Bahagian II
Saya, Amamiya Aya hanya mampu berdoa agar saya dapat menewaskan entiti S itu dengan kuasa yang saya miliki sekarang. Menurut Aria, kami tidak mempunyai bantuan lain, selain bergantung pada potensi saya dan Mai, aperantis saya. Aria yang masih dalam keadaan tenang, memberitahu realiti yang menyakitkan apabila mendengar keputusan dua striker terakhir Ros Perak, Sena dan Elina telah bertukar organisasi kerana mengetahui hubungan saya dengan Yami-san. Yami yang mendengar situasi itu, tidak menunjukkan sebarang reaksi, tetapi saya tahu, daripada matanya itu, dia benar-benar kecewa. Saya pasti, Yami-san akan menyalahkan dirinya kerana berlakunya hal sedemikian.
Aria yang kini berada dalam 'ruang operator'nya, salah satu kuasa unik Aria sebagai mahou shoujo sedang memerhatikan pergerakan entiti S yang bergerak menghampiri mereka dalam kelajuan yang tinggi. Kuasa Aria itu membolehkan kami berisap-sedia menghadapi ancaman yang terbesar pernah saya alami selepas pertembungan dengan maharaja kegelapan, Maou Vearth. Saya dan Mai mengambil peluang untuk berehat seketika, cuba memulihkan tenaga dan rasa letih setelah mengalahkan sekumpulan entiti yang menyerang mereka tadi. Yami-san hanya berdiam diri, bagai memikirkan sesuatu yang serius. Saya juga terfikir panjang, mengenai keselamatan Yami-san, lalu menyuarakan pendapat saya;
"Yami-san, maafkan saya, tetapi saya rasa adalah lebih baik awak menjauhkan diri dari kawasan ini. Di sini akan berlakunya pertempuran yang lebih berbahaya berbanding musuh-musuh yang pernah saya hadapi. Lebih bahaya daripada musuh yang pernah awak lihat, saat kita berdua bertemu buat kali pertama..." Saya menghampiri Yami-san, meluahkan kebimbangan saya. Yami-san mengelengkan kepala, menghelakan nafas kesal.
"Kalau aku mahu lari dahulu, sepatutnya aku lari semasa terserempak dengan kamu ketika kamu menghadapi raksasa itu. Tetapi, aku tidak membuat pilihan itu, sebaliknya membantu kamu walaupun membahayakan nyawaku. Sudah terlewat untuk mengatakan pilihan itu kepada aku. Bukankah masa aku di dunia sudah terhitung kerana berkongsi nyawa dengan kamu..." Yami-san dengan suara dingin, mengatakan perkara itu kepada saya.
"Tapi, tapi, sekurang-kurangnya awak masih berpeluang menikmati kehidupan singkat ini, jika tidak..." Saya tidak dapat meneruskan kata-kata ini – 'awak akan mati dengan lebih cepat jika saya terus menggunakan kuasa awak...'
"Master, awak tiada pilihan untuk menerima keputusan Yami itu. Kita tiada masa untuk meneruskan perbalahan ini..." Aria mencelah lalu menyambung lagi, "entiti S, Tiamat sudah hampir dengan lokasi kita. Master dan Mai perlu bersedia menghadapi musuh kita ini" Suara Aria itu membuatkan perbualan saya dengan Yami-san terpaksa diputuskan. Saya menghampiri Mai, yang sudah memasang langkah untuk bertarung dengan musuh terkuat mahou shoujo ini. Tangan saya memegang bahu Mai, lalu berkata;
"Mai, saya minta maaf kerana memaksa awak untuk bersama saya menghadapi Tiamat. Walaupun awak masih aperantis saya, tetapi awak terpaksa menghadapi situasi genting bersama saya ini. Maafkan saya, Mai..." Ujar saya lembut, kepada Mai. Wajah Mai yang tenang itu, mengukir senyuman.
"Tidak mengapa, Master. Saya terhutang budi kepada Master setelah Master sanggup menerima saya setelah disisihkan oleh kumpulan lain. Biarlah senpai-tachi (senior-senior) saya meninggalkan Master, saya tetap setia dan sanggup berjuang bersama Ros Perak!" Mai sudah bulat hati, menerima hakikat bahawa pertarungan ini mungkin terakhir buatnya. Saya memeluknya dengan perasaan gembira. Mai membalas pelukan itu, tanpa berkata apa-apa. Setelah beberapa ketika, saya melepaskan pelukan itu, lalu memandang ke arah Aria yang tidak jauh daripada saya.
"Aria... Awak boleh pulang ke ibu pejabat kerana kepakaran awak amat diperlukan oleh mereka. Jika keadaan menjadi terlalu genting, tolong selamatkan diri awak dan Yami-san dengan segera...." Saya bersuara ke arah Aria, satu-satunya ahli bertauliah penuh yang masih bersama kumpulan saya. Aria merupakan tulang belakang dalam Ros Perak setelah zaman kejatuhan kumpulan itu. Tanpanya, saya terpaksa mengendalikannya secara berseorangan kerana ketiadaan ahli yang berkebolehan seperti Aria.
"Ros perak sahajalah tempat saya, dan awaklah satu-satunya ketua yang saya mahu ikut, Aya-sama..." Aria juga tiada perasaan gentar, dengan matanya bersedia menghadapi kematian.
"Aya..." Yami menghampiri saya tanpa saya sedari.
"Yami-san..." Saya memejamkan mata. Yami memahami apa yang saya perlukan, 'kuasa'. Saya dapat merasai kehangatan nafas Yami, sebelum bibir saya dikucupi lelaki itu. Kuasa teras magika saya pun mula dipenuhi 'hayat' Yami. Tidakkah lelaki ini menghargai nyawanya?
"Aya, kau mesti menewaskan raksasa itu..." Ujar Yami-san, selepas melepaskan kucupannya itu daripada saya. Saya tidak menjawab, sebaliknya masih mencari kehangatan Yami-san di bibir saya. Wajah Yami-san kelihatan sedikit pucat, tetapi lelaki itu tampak masih menggagahkan diri menghadapi saya. Mulut saya ingin bersuara, tetapi tersekat.
"Aya-sama, raksasa itu sudah tiba di lokasi kita!" Jerit Aria yang sudah mengambil tempat untuk pertempuran. Mai juga sudah bersiap sedia bertempur dengan entiti S legenda itu.
"Baiklah... Mai, sokong saya daripada belakang! Aria, rancang koordinasi teknik tempur Ros Perak!" Saya pun terbang ke udara menggunakan kuasa sakti, untuk berhadapan dengan raksasa itu. Raksasa yang diselubungi jubah dan penutup muka itu, menunjukkan dirinya sebenar.
"Hahaha! Aku Tiamat, salah satu daripada 8 jeneral Típota tou skótous! Aku mahu mencabar mahou shoujo yang berada di sini!" Tiamat mengumumkan cabarannya dengan suara yang angkuh. Tidak seperti beberapa entiti yang menyerang saya, Mai dan Aria, susuk tubuh Tiamat tidak ubah seperti manusia. Tidak, Tiamat 'ialah' manusia, tetapi tubuhnya itu menjadi perumah kepada kuasa kegelapan.
"Saya, Primula akan menghalang awak daripada melakukan kemusnahan!" Saya sudah bersedia, menghunuskan pedang kristal saya ke arah Tiamat. Tiamat hanya senyum sinis.
"Primula... Nama yang cukup aku benci! Bagaimana perasaan kau setelah membunuh ketua kami, hah? Aku harap, dapat bertempur dengan kuasa terkuat kau yang telah mengalahkan Vearth-sama!" Tiamat tidak gentar melihat pedang yang diacukan oleh saya, sebaliknya menunjukkan rasa gembira tidak kepalang untuk menghadapi saya.
"...." Saya memandang sekeliling, tetapi tiada entiti lain kecuali Tiamat. Tiamat yang perasan akan reaksiku itu, berkata lagi.
"Jangan risau. Aku tidak akan menghantar lagi kumpulan entiti, sebaliknya, hanya aku sahaja akan mencabar kamu semua. Aku menghantar segerombolan entiti A tadi, untuk menguji kesahihah kuasa kalian sebelum aku menyerang. Nampaknya, kedatanganku tidak rugi kerana kalian agak hebat. Untuk menghormati kekuatan kalian, aku sendiri akan menghadapi kalian dengan kekuatan sejati milikku. Oh, aku tidak akan menggunakan kuasa penuh kerana bosanlah pertarungan ini tamat dengan segera!" Kata si Tiamat lagi, lalu membuat isyarat tangan 'marilah' dengan angkuh merujuk kepada saya.
"Adakah awak ingin mengikut kod 'bushido' seperti samurai untuk mencabar kami? Malang sekali, saya juga akan menyertai pertempuran ini, mustahil akan berlaku pertembungan satu lawan satu!" Mai yang berada di belakang saya, bersuara untuk kepastian.
"Bukankah aku sudah katakan, 'kalian' boleh menyerang aku sekaligus untuk menewaskan aku! Itupun, kalau kalian mampu, hahahaha!" Tiamat cuba memprovokasi kami.
"Mai, bersedia! Pancungan pertama (first slash)!" Saya tidak membuang masa memulakan serangan pantas ke atas raksasa itu.
"10 peratus, pedang tangan!" Menggunakan tangan, dia menepis pancungan pedang saya tetapi wajah Tiamat menunjukkan sedikit riak terkejut, kerana saya telah berjaya melukainya walaupun sedikit. Terima kasih kepada Yami, walaupun saya tidak menggunakan kuasa sebenar saya, kuasa saya agak kuat kerana 'nyawa' Yami. Saya boleh menewaskan entiti A tanpa perlu menggunakan kekuatan seperti biasa. Sungguhpun begitu, kuasa ini datang daripada Yami, yang memendekkan hayatnya setiap kali saya menggunakannya. Tanpa Yami, saya pasti akan menghadapi kesukaran untuk menentang musuh ini.
"Oh... Menarik! 30 peratus! Maafkan aku kerana terlalu merendahkan kuasa kalian! Giliran aku pula! 'Hembusan miasma'!" Aura kegelapan memancar daripada tangan Tiamat, menyerang saya. Menggunakan aura pedang, saya cuba memusnahkan serangan itu.
"Pancungan cahaya (light slash)!" Seraya dua serangan tersebut bertembung tetapi ternyata saya hanya mampu menukarkan hala serangan itu sahaja kerana kekuatan musuh saya itu. Mai yang sedang memfokuskan kuasa pada pistolnya mula melancarkan serangan. Tiamat yang mengetahui tindakan Mai itu, tidak mengelak, sebaliknya menepis peluru api itu dengan tangannya.
"Mustahil!" Mai meneruskan serangannya satu demi satu, tetapi tidak membuahkan hasil. Saya turut menyerangnya dengan libasan pedang saya, tetapi Tiamat tidak memerlukan daya kudratnya untuk menghadapi serangan saya tersebut. Malah, riak wajah Tiamat mula menunjukkan kebosanan kerana kami terlalu lemah baginya.
"Tinju maut Tiamat!" Tiamat mengepalkan tangannya lalu meluru ke arah saya. Dia cuba menumbuk saya, tetapi pada saat akhir, Mai datang menjadi perisai saya.
"Argh!" Tubuh Mai melayang jauh ke arah kedudukan Yami dan Aria setelah ditumbuk Tiamat.
"Mai!" Jerit saya. Saya cuba menuju ke arah Mai, tetapi dihalang oleh Tiamat.
"Heh, jangan abaikan aku! Kuasa kau sepatutnya bukan ini sahaja!" Tiamat kelihatan marah, melancarkan serangan terhadap saya. Saya cuba menepisnya, tetapi serangan Tiamat yang kuat itu membuatkan saya tetap tercedera.
Mengapakah saya tidak menggunakan kuasa sebenar? Soalan itu terngiang-ngiang dalam benak fikiran saya. Kalaulah ada jawapan, semuanya kerana Yami. Mengapakah lelaki itu bertanggungjawab dalam hal ini? Hakikatnya, jika saya menggunakan kuasa sebenar saya, saya akan mempercepat kematian Yami. Kendatipun Yami mengizinkannya, tetapi hati saya tidak. Lelaki itu tidak pernah gentar mempertaruhkan nyawanya, seperti adiwira yang menyelamatkan dunia. Saya tidak pernah melihat lelaki sepertinya. Walaupun bilangan kenalan berlainan jantina saya terlalulah kurang, tetapi saya pasti, dia jauh berlainan daripada kaum Adam yang lain. Kebanyakan lelaki yang memandang kami sebagai mahou shoujo seperti seorang idola (artis) dan jelitawan kerana kecantikan kami serta keupayaan kami menentang musuh, tetapi tiada seorang pun yang dapat melihat kami sebagai perempuan yang lemah dan memerlukan bantuan seperti insan biasa.
"Kuasa perang kau semakin lemah, Primula. Kau sudah mengalah?" Tiamat memandang saya dengan angkuh, mengujarkan kata-kata itu. Alasan sebenar kuasa saya semakin lemah disebabkan Aria tidak lagi menyokong aku dengan kuasa 'buf'nya. Aria juga sudah tumpas seperti Mai. Saya menelan rasa kecewa kerana tidak dapat bersama mereka.
"Jangan harap, saya akan menewaskan awak!" Saya meneruskan serangan. Tiamat tidak langsung tergugat, lantaran membalas serangan saya.
"Aya, gunakan kuasaku! Sampai bila kamu mahu menangisi pemergian rakan-rakanmu!" Suara Yami jelas kedengaran membuatkan pertempuran saya dengan Tiamat terhenti. Ah, Yami-san tahu akan kecelaruan yang selalu menghantui diri saya. Yami-san sudah menjangka hal ini, justeru merangsang saya untuk menggunakan kuasa miliknya itu. Persoalannya ialah, Yami-san, awak akan mati...
"Oh? Masih menyembunyikan kuasa? Kelakar... Jangan pandang rendah kepadaku, Primula!" Tiamat kelihatan agak tersinggung mengetahui hal itu. Saya tidak sanggup lagi menahan perasaan sedih saya, lalu menjerit, "tapi... tapi... Awak akan mati!"
"Diam! Hidup mati aku tidak penting lagi! Kamu kena tewaskan raksasa itu!" Saya terkesima dengan kata-kata lelaki itu. Adakah dia serius? Tidakkah dia memahami kemelut yang melanda dalam jiwa saya. Sekali saya dikejutkan oleh lelaki itu. Dia menciumi Mai, berkongsikan kuasa 'nyawa'nya dengan aperantis saya itu. Mai yang nyawa-nyawa ikan itu amat memerlukan kuasa 'nyawa'. Lelaki itu berkorban sekali lagi, memberikan kuasa kepada Mai. Tidak cukup dengan itu, Aria juga diciuminya. Gadis kecil sebaya saya itu yang suka mengenakan orang, agak terkejut dan tergaman menerima kucupan Yami, sekaligus membuatkan kuasa 'operator'nya ke aras yang optimum.
Mai yang menerima kuasa nyawa Yami, bangkit daripada rebah, sudah bersedia untuk menghadapi Tiamat. Saya dapat merasakan kuasa yang mengalir dalam tubuh Mai sudah mengatasi senior Mai, Sena dan Elena. Malah, kekuatan Mai pada masa sekarang hampir menandingi seorang Master. Saya juga dapat merasakan kuasa saya meningkatkan kerana mendapat kuasa sokongan daripada Aria. Kehadiran Aria memberikan buf kepada 'stat' kami, menyebabkan kami lebih kuat dan berkuasa. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang membingungkan perasaan saya. Apakah perasaan pelik yang berkecamuk melanda hati saya. Yami-san menciumi gadis-gadis itu, selain saya, menyebabkan entah mengapa, jiwa saya semakin berkecamuk. Apakah perasaan ini?
"Hahaha... Menarik, memang menarik! Kamu semua mempunyai kuasa, ironinya datang daripada orang yang kamu lindungi. Untuk membunuh aku, kamu terpaksa mengorbankan nyawa insan itu. Hahahaha..." Tiamat ketawa. Saya terkelu mendengar kata-katanya, kerana setiap patah kata itu menunjukkan kebenaran. Saya semakin kecewa.
"Heh, Tiamat... Kami sebagai manusia memang lemah, tiada upaya dan sebagainya. Tetapi, itu hanyalah kerana kami sebagai individu. Tetapi, dua hati itu jika menjadi satu, kami jauh lebih kuat daripada kamu!" Suara Yami bergema, mematahkan hujah Tiamat. Saya agak terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Wajah Mai yang agak sayu mendengar kata-kata Tiamat tadi, memberikan reaksi sama seperti saya. Begitu juga dengan Aria.
"Kau sudah hampir mati, apakah kau masih punya kudrat menentang aku?" Soal Tiamat, memandang rendah kepada Yami.
"Aku ada Aya, Mai dan Aria bersamaku. Mereka membawa hatiku bersama mereka, dalam menentang kau..."
"""Yami(-san)(-sama)...""" Saya, Mai dan Aria, bersuara bergema serentak. Seraya perasaan hangat bercambah dalam jiwa kami. Yami-san tersenyum lalu meneruskan kata-katanya.
"Aya, aku hanya gembira jika tiada yang berduka dan bersedih kerana menanggung kesengsaraan. Aku mahu kamu juga hidup bahagia seperti insan lain. Aria, kamu ialah tiang utama dalam kumpulan ini. Mai, terima kasih kerana terus setia bersama Aya. Perjuangan kamu masih belum tamat...." Kata-kata Yami ini menimbulkan keresahan dalam jiwa saya.
"Tetapi, Yami... Bagaimana perasaan kami apabila kamu tiada kelak?" Ujar saya. Tetapi dalam hati saya, lain nadanya, bagaimana perasaan saya apabila kamu tiada kelak?
"Ada aku kesah?" Jawapan spontan Yami bukan sahaja mengejut saya, tetapi Mai dan Aria juga.
"""Eh?!"""
"Hahaha.... Manusia, kamu sungguh menarik! Untuk memenuhi impian kamu, aku akan lebih serius menghadapi mereka. Bersedia, 80 peratus!" Tiamat yang mendengar kataku itu mula meningkatkan kuasanya. Aura gelap itu menakutkan semua makhluk bumi.
Saya akhirnya memahami kata-kata Yami. Hidup ialah sebuah perjuangan, yang menentukan kejayaan ialah meneruskan kehidupan manakala kematian ialah garis penamat perjuangan. Asalkan kita berusaha sedaya-upaya, kita boleh menentukan kejayaan kita.
Terima kasih Yami...
"Master mode!!!!
Terima kasih atas segalanya.
"Menjelmalah!"
Saya cinta akan awak, Yami....
"Excilibur!"