nabila kini beralih kepada izmi..yang masih kaku di dalam bilik.. izmi tersentak sedar apabila azman menghampiri nya..
"izmi,kau ok ke? tanya azman"
"aku ok man..kau dah sedar? mana imran?- tanya izmi berterusan,pada saat itu izmi menyangka azman sudah bebas dari kawalan nabila.."
"imran ade tu di luar", kata azman sambil tersenyum.. matanya memandang tepat kearah izmi
izmi keluar dari bilik dan mula pelik kemana imran.. matanya memerhati sekeliling ruang hingga ternampak imran terkulai di tingkap dalam keadaan badan nya dipenuhi darah dan badannya tercucuk kaca tajam yang menembusi dadanya..
izmi mula ketakutan dan dia berlari ke dapur untuk mengambil batang besi yang di simpan nya di dapur jika berlaku sesuatu..
dalam pada dia sedang mengambil batang besi itu azman menghampiri nya..
"izmi kau buat ape tu?,sapa azman dari belakang.." izmi terkejut dan ketakutan lalu beliau menghunus batang besi itu kearah azman..
"kau jangan dekat dengan aku", teriyak izmi
azman mengundur langkah kebelakang hinggake ruang tamu sambil di ekori izmi yang masih menghunus batang besi kearah azman...
bila di ruang tamu.. azman memusing mukanya
lalu menangis..
"aku tak tahu apa yang terjadi izmi"azman terus menangis..
izmi mendekati azman..
"aku tahu man, tapi aku buntu sekarang ni nabila bole datang cedera kita lagi.. mungkin dia akan bunuh aku, kau dan kita semua macam dia bunuh imran...",izmi terduduk di belakang azman dan terus menangis
"azman, jom kita keluar dari sini, aku dah tak sanggup, hidup macam ni,"izmi terus menangis dan merayu kepada azman untuk mereka berdua keluar dari rumah itu..
azman..tunduk menghampiri muka izmi..
"kau nak keluar dari sini?..teriyak azman( kini suara azman bertukar menjadi suara wanita lagi(nabila).." nabila sudah menguasai azman semula
izmi cuba bangun dan melarikan diri.. tapi nabila mencekik izmi dan mengangkat izmi dan menghempas ke dinding...
"kau tak kan keluar dari sini izmi! teriyak nabila.."
"kau perlu tangung semua sakit aku, derita aku yang kau dan yang lain dah buat, kau kejam, kau tak layak hidup,izmi!!!!, nabila terus dapatkan semula izmi yang terkulai di tepi dinding sambil cuba untuk bangun semula.. nabila menampar muka izmi menggunakn kuku nya yang tajam, serta menikam dan mencakar dada izmi dengan kuku nya.. badan izmi kini berlumuran dengan darah.. badannya kian lemah..
nabila tunduk mengambil besi yang terlepas dari tangan izmi semasa terhempas ke dinding.. sambil menghampiri izmi dan mengangkat izmi serta mendorong izmi ke dinding.. dalam pada itu izmi cuba meronta untuk melepaskan diri.. tapi kekuatan nabila menewaskan segala kudrat izmi.. nafas izmi kian tersekat..
"arghhhhh, kau takkan berjaya lari dari aku izmi,"teriyak nabila
nabila mengguna seluruh kekuatannya yang masih berada di dalam tubuh azman untuk menghempas izmi ke diding serta menikam batang besi di kepala izmi .. batang besi itu tercucuk di kepala izmi dan melekat dinding.
izmi mati diterlekat/tergantung di dinding..
kini giliran azman.. nabila memanfaatkan tubuh azman yang masih di rasukinya untuk membunuh azman dan membuat kematian azman seperti bunuh diri..
nabila mengambil serpihan kaca tingkap yang berhampiran mayat imran dan menikam setiap bahagian tubuh azman serta mengelar setiap bahagian nadi azman,, akhirnya azman mengelar leher nya ,dan darah memancut keluar dari lehernya.. pada saat itu.. nabila menjerit dan mengilai pada masa yang sama.. lalu roh nabila meninggalkan tubuh azman terdampar di lantai..azman mati kerana kelihangan banyak darah serta kecederaan parah..
segalanya belum berakhir, dendam nabila belum terlunas semuanya..
masih berbaki 3 orang lagi.. prof hassan,aniq dan adli..
,
,
petang keesokannya aniq dan adli pergi ke rumah izmi dan yang lain...
setibanya di sana bau busuk dan hanyir menusuk kehidung mereka..
kedua mereka saling berpandangan..
"aniq,kau bau tak?"tnya adli..
aniq sekadar mengangguk.. kedua mereka meneruskan pejalanan menghampiri rumah..
semakin dekat dengan rumah bau semakin kuat hingga tidak mampu lagi mereka menahan lagi bau busuk yang menusuk ke hidung mereka.. lalu termuntah....
dalam pada itu ezzat yang merupakan jiran rumah izmi datang menyapa mereka dari belakang..
"bro, bau apa ni? soal ezzat kepada mereka ..
aniq dan adli tersentak..terkejut dengan saat ezzat yang tiba-tiba..
aniq dan adli hanya sekadar menggeleng kepala tanda tidak tahu..
"by the way, aku ezzat jiran izzmi..aku tinggal kat depan tu," ezzat memperkenal kan dirinya kepada mereka..
"aku aniq dan ni adli, kitaorang kawan izzmi dan yang lain".. jelas aniq
ezzat mengarah kan aniq dan adli utk masuk ke dalam rumah..
"korang cuba masuk kedalam aku tgok macam pintu tak berkunci.. aku nak ke sana nak tengok dari luar.. "kata ezzat..
aniq dan adli mengangguk tanda faham..
pada saat ezzat memulakan langkah menuju kebahagian ke belakang rumah ezzat ternampak darah dan kaca bederai di luar tingkap.. dan ternampak sekujur tubuh tergantung di tingkap.. tingkap itu agak tinghi jika di lihat dari luar rumah menyebabkan ezzat tidak dapat mengenal pasti mayat siapa yang tergantung di tingkap itu.. dalam keadaan panik dan takut.. ezzat menjerit memanggil nama aniq dan adli yang ketika itu mssih di depan pintu kerana masih teragak-agak untuk masuk kedalam kerana bau hanyir sepert darah dan busuk seperti bangkai yang kuat..
"aniq,adli,,,!!! sini!!!.. jerit ezzat sekuat hati..
aniq dan adli berlari mendapatkan ezzat..
"kenapa bro?",soal adli..
dalam keadaan ketakutan ezzat menunding jari menunjuk kearah tingkap.. "ttuu"... "a...ada..mayat.."..
..aniq dan adli menjerit serentak.."imran!!!!...
aniq mula panik dan mengajak adli balik..kerumah mereka.. dalam pada itu adli sudah tidak mampu berbicara apa-apa..
ezzat cuba menghalang.. aniq.. dari balik .. sebalik nya ezzat mengajak mereka untuk membuat laporan polis..
aniq sudah tidak mampu memikirkan apa-apa lagi dia bersetuju...dengan cadangan ezzat..
ezzat menelefon polis memberitahu kejadian tersebut kepada pihak polis..
tiba-tiba adli bersuara.. "niq,mana izmi dengan azman?"
aniq tersedar yang mereka tidak melihat kelibat azman dan izmi sejak datang..
aniq terus belari dan masuk kedalam rumah...
apabila pintu terbuka..
aniq terkejut... melihat keadaan azman dan izmi ..
tanpa berkata apa-apa aniq keluar dan mendapatkan adli..
"adli,..jom.. balik.."aniq menarik tangan adli tanpa menghiraukan ezzat ..
ezzat yang masih di situ terpinga-pinga. ..
apabila masuk kedalam kereta aniq terus memandu laju tanpa sepatah kata...
adli mula hairan..
"kau kenapa aniq?" tanya adli yang hairan melihat kawan nya..
tiba-tiba aniq memberhentikan kereta di pinggir jalan dan menangis.. ..
"adli ... ttttaaaaddiii...aku nampak izmi dengn azman mati dekat dalam rruummah..." ... ".adli,, kau ingat tak kejadian pelik malam tadi masa kita nak balik dari rumah izmi... aku rasa semua ini mesti ada kaitann..." ucap aniq sambil teresak-esak menangis...
"aku ingat... kata adli sambil matanya memandang tajam kearah aniq yang berada di kerusi pemandu..
"jom balik",kata adli sambil tersenyum.. .
aniq mulai pelik dengan sikap adli yang kelihatan seronok dan tidak sedikit pun kelihatan sedih bila dia bagi tahu yang izmi dan azman sudah meninggal.. akan tetapi aniq tidak menghiraukan nya kerana dya masih berduka dengan apa yang terjadi dan masih memikirkan kejadian malam tadi...
aniq memandu laju kereta.. tanpa menghirau kan adli yang merenung wajahnya dengan tenungan yang tajam..
dalam hatinya ada terdetik rasa seram.. dengan tenungan itu.. tapi dia cuba abai kan.. kerana dia lebih risaukan apa yang di lihat nya tadi..
setibanya di rumah aniq terus membuka kunci pintu dan masuk kedalam tanpa hirau kan adli.. yang masih dalam kereta.. dia terus menuju ke bilik dan menanggalkan semua pakaian dan menuju kebilik mandi untuk mandi bagi menghilangkan semua kotoran dan bau yang melekat..
bila baru dia menjejaki kedalam bilik mandi tiba-tiba telefon bimbit nya berbunyi..
tertera nama adli yang menelefon nya.. dengan berang dia menjawab telefon..
"kau ape hal call aku? kita kan serumah datang je lah e bilik aku.." bentak aniq..
dia terus memutuskan talian..
dan meletak semula telefon nya di atas meja..
telefon bimbitnya berbunyi lagi..adli sekali lagi menghubungi nya.. aniq mengangkat panggilan sekali lagi.. belum dia sempat berbicara suara. . adli terus memarahinya
"hello,aniq.. kenapa kau balik tak ajak aku? aku pergi tandas je.. kita datang sekali kan!!.. .kau ni memang pelik.. tadi ezzat bagitahu kau bercakap seorang diri sebelum kau balik... "adli terus memarahi aniq kerana balik tanpa dirinya..
aniq terdiam seketika.. kehairanan tadi dia balik dengan adli bagaimana adli bole becakap sebegitu..
"aniq.. aniq.. kau dengar tak? di situ kedengaran suara adli masih memanggil nya tetapi aniq seperti hilang separuh kesedarannya.. dia rasa seperti bermimpi..
dia terduduk.. dan tanpa dya sedari tngan nya terkena botol minyak wanginya dn terjatuh dari meja.. hal itu telah menyedarkan dirinya dari lamunan..
"aniq ko ok tak??". tanya adli yang masih di talian..
"aku ok," jawab aniq
"yang kau ni merepek apa cakap aku tinggal kau di sana.. kita balik sama-sama kan.. ko jangan nak main-main dengan aku adli.." " dah la kau aku nak mandi" bebel aniq panjang lebar
" aku tak main-main la.. kalau kau tak percaya kau cakap dengan ezzat, lagi pun aku dengan ezzat tengah tunggu polis menyiasat di dalam rumah izmi.." jelas adli...
disitu kedengaran suara ezzat dan yang lain..
menyebab kan aniq mulai percaya cakap adli itu benar..
perasaan aniq mulai pelik dan seram..
"tadi aku balik dengan siapa? ishh tadi adli kan..arhh.. adli main kan aku kan.. aku kena tengok ade orang tak dengan aku tadi.." aniq mengomel sendirian..
bila dia turun ke ruang tamu dia ternampak seorang wanita..duduk di atas sofa..
"ehh awak siapa?? macam mana bole masuk?
tanya aniq
"pintu terbuka sebab tu saya masuk" , jawap wanita itu lembut..
"awak siapa? nak cari siapa? macam mana bole datang sini?" aniq bertanya dengan kepelikkan..
"awak tak kenal saya?",soal wanita itu semula sambil tersenyum
aniq kehairanan.. dia seperti mengenali wanita itu tapi tidak mengingatnya..
"kenapa awak nampak pelik je tengok saya?, wanita bertanya kepada aniq sambil bangun mendekati aniq..
"heyy ,, jap,, aku tak kenal kau macam mana kau bole datang sini?" aniq mulai rasa pelik dan takut
"tadikan saya datang rumah awak sama-sama dengan awak.. sampai hati awak tak jemput saya.. tinggal kan je saya dekat luar sorang- sorang", jawap wanita itu dengan manja sambil menyentuh badan aniq..sambil memandang tepat pada mata aniq..
aniq cuba menolak.. tetapi gagal wanita itu mencengkam kuat tangan aniq hingga berdarah
aniq menggunakan seluruh kekuatan nya untuk melepas dirinya..
"kau siapa??,tanya aniq sekali lagi ,
wanita itu bertukar marah.. matanya bertukar menjadi hitam pekat.
dan mukanya menjadi pucat..
dan mencekik, mendorong serta mengangkat tubuh aniq kedinding.. dan menekan kuku nya keleher aniq dan dada aniq...
aniq merawung kesakitan
"kau tak kenal aku siapa? aku orang yang kau bunuh , yang kau rogol tak cukup dengan tu kamu semua buatkan tubuh ku menjadi arca..
wanita itu mula menangis.. mengalir darah dari matanya..
"naa..bii..laa.."ucap aniq dengan suara yang tersekat-sekat kerana tidak dapat bernafas dicengkam lehernya oleh nabila..
nabila mulai mengilai..
"kau masih ingat nabila? kata wanita itu sambil mengilai-ngilai berselang seli dengan nada marah..
matanya menyeramkan memandang tepat ke mata ani..
"hahahahahaaahaaaa", nabila terus mengilai
aniq yang ketakutan terus mengis sambil memohon maaf kepada nabila..
"aku minta maaf.. nabila"serentak dengan pemohonan maaf itu nabila menghempas tubuh aniq ke lantai.. kepala aniq terhentak ke meja kaca yang berada di ruang tamu rumahnya. kaca meja mula berderai..
serpihan kaca menusuk ke tengkorak kepalanya..
nabila belum puas.. "kau tak bole mati lagi selagi kau tak menderita seperti mana aku rasa.. "teriyak nabila..dalam marah.. sambil mengangkat tiinggi tubuh aniq dan menghempas badan aniq keatas besi kaki meja kaca yang telah bederai itu..
tubuh aniq tertusuk besi kaki meja dan menembusi di bahagian tengah badan aniq..
nabila tersenyum melihat tubuh aniq bergetar sebelum menjadi kaku..