Chereads / Back To Febuary / Chapter 31 - Dinding kesedihan

Chapter 31 - Dinding kesedihan

'Datang sini kejap. Dekat belakang kedai baru. Tia pun ade ni.'

Selepas membaca mesej tersebut. Dian terus menuju ke lokasi yang diberitahu Fatihah. Hatinya berdegup laju seperti ada sesuatu yang terjadi.

'Agaknya ni yang dirasakan oleh Dian sebelum ni. Kejamnya aku buat dia macam tu. Sanggup aku pergunakan Dian hanya untuk kepentingan aku sendiri. Maafkan aku Dian.'

Fatihah

Dian berjalan menuju ke arah belakang kedai tersebut. Dia terkejut melihat Amirul juga turut berada di situ. Amirul yang seperti di landa masalah sedang duduk sambil kepalanya di sandarkan pada dinding.

Wajah Amirul yang kesedihan menarik perhatian Dian. Dian hanya berdiri di situ sambil merenung Amirul.

Tangan Dian di pegang Fatihah. Dian tersentak. Fatihah hanya senyum. Dian mula kebingungan.

"Kenapa dengan Amirul?" Dian ingin tahu.

"Se-sebenarnya dia mabuk tadi. Lepas tu..." Fatihah teragak-agak ingin beritahu.

"Lagi sekali." Nada Dian di perlahankan. Dia boleh mengagak apa yang berlaku sekiranya Amirul mabuk.

"Apa maksud kau lagi sekali?" Apa yang Dian katakan sempat ditangkap oleh Fatihah.

"Huh? Se-sebenarnya sebelom ni Amirul pernah mabuk dan lepas tu die rogol aku." Fatihah mula tergamam.

Perlahan-lahan Fatihah memeluk Dian. Dian hanya biarkan. Dia tak pasti sama ada Fatihah betul-betul ambil berat atau hanya pura-pura.

Tiba-tiba Fatihah menangis. Apa yang terjadi buatkan dia betul-betul sebak. Walau macam mana sekali pun dia perlu minta maaf pada Dian.

"Kau ok Fatihah? Dari tadi kau macam nak bagitahu something."

Fatihah menarik nafas dan hembus perlahan-lahan.

"Aku sebenarnya nak minta maaf. Tadi Amirul cuba untuk perkosa aku, Tapi sempat dihalang oleh Zafril dan Tia." Dian tundukkan kepala. Betul sangkaan dia.

"Jadi apa yang berlaku ni buatkan aku terfikir perasaan kau. Apa yang kau alami sebelum ni. Kau luahkan kat aku sebab kau percayakan aku adalah sahabat kau. Tapi sebaliknya aku mempergunakan kelemahan yang kau ada. Aku minta maaf sangat." Jelas Fatihah lagi.

Dian memeluk Fatihah.

"Aku maafkan. Tak apa. Walau apa pun yang terjadi kita tetap kawan ok?" Terukir senyuman Fatihah bila dia masih ada lagi perluang untuk perbaiki diri.

Fatihah mengangguk.

***

Tia bersimpati dengan keadaan Amirul. Ada sebab kenapa dia berkelakuan seperti itu. Dia seperti sudah terlalu jauh dihanyutkan tanpa berpaut dengan apa-apa. Hanya dibiarkan mengikut arus.

Begitu juga dengan emosinya. Kadang deras kadang tidak.

"Kau ok?" Tia mendekatkan diri pada Amirul.

Amirul menyeka air matanya. Apa yang Tia katakan tentang Sheera membuatkan Amirul terkesan.

Tin minuman di letakkan hadapan Amirul. Zafril hanya memerhati.

"Sebelum aku masuk sekolah ni. Aku dah berjanji dengan diri aku, yang aku akan mulakan hidup baru. Aku cuba pecahkan dinding kesedihan yang aku bina sebelum ni." Amirul menyeka air matanya lagi.

"Tapi tak sempat aku pecahkan. Tukul batu yang sepatutnya aku guna telah pun patah. Itu semua selepas aku nampak kau." Amirul tundukkan kepalanya.

"Kau tahu, dulu pun aku macam kau." Amirul mengangkat kepalanya.

"Adik aku meninggal sebab mengidap barah paru-paru. Sebulan aku sedih, aku kurung dalam bilik. Aku tak nak pergi sekolah. Bila kena paksa pergi, aku senyap-senyap ponteng. Sebab aku tak ada kawan dulu. Selama ni pun adik akulah yang selalu teman aku. Ketawa sama-sama, nangis pun sama-sama." Tia mengalirkan air mata.

"Aku percaya kau pun banyak kenangan dengan Sheera kan? Tapi macam mana sekali pun aku sedih aku meraunglah macam mana sekali pun. Adik aku tetap tak boleh kembali. Hidup aku tetap kena teruskan. Sebab hilang seseorang yang kita sayang. Tak semestinya hidup kita terus musnah Amirul."

Zafril mengusap perlahan bahu Tia.

"Macam tu juga dengan kau. Sheera masih tak boleh di kembalikan. Kau kena ingat kau still ada family kau, kawan-kawan kau, orang sekeliling kau dan ada lagi manusia yang dugaannya lagi teruk dari apa yang kau alami. Jadi kau kena kuat. Jangan mengalah. Kau tak sayang Sheera ke?"