Setalah setangah jam berjalan Bawang akhirnya sampai ke tempat itu. Lalu dia masuk ke dalam gua itu dan melihat yang didalam gua itu mempunyai banyak duit, emas, belian, dan harta karun tetapi itu bukanlah apa yang Bawang inginkan.
Tiba-tiba sahaja penghuni gua itu memunculkan dirinya dari sudut gua yang gelap itu dan lalu berkata kepada Bawang "siapakah yang berani datang ke gua ku ini" Bawang lalu membalas "aku adalah Bawang dan aku datang kemari kerana aku telah diberitahu yang disini aku boleh mencapai hajat ku yang ku mahukan" penghuni gua itu lalu bertanya "hajat?... apakah hajat yang engkau mahukan itu?" Bawang pula memberitahu hajatnya kepada penghuni gua itu "hajat ku adalah aku mahukan semua orang menyukai dengan wajah yang tidak setanding dengan sesiapa pun di dunia ini walaupun Rama" penghuni gua itu berkata lagi "Boleh.. aku boleh menunaikan hajat mu tetapi kau harus membuat sesuatu untuk ku dahulu" Bawang pula bertanya "apakah yang engkau mahu aku lakukan" penghuni gua itu berkata "kau harus membagiku sedikit daripada darahmu kepada ku dan engkau harus bermandi menggunakan air yang ku sediakan" Bawang lalu menggatakan "jika itu apa yang engkau mahukan aku boleh memberi mu darah ku dan bermandi dengan air yang engkau sediakan tetapi jangan engkau lalukan apa-apa yang bukan ku mahukan".
Bawang pun menggigit jarinya untuk membagi sedikit daripada darahnya kepada penghuni itu, terus sahaja penghuni itu tertawa dan lalu menyuruh Bawang untuk menunggu sementara penghuni gua itu menyediakan air mandian untuk Bawang.