____________________________
🌫
Bibir diketap kelibat Kamarul masih belum kelihatan. Jam pula sudah menunjukkan jam 1 pagi. Medina mengeluh,dia berjalan ke hulu dan ke hilir untuk menghilangkan rasa bosan. Tidak berapa lama kemudian, Datin Amilea datang bersama Dato' Kahairul.
"MEDINA ARRYANNA BINTI DATO' KAHAIRUL!!"
jerit Dato' Kahairul. Medina berpaling dengan perasaan yang terkejut.
"pa….papa"
wajah bengis Dato' Kahairul dan wajah risau Datin Amilea ditatap silih berganti.
"Yanna,apa yang Yanna buat ni?"
soal Datin Amilea. Medina kaku tanpa mampu bersuara akibat terkejut dan takut pada masa yang sama. Datin Amilea datang mendekat.
"kita balik ya?"
ucap Datin Amilea lalu menarik tangan Medina. Medina berdiri kaku dan tidak berganjak. Datin Amilea memandang Medina. Medina menatap wajah Datin Amilea.
"Medina tak nak balik"
ucapnya.
"Medina!"
marah Dato' Kahairul.
"Yanna!"
Datin Amilea turut marah.
"Yanna nak tunggu Kamal datang"
"Kamal tak akan datang"
ucap Dato' Kahairul dingin. Medina terkejut dalam kekeliruan.
"apa maksud papa?"
soalnya.
"Kamal tak akan datang,dia berada dekat luar negara sekarang"
Medina terduduk. Why? Why?
"Yanna?"
ucap Datin Amilea panik.
Medina mengepalkan tangannya. Marah,benci itulah apa yang dirasakan olehnya ketika ini.
🌈
"you lie to me. You lie,you lie!!!"
jerit Medina lalu segala alat solek yang tersusun cantik di atas meja solek diterabur ke lantai.
Cassandra yang kebetulan baru masuk ke bilik terkejut dengan reaksi tiba-tiba Medina. Dia segera mengambil buku cerita miliknya di atas meja lalu segera keluar.
____________________________
"hoi!"
sergah Clarina yang sedang menyorok di sebalik dinding.
"arghh!!"
"wow wow wow chill chill ini aku lah. Kau dah kenapa macam baru lepas nampak hantu je"
soal Clarina. Cassandra menelan air liur sambil menunjuk ke tingkat atas. Clarina memandang ke tingkat atas dengan riak pelik.
"kenapa? What's wrong?"
soalnya tidak faham. Lahai kau ni Clarina slow lah.
"kakak"
ucap Cassandra sepatah.
"kenapa dengan kakak?"
memandangkan Cassandra tidak memberi sebarang respon yang memberangsangkan Clarina membuat keputusan untuk naik ke tingkat atas.
"ui..kau nak pegi mana?"
soal Cassandra sedikit panik. Langkah Clarina terhenti.
"apa lagi,naik atas nak tengok keadaan kakak"
tangan Clarina dicapai. Dia menggeleng. Clarina membuat tak endah dia terus naik ke atas. Cassandra menepuk dahi. Asallah kau ni keras kepala sangat. Cassandra mengejar Clarina dari belakang.
"Rin..."
belum sempat Cassandra menghalang,Clarina sudah membuka tombol pintu bilik. Tiba-tiba satu bantal hinggap di mukanya lalu pintu kembali ditutup. Dia menghadap Cassandra.
"kenapa tak bagi tahu yang kakak sedang mengamuk?"
"tulah kau aku dah kata jangan kau tak nak dengar"
"mana ada kau cakap,kau just bagi signal yang aku tak paham langsung. Kau sendiri pun tahu kan aku lemah dalam bab-bab signal-signal ni"
"but at least aku ada bagi amaran kan"
"pape je lah"
ujar Clarina lalu segera turun ke tingkat bawah menuju ke dapur. Cassandra menggeleng perlahan. Dia turut turun ke bawah.
_____________________________
Syaza dan Ha Shen saling berpandangan apabila melihat Medina agak banyak berdiam diri sejak akhir-akhir ini.
Ha Shen membuat isyarat mata dan Syaza turut membalasnya dengan isyarat mata. Tidak lama kemudian,Syaza mengalah dia menjeling Ha Shen sekilas. Ha Shen hanya buat selamba.
Nafas ditarik dalam. Dia memandang Ha Shen untuk seketika sambil buat isyarat mulut tanpa suara yang mengatakan 'nak cakap apa?'.
Ha Shen turut membalas isyarat mulut tanpa suara yang mengatakan 'cakap la apa-apa,tanya dia kenapa,what happen'. Ha Shen semakin menggesa. Syaza pasrah. Ais lemon tea miliknya dihirup.
"Dina"tangan Medina digoyang lembut. Tiada respon. Ha Shen dipandang lagi. Ha Shen menyuruh Syaza untuk cuba lagi. Tangan Medina digoyang lembut sekali lagi.
"Din"Medina tersentak. Dia seperti kembali ke dunia nyata.
"kau kenapa ni? Okay tak?"soal Ha Shen. Medina hanya diam. Ha Shen ialah peranakan Cina Filipina. Namun,bahasa melayunya agak lancar walaupun berbahasa cina di rumah.
"haah,kau kenapa ni? Is there anything bad happen?"soal Syaza pula.
"nothing,aku okay semua okay"jawabnya. Kemudian,Alyssa pun tiba.
"hey guys..sorry lambat,mum aku tadi paham-paham lah"Alyssa merupakan seorang anak perempuan sulung dalam keluarganya.
Di rumah tadi,dia terpaksa berperang mulut dengan ibunya Puan Faridah barulah dia dapat datang bertemu dengan rakan-rakannya.
Ha Shen mengangguk. Alyssa memandang Medina yang kembali termenung. Dia buat isyarat bertanya apa yang sedang berlaku.
Ha Shen dan Syaza hanya menjongket bahu turut tidak mengetahui punca masalah. Medina tiba-tiba bangkit dari duduk. Mereka bertiga menatapnya penuh tanda tanya.
"kau nak pergi mana?"soal Ha Shen.
"aku nak pegi toilet kejap"
"okay"mereka bertiga menghantar Medina dengan pandangan mata.
"kenapa tu? What's wrong? Pasal mum dia lagi ke?"soal Alyssa benar ingin tahu apa yang berlaku memandangkan dia baru sahaja tiba.
"aku tak tahu..mungkinlah kot"
"kitorang ada tanya dia tadi,tapi dia cakap nothing,aku okay semua okay"Ha Shen mengangkat bahu dia juga tidak pasti apa yang sedang berlaku. Air kichai pink dihirup.
Syaza menghentak meja secara tiba-tiba membuatkan semua pelanggan yang ada di situ tertumpu kepada meja mereka. Ha Shen pula terbatuk-batuk akibat terkejut.
"aku tahu sebab apa"Alyssa dan Ha Shen memandang ke arah Syaza.
"apa?"
"Kamarul…"Alyssa dan Ha Shen saling berpandangan. Ada kemungkinan.
____________________________
TO BE CONTINUE