Seperti hari-hari yang biasa, Sheena sibuk di ladang kambing milik auntie dan uncle-nya. Membersihkan kandang kambing dengan menyental lantainya (menurut arahan Pn.Biba) dan memastikan semua najis kambing dibuang ditempat yang disediakan (agak mustahil tapi itulah tugasan Sheena). Kalau dulu dia berasa jijik dengan semua itu tapi kini itu semua merupakan perkara biasa baginya. Bau busuk? Bagi Sheena bau busuk itu kini sudah sebati dengan dirinya, tiada bezanya dengan bau perfume mahal dari brand Victoria Secret atau Chanel atau brand mahal yang lain. Sama sahaja.
Dia terbongkok-bongkok menyental lantai kandang kerana tidak lama lagi auntie-nya akan datang untuk memantau dan kalau tidak mencapai piawai yang dia tetapkan alamatnya, Sheena perlu bekerja lebih masa hari ini (macamlah dia bekerja dibayar gaji).
Setelah bertungkus lumus beberapa jam, akhirnya kerjanya pun siap (part lain ada pekerja lain yang buat). Dia berjalan turun dari dalam kandang sambil menyanyi-nyanyi kecil, keriangan. Orang lain pasti stress apabila berada di tempatnya tapi Sheena dia tidak mahu berfikiran negatif. Walau apapun yang dia fikirkan keadaannya akan tetap sama, tidak akan berubah. Tapi mungkinkah akan berubah satu hari nanti? Wajah Adam terbayang di fikirannya, senyuman di bibirnya semakin lebar. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Emma tempoh hari, kahwin je lah senang cerita. Mungkin ada betulnya kata-kata minah-minah bawang tersebut.
"Selamat tengah hari cik Sheena. Cik Sheena ada nampak En.Martin ke?" Murad salah seorang pekerja ladang menegur Sheena. Disebelahnya berdiri seorang pemuda yang berpakaian kemas, tampan seperti pelakon Thailand, tinggi lampai dan berkulit cerah.
"Selamat tengah hari juga. Saya tak nampak uncle hari ini, mungkin dia di office." Sheena menjawab tapi matanya memandang pemuda tersebut. Cuci mata. Almaklumlah, dari pagi tadi tengok najis kambing. Risau lama-kelamaan dia tidak lagi dapat bezakan manusia dan najis kambing. Parah. Oleh itu, bila nampak orang hensem sikit bersih sedikit matanya, bahagia pun ada. Ciptaan Tuhan memang indah-indah belaka. Tipulah kalau ada wanita yang tidak suka melihat lelaki hensem walaupun sudah ada kekasih hati. Tidak salahkan kalau sekadar mencuci mata, jangan sahaja ada niat mahu menukar jodoh. Ehhh.
Murad kemudiannya berbual sekejap dengan lelaki itu dan Sheena masih setia berdiri di sebelah mereka, masih menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Jangan disia-siakan peluang yang ada. Bukan selalu ada jejaka tampan ala-ala pelakon datang bertandang di ladang mereka, paling pun Dinar si jejaka Lombok tukang bagi makan kambing-kambing atau Budi, si tukang perah susu. Setanding Nicholas Saputra? Maaf, muka mereka pun sudah iras-iras kambing di mata Sheena kerana setiap hari mereka sahaja yang dia akan jumpa.
Kemudian dia tertanya-tanya apakah tujuan pemuda setampan itu datang ke ladang mereka dan bukan ke pejabat terus? Jarang-jarang berlaku. Takkan mahu menjadi pekerja ladang uncle Martin pula kan, pakaian sudah smart sekali kerja bersihkan kandang kambing. Sheena tersengih sendiri memikirkan rasional imaginasinya itu. Pemuda tadi menjeling kearahnya beberapa kali kemudian menggosok hidungnya dengan sombong. Eh, busuk sangatkah dia? Sheena menghidu bajunya, normal. Maknanya tidaklah sebusuk mana pun tapi muka pemuda tersebut seperti sedang berdiri di tepi timbunan najis kambing sahaja, sampai hati. Gadis cantik sepertinya dipandang seolah-olah timbunan najis kambing. Sedih.
"Boleh kita berbincang di tempat lain? Udara kat sini tidak berapa fresh." Ujar lelaki tersebut sambil memandang Sheena sekali lagi. Murad yang tadinya tidak perasan dengan keberadaan Sheena turut menoleh memandangnya kemudian tersengih, dia ingatkan gadis tersebut sudah meninggalkan mereka tadi.
"Oh, maaf En.Mike...mari ikut saya ke sebelah sana. Kita berbincang di pondok sambil saya akan cuba hubungi En.Martin lagi."
Murad yang seakan faham akan maksud Mike segera membawanya ke tempat lain tapi sempat berpaling kearah Sheena sambil memberikan isyarat minta maaf.
Sheena mencebik geram, harap muka sahaja hensem tapi sombong nak mampus. Jauh sekali dapat menandingi Adam. Kemudian rasa bersalah datang bertandang di hatinya kerana memuji lelaki itu tadi hensem. Kesian Adam. Sudahlah hensem baik pula tue, memang idaman hatinya sungguh-sungguh. Cukup sempurna.
********
Sudah berkali-kali Sheena cuba menghubungi telefon bimbit Adam tetapi panggilannya tidak dijawab. Sejak akhir-akhir ini, teman lelakinya itu semakin sukar untuk dihubungi. Jangankan dihubungi, membalas mesej juga jarang. Ada sahaja alasan yang dia berikan, sibuklah, tertidurlah, telefon bimbitnya tertinggal di rumahlah dan pelbagai lagi alasan yang kadang tidak masuk akal. Namun, Sheena cuba untuk mempositifkan dirinya. Tidak baik bersangka buruk. Manalah ada hubungan yang bahagia tanpa sedikit dugaan dan cabarankan.
"Aku suruh kau mop lantai ! Bukan tengok telefon 24jam! Ada juga yang pecah saya hempas kat dinding nie."
Sergah Pn.Biba di belakang Sheena tiba-tiba.
Cepat-cepat Sheena memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar kemudian menyambung kerjanya. Dia tidak menyangka yang Pn.Biba akan keluar dari biliknya lagi selepas seharian di office pada hari ini. Selalunya dia akan shut down terus sehingga pagi.
"Maaf, auntie."
Dia meminta maaf sambil sungguh-sungguh memop lantai tanpa memandang kearah auntie-nya itu lagi.
"Maaf, maaf...tapi besok-besok buat lagi." Pn.Biba mengomel sambil berlalu masuk ke dalam dapur.
Sheena menarik nafas lega kerana tidak dilempang atau ditampar oleh Pn.Biba. Itulah lalai sangat, sampai buat kerja pun masih bermain dengan telefon bimbitnya.
"Jangan lupa mop kat bawah meja sekali."
Ujar Pn.Biba lagi sambil berlalu masuk ke dalam biliknya semula.
"Baik, auntie."
Persis tentera pula Sheena menjawab auntie-nya itu.
Selang beberapa minit, Kayla pula keluar dari dalam biliknya. Berpakaian cantik dan bermekap tebal. Sheena menghentikan kerjanya memandang sepupunya itu tidak berkelip dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas kemudian melirik kearah jam dinding. Sudah hampir jam6.00pm. Mahu ke mana pula sepupunya itu lewat petang begini, tidak pernah dia keluar selewat ini. Biasanya dia akan keluar awal pagi kalau pun akan keluar bersama-sama rakan-rakannya kerana En.Martin dan Pn.Biba melarangnya keluar kalau sudah terlalu lewat.
"Awak nak ke mana?"
Sheena bertanya hairan.
Sepupunya itu berpura-pura tidak mendengarnya sambil duduk di sofa. Tangannya sibuk menekan-nekan telefon bimbitnya.
"Kayla, saya tanya nie. Awak nak ke mana lewat begini?"
Sheena bertanya lagi, tidak berpuas hati kerana soalannya tidak dijawab. Walaupun hubungannya dan Kayla tidak rapat tapi dia tetap sepupunya. Dia perlu mengambil tahu tentang halnya. Nanti kalau Pn.Biba atau En.Martin bertanya dia tahu juga mahu menjawab.
Kayla menjeling tajam kemudian mendengus marah.
"Sibuk. Suka hati sayalah nak ke mana pun. Bukan hal awak. Jangan nak jaga tepi kain orang, boleh tak? Awas, kalau mama atau papa tahu saya tidak ada di rumah."
Sheena tersengih. Okay, first of all dia bukannya berminat sangat mahu tahu tapi memikirkan tentang sebarang kebarangkalian yang akan berlaku, dia perlu juga tahu.
"At least, saya tahu nak jawab kalau jadi apa-apa dengan awak. Bukannya saya teringin sangat nak tahu, awak nak ke mana." Ujar Sheena tenang kemudian meneruskan kerjanya. Dia juga sengaja memop dengan kasar dekat dengan kaki Kayla. Menyebabkan kaki Kayla terkena percikan air mop.
"Hei, mop tue biar elok sikit boleh tak? Kotorlah nanti kaki saya terkena percikan air!"
Kayla mengherdik geram.
Sheena meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Kayla yang membebel. Padan muka. Dia memarahi di dalam hati.
Tidak berapa lama selepas itu, Kayla keluar dari dalam rumah tapi sempat mengingatkan Sheena agar tidak merepotkan halnya kepada Pn.Biba atau kepada En.Martin. Sheena menulikan telinganya, malas mahu masuk campur dalam hal Kayla. Lantak dialah mahu melakukan apa pun, usia sudah dewasa jadi pandai-pandailah jaga diri sendiri.
Kayla dua tahun lebih tua daripada Sheena, bulan lalu dia sudah genap 20 tahun. Namun, perwatakannya tidak menggambarkan usia sebenarnya kerana kelihatan masih keanak-anakan. Tidak tahu melakukan kerja-kerja rumah kerana semuanya dilakukan oleh Sheena. Tidak tahu menguruskan ladang, turun ke ladang juga tidak pernah. Sedangkan seumur hidupnya baru beberapa kali dia ke pejabat pengurusan papanya. Apa yang dia tahu buat? Tidur, makan, menonton televisyen, bermain telefon bimbit dan bermekap sahaja setiap hari. Kalau berkaitan dengan penjagaan kulit dan muka dia memang superb tapi hal-hal lain, hampeh.
Mata Sheena kemudiannya melihat ke kiri dan ke kanan, memastikan yang dia keseorangan di ruang tamu. Setelah pasti bahawa tidak ada bayang Pn.Biba atau Kayla, dia mengeluarkan kembali telefon bimbitnya. Dia mencuba lagi menghubungi Adam tapi masih sama. Tidak dijawab. Namun, dia masih tidak berpuas hati, dia menghubunginya lagi. Dia risau kalau ada apa-apa yang berlaku dengan Adam. Walaupun dia tahu sekarang Adam sedang sibuk mencari kerja tapi sekurang-kurangnya balaslah mesejnya. Tidak juga dia tertanya-tanya.
"Hello."
Sheena tersenyum gembira, akhirnya panggilannya diangkat juga.
"Hello, Adam. Awak okay tak? Sibuk ke? Kenapa tak balas mesej saya?" Sheena bertanya bertalu-talu sambil matanya meliar memandang sekelilingnya, manalah tahu Pn.Biba keluar lagi secara tiba-tiba dari dalam biliknya.
"Saya okay. Sorry, saya tengah sibuk nie. Tue lah tak dapat nak angkat call awak. I'll text you later."
Klik.
Sheena tergamam, tidak mampu mahu mengatakan apa-apa. Dia menarik nafas sedih kemudian meneruskan kembali kerjanya. Adam sudah berubah. Tiba-tiba dia berasa takut untuk kehilangan insan yang dia sayangi lagi. Ah, jangan fikir bukan-bukan Sheena! Kamu sahaja yang membuatkan diri sendiri risau. Adam memang benar-benar sibuk. Ingat, semuanya untuk masa depan kami berdua. Sheena tersenyum sendiri apabila terfikirkan kehidupan mereka berdua pada masa akan datang. Sabar Sheena, sabar.