Booommm!!!!....begitu meriah perasmian hari sukan sekolah menengah.Ramai tenaga guru dan juga pelajar digunakan untuk menjayakan hari ini.
"Huaaa....ngantuk ngeh"kata Fareesha sambil menguap.
"Tutup mulut tu bila menguap"balas Intan sambil menekup mulut Fareesha.
"Hehehe...sorry akak comel"pujuk Fareesha sambil membuat memek comel.
"Bisinglah korang ni,nah aku bawakkan air"sergah Faiq sambil menghulurkan sebotol air oren kepada mereka.
"Hah,mana Sha,tak nampak pun dia.Tak datang ke?"tanya Faiq.Dia amat risau apabila Sha tidak hadir.Setahunya Sha rajin ke sekolah.
"Tak datang?Ada je kat situ tengah tidur"balas Fareesha sambil menunjuk ke arah belakang kerusi yang mereka duduk.
"Haish,tak berubah!Hoi,bangunlah ini bukan rumahlah!"jerit Faiq di telinga Sha.
"Oi,pekak telinga aku!"Sha yang baru sahaja terjaga terus melenting kerana pantang dia kalau kacau orang idur.Siapa je suka kan.
"Hah,bangun pon kau ni!"balas Intan dengan nada yang marah.
"Yang kau ni tak ada acara ke,pergilah"tanya Sha pada Faiq.
"Dah lepas dah,kau yang tidur tadi.Tengok ni."balas Faiq sambil menunjukkan medal yang dimenangi olehnya.
Sha tersenyum,dia amat bangga dengan Faiq kerana dia tahu Faiq boleh lakukan.Halangan bukan satu cabaran bagi orang seperti Faiq.Dia sudah tahu Faiq amat minat dalam sukan.
"Eh,dia senyumlah".Sha terus terberhenti apabila suara itu menyapa dirinya
"Takde".Sha membalas balik dengan menghadiahkan sebuah senyuman padanya.
"Kalau tak ade ape,jom cari makan"ajak Fareesha sambil tangannya menarik Sha.
"Baiklah!!!"mereka membalas secara serentak menandakan mereka setuju.
Hampir 1 jam mereka meronda di tapak gerai.Satu makanan pun tak ade. "Weh satu makanan pon tak ade au!"marah Sha kerana dia sememangnya sudah lapar.
"Sabarlah,kitaorang tak tahu nak ape"jelas Faiq pada Sha
"Kalau gitu aku pilih"kata Sha
"Hah,cepat apa?tanya Intan tanda teruja.
"Kita balik rumah tido"balas Sha dengan muka selamba.
"Aaa...ape eh!"marah Faiq pada Sha.Baginya Sha memang tak boleh dilayan karenah dia sebab selalu bagi jawapan acuh tak acuh.
Berjalan dan terus berjalan itulah yang dilakukan oleh mereka berempat.Sehinggalah tiba di satu gerai Faiq berhenti.
"Sha,nak tak kalau aku belanja kau makanan ni?Kau suka makan marshmallow kan?"tanya Faiq sambil menunjuk ke arah bekas yang berisi marshmallow.Sha terkedu.Dia tidak tahu bagaimana Faiq mengetahui itu makanan kegemarannya.Setahunya dia tidak pernah memberitahu.
"Ma..ma..macam mana kau tahu tu makanan kegemaran aku?"Sha memandang wajah Faiq.Sukar dipercayai jejaka itu mengetahui makanan kegemarannya.
"Orang kalau nak kenal kena tahu semua tentang orang tu.Lagi pon kau nak tak?"Faiq menanyakan soalan itu sekali lagi.
"Ok je"Sha membalas dengan selamba tetapi dalam hati dia amat gembira.Fareesha yang sedang berdiri di situ hanya memerhati,seperti ada yang tidak berpuas hati tapi sebab apa?
💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕💔💕