah dan Dato Osman .. Mereka juga rapat dengan ayahnya Nur Amira iaitu Encik Zamzuri .. Mereka merupakan kawan baik Encik Zamzuri semenjak disekolah menengah lagi .. Kerana itu Nur Amira sanggup tinggal bersama-sama mereka kerana mereka merupakan keluarga yang sangat baik dan tidak sombong seperti yang kita tengok didalam drama petang ..

Nur Amira rasa bersyukur kerana dikurniakan kawan yang baik dari golongan yang baik-baik .. Datin Samsiah dan Dato Osman melayaninya bagaikan anak sendiri , malah mereka juga tidak membenarkan dia bekerja dimana-mana kerana risau akan keselamatannya disini .. Nur Amira juga memanggil mereka panggilan mama dan papa kerana sudah terbiasa dipanggil begitu semenjak kecil lagi .. Anis Natasha merupakan anak yang manja itu sebablah Nur Amira selalu melayan karenahnya dengan matang ..

PUKUL 6:30 PETANG

Sedang Nur Amira membetulkan bajunya , tiba-tiba Anis Natasha masuk kebiliknya ..

ANIS NATASHA : ( terpegun ) Wow .. Mira .. you were so beautiful ... OMG...

NUR AMIRA : Yeke ? aku macam takyakinlah nak pergi ..

ANIS NATASHA : What are you talking about ? you look so fucking gorgeous !!! Dress tuh memang sesuai dengan kau .. kau ambil jelah dress ni .. Its suit with you so well ..

NUR AMIRA : Eh mana boleh Anis , dress ni dahlah mahal tiba-tiba kau bagi dekat aku pula .. taknaklah ...

ANIS NATASHA : Apa kau ni ? orang dah bagi tu ambil jelah .. aku ada banyak dress lain .. so dont worry okay ? kau ambil jeh .. takmiskin lah aku ... hihi ..

NUR AMIRA : Erm , okay ...

ANIS NATASHA : Dah jom , kita dah lambat dah ni

NUR AMIRA : What do you mean ? party start pukul 8 kan , so kita ada masa lagi ..

ANIS NATASHA : Hello my dear , party tuh diaorang buat dekat Zouk , and tempat tuh dah disewa .. so since rumah kita jauh dari sana , we're have to go right away ...

NUR AMIRA : WHAT ??!! Anis , i thought they were celebrating at the hotel , what do you mean by Zouk ??? aku taksuka tempat-tempat macam tu lah .. you know me right ??? sampai hati kau tricked aku ...

ANIS NATASHA : Babe , aku cuma nak kau keluar dari rumah je , aku taknaklah kau termenung , terperuk dengan kisah silam kau .. He doesnt give a shit about you .. Please Mira ?? kau takpayah minum pun takpa , kau stick jeh dengan aku ... aku guide kau .. okay ? i'll promise i will never leave you alone at there .. please ????

NUR AMIRA : ( menghembus nafas yang berat ) apa boleh buat ....

ANIS NATASHA : YEAY !!!! dah jom lets go !!

NUR AMIRA : hmm .. yela ..