Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

ayat yang hilang

Diandra_Altunia
--
chs / week
--
NOT RATINGS
4.8k
Views

Table of contents

Latest Update1
Kunci5 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - Kunci

Hana seorang gadis baik, sederhana tinggi dan sangat bijak. Dia pelajar di UiTM Puncak Alam yang mengambil jurusan sistem pengurusan pejabat. Seorang yang sangat bergaya tetapi sangat mengutamakan penjagaan auratnya. Dia memakai tudung yang labuh, berpakaian longgar dan memakai sarung kaki dan lengan.

Dia berjalan dengan lemah lembut dan kepalanya sedikit menunduk ke bawah. "Hai awak". Seorang lelaki menegurnya dari hadapan sambil mengenyitkan mata sebelahnya. Hana apa lagi, buat-buat Tak dengar dan terus berjalan tanpa hiraukan lelaki itu.

Malam itu, para pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti mereka seperti biasa. Hostel mereka mulai sunyi kerana kebanyakan mereka melakukan aktiviti luar. Hana berjalan balik ke bilik selepas temuduga pengecualian bayaran kolej di Dewan Shah bandar. Hostelnya berada dihadapan Dewan Shah Bandar. Hana mengambil baldinya untuk mandi dan berwuduk. Hana membuka paip singki. "eh takda air ke"? Hana membuka paip tandas pula. "Lah, macam mana ni takda air? Kejap je kot". Dia balik ke bilik dan melihat dua orang rakan sebiliknya sedang sibuk membuat tugasan yang diberikan pensyarah. Seorang lagi rakan sebiliknya sedang tidur nyenyak. "Wey kunci aku hilang. Kau ambil eh"? Kasih bertanya ke Hana. Wajah kasih seperti tidak puas hati terhadap Hana yang menggambarkan seolah-olah Hana pencuri kuncinya. Hana terkejut dan berkata "ha? sorry wey, aku memang tak tau". 'Malam ni masa aku habes dekat temuduga tu je". Hana meletakkan baldinya semula ditepi almarinya. Tiba-tiba Hana gelak. Bella terkejut dan penanya terlepas". Angin sejuk terasa melalui setiap liang roma Bella. 'Kau kenapa beb? scarynya, tiba-tiba je gelak". Hana memandang Bella dengan pandangan tajam dan menyeramkan. Hana menjawab dengan suara yang berbeza, iaitu suara sedikit lembut dan menyeramkan. "Tak ada apa-apalah, cuma hahahahaha, bergurau je". Hana naik ke atas katilnya yang berada dibahagian atas."