Chereads / Back To Febuary / Chapter 1 - Padangan di waktu hujan

Back To Febuary

πŸ‡²πŸ‡Ύscvrlet
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 178.6k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Padangan di waktu hujan

Febuari 2010.

Angin bertiup. Menghembus ke seluruh pelusuk tubuhku. Mengenangkan masa lalu. Ye, Dia. Kalaulah aku boleh putarkan masa balik. Aku nak kembali semula ke bulan febuari 2008.

Saat aku sentiasa lihat senyuman dan pandangan. Saat pertama bertentangan di waktu hujan. Aku tertanya-tanya ke mana kau menghilang?

1 Febuari 2008.

"Weh Tia! Tendanglah bola tu cepat." Amirul memecahkan lamunan apabila mataku hanya tertumpu pada koridor luar kelas.

Bola kertas yang di buat aku toleh ke kaki. Budak lain dah mula pandang aku. Sekarang cikgu tengah mesyuarat. Jadi semua kelas jadi huru-hara sikit. Termasuklah kelas aku tingkatan 3 B.

"Ye, aku nak tendanglah ni." Bola kertas di tendang. mereka mula menggelecek. Meja kelas, awal lagi kami dah susun tepi. Tapi hanya bahagian belakang sahaja. Meja depan biasa budak skema je. Mereka lebih suka mengadap buku sepanjang masa.

Sekali lagi aku menoleh ke luar kelas. Kelibatnya sudah tak ada.

Pap!

Bola kertas tepat kena pada kepala aku. Mereka mula gelak. Tak guna betul.

Aku berjalan ke kantin sendirian. Macam biasa. Aku tak ada kawan perempuan. Sepanjang aku berjalan ke arah kantin. Aku terdengar perbualan dua orang pelajar lelaki.

"Tu Tia kan?"

"Aah. Kenapa?"

"Dia cantiklah. Lemah-lembut pulak tu."

"Tulah. Perempuan lain kena contohi dia."

Di sebabkan itulah pelajar perempuan yang lain mula pandang serong terhadap aku. Bagi mereka aku hanya pura-pura baik depan lelaki. Kemarukkan perhatian, gedik. Aku mengeluh. Setiap hari aku kena mengadap benda yang aku rasa tak betul.

Budak kelas aku sahaja tahu betapa lasaknya aku. Celah mana datangnya lembut? Mungkin di luar kelas aku lebih kepada pendiam. Sebab itu, lelaki tingkatan atas atau selain kelas aku akan beranggapan macam tu.

Roti yang aku beli, aku makan di tangga berdekatan padang. Roti serunding bersama mayonis. Sedap bukan? Roti di masukkan ke dalam mulut. Saat itu...

Dia lalu. Bersama kawan dia yang lain. Berbual dan ketawa. Kenapa aku tak berhenti pandang dia? Dari tingkatan satu lagi. Kitorang tak pernah bercakap. Mungkin sebab dia sentiasa di kelas hadapan. Pandai. Jadi kelas hadapan banyak mengadakan program sendiri untuk kekalkan prestasi. Mengeluh tak sudah. Macam tak adilkan?

Aku tak percaya sangat lelaki. Tapi bila aku pandang dia. Jantung aku berdegup laju. Tak tahu kenapa.

01:50 pm.

Lonceng dibunyikan. Semua pelajar mula bersorak. Tiba masanya untuk pulang ke rumah.

Nampaknya hujan mula lebat. Tempat menunggu bas, aku setia menunggu sehingga hujan berhenti. Aku tak ada kenderaan. Memang biasa jalan kaki. Ibu bapa aku memang sibuk dengan kerja. Bila hujan turun terpaksalah aku tunggu.

2:10 pm.

Tempat menunggu bas semakin lengang. Pelajar ramai yang sudah pulang. Tinggal beberapa orang saja. Aku berdiri menghampiri hujan, tangan aku hulurkan ke depan. Merasakan hujan menitis laju di tapak tangan.

Dan masa itu jugalah. Di hujung tempat menunggu bas sebarisku. Dia. Dia buat perkara yang sama sepertiku. Kami saling bertentang mata sebelum beralih pandangan ke tempat lain dan kembali semula memandang. Malu.