Chereads / BLOOD.DREAM / Chapter 1 - MIMPI PERTAMA

BLOOD.DREAM

Arina_Unley
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 2.4k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - MIMPI PERTAMA

AKU berjalan tanpa arah tuju. Tidak ku ketahui di mana keberadaanku waktu ini. Mataku rakus meliar sekelilingku yang begitu asing. Tiada sesiapa yang aku kenal. Semuanya terlalu asing, mataku termati pada suatu arah.

Arah itu, aku jejaki. Satu langkah dan berterusan tanpa dapat aku kawal kaki ini. Bagaikan ada kuasa luar biasa membawa langkahku semakin laju menuju ke arah yang aku tidak pernah ketahui.

Dan, kakiku serta merta terpaku di hadapan suatu kedai. Kedai yang tidak bernama. Kosong. Tiada tanda. Tetapi, mataku meruncing tepat pada beberapa ketul manusia. Sedang membeli entah barang apa. Fikiranku berlari-lari ingin mencari tahu barang apa yang dicari mereka.

Tubuhku ini mula rasa seram sejuk tatkala terpandang mereka melepaskan tawa ketika berjalan melepasi aku. Kerutan di dahiku sudah tidak mampu aku kawal. Sehingga aku mulai terasa kulit dahiku semakin perit, menahan kerutan yang tercela di situ.

Satu lembaga manusia merempuh tubuhku, aku terdorong ke belakang tetapi tidak pula aku terjatuh. Aku dapat kawal tubuhku. Keras terpaku semula tubuhku seperti keadaan tadi. Daya tubuhku yang menjadi kuat ini merusuhkan fikiranku. Aku curiga, mengapa ini berlaku?

Bunyi-bunyian kenderaan melalui kawasan itu menerjah telingaku. Seperti dikawal, mataku terus bergerak laju seiring dengan tubuhku bergerak berpaling menghadap ke belakang.

Gulp!

Mataku beku. Memandang kenderaan ataupun mungkin boleh dikatakan lori menempatkan beberapa manusia yang disimbah darah merah. Sangat pekat! Ada suatu bisikan menderam dalam telinga.

'Itu penjenayah! Manusia durjana melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan! Kau nak tahu nasib mereka? Mereka akan dihukum gantung sampai mati selepas beberapa minit ini.'

Dadaku sesak. Sangat sesak. Seakan ditekan oleh satu tangan kasar dan besar. Bibirku terketar-ketar kerana ketakutan. Limpahan darah menyimnah seluruh badan manusia yang dikatakan penjenayah itu sungguh mengerikan. Dari mataku kasarku ini, aku nampak jelas manusia itu disimpan dalam satu bekas separuh besar, menghimpit tubuhnya.

Terseksa.

Sengsara.

Kenapa sampai berdarah begitu sekali? Adakah penjenayah ini diperlakukan selayak bintang?

Satu lori itu berlalu laju. Lori yang melekat pada mataku kini adalah lori yang menempatkan aura manusia berdarjat. Mungkin hakim, peguam bela dan pembangkang. Argh, seraut wajahku tatkala ini diselaputi warna tidak berdarah. Aku diserang kengerian melebihi puncak atas kerana membayangkan orang-orang inilah yang menyeksa manusia-manusia berdarah tadi!

Ya Allah, adakah mereka ini layak memiliki darjat jika tiada peri kemanusiaan?

Aku menjauhkan mata, bimbang andai mata amarahku ini akan dibaca oleh mereka.

Satu lori lagi melepasiku. Kali ini, masih lagi ada beberapa manusia berdarah. Tetapi, satu manusia itu sangat besar di situ. Sangat jelas tubuhnya memenuhi ruang bekas kaca itu, wajahnya sudah mengering dengan darah. Nampak sedikit kulit mukanya mengecut. Matanya secara mendadak terbeliak memandang aku tepat. Aku tersentak hebat! Jantung terasa mahu meluruh!

Dan. Tiba-tiba duniaku gelap. Gelap tiada lagi manusia malang itu.

Mataku terbuka luas. Keringat yang jatuh di dahi segera aku seka. Siling atas aku tatap berkali-kali. Ya Allah, rupa-rupanya aku mimpi!