Masuklah , Ben . Kimy ada kata dalam bilik tu . Dia selalu dengan jururawat dia tu . Rapat betul dia dengan Ika . " , jemput mak cik Ana .
" Chris mana mak cik ? Dia kerja ke ?'' , tanya Ben yang sedang menuju ke bilik Kimy .
" Chris keluar tadi . Dia kata dia jumpa nak dengan seseorang " ,jawab mak cik Ana .
Sampai sahaja di pintu bilik , Ben menyuruh mak cik Ana berehat . Mak cik Ana pun berlalu pergi meninggalkan Ben di depan pintu bilik Kimy .
Tok ! Tok !
" Ni mesti ibu Kimy yang ketuk ni " , Ika membiarkan Kimy meneruskan lukisannya . Apabila pintu bilik Kimy di buka , hati Ika bagaikan luruh melihat Ben terpacak di depan pintu bilik Kimy .
" Hai , dear .. long time not see you " , dengan cepat Ben memegang pinggang Ika dan mencium pipi Ika .
Ika terkejut dengan tindakan Ben .
Pangggggggg !
Satu tamparan hinggap ke pipi Ben . "Apa yang awak buat ni ? Awak tak malu ke datang tak bagi salam , terus buat benda yang bukan-bukan dengan saya , '' marah Ika dengan nada yang panas.
" Aik , I cium pun tak boleh ke ? Salah ke I cium girlfriend I ? Selama ni you belajar bukan you murahan ke ? Jual badan ? " , kata Ben dengan nada yang sinis .
Ika melihat Ben berasa jijik . Keterlaluan apa yang dikatakan oleh Ben . Sakit hatinya !
" Baik you keluar dari bilik ni ! You datang tanpa kebenaran Chris. Keluar Sebelum saya menjerit ! " , tengking Ika dengan nada yang tinggi .
" You siapa nak larang I , lagipula I dah minta permission dari Chris untuk melawat Kimy , " jelas Ben dengan wajah selamba biarpun niat dia ke sana untuk menemui Ika .
Chris yang baru sahaja pulang , melihat kelibat Ben di bilik Kimy . " Hai , bro . Bila sampai? " , menepuk belakan Ben .
Ben yang terkejut dengan sapaan Chris ,cuba menenangkan dirinya .
''Dah lama aku sampai , aku datang tengok Kimy " , tipu Ben dengan nada yang bersahaja. Ben dan Chris beredar pergi ke ruang tamu .
Mujurlah Chris datang tepat pada masanya .
Ika berpaling muka . Benci melihat muka Ben . Meluat ! Penipu !