Chris yang baru saja sampai di rumah bergegas mandi. Suasana sunyi apabila Mak Mah meminta kebenarannya untuk membawa Mak Cik Ana melawat Kimy .
Sedang Chris mengambil tualanya , matanya melirik ke cermin . Dia melihat mukanya . Dia melihat ada gincu di dahinya . Chris hairan .
Chris berteka teki ."Siapa yang cium aku ? " .
Lalu fikirannya itu dimatikan apabila masa sudah tidak mencukupi . Dia harus berangkat kerja dan meneruskan tugasnya.
Selepas tugasnya , dia merancang membeli hadiah untuk adik tersayangnya .