Chereads / Penjara Cinta / Chapter 1 - Bab 1: Alyn go to new school

Penjara Cinta

🇲🇾Princesslioyen
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 4.9k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bab 1: Alyn go to new school

Jam loceng sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Sharifah Alyana bangun dari katilnya dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Selesai menunaikan solat subuh, Alyn turun ke dapur dengan berpakaian sekolah. Hari ini merupakan hari pertamanya ke sekolah baru. "Alyn nak pergi sekolah ni Ummi!" jerit Alyn dari dapur untuk menyedarkan Umminya bahawa hari ini dia akan ke sekolah barunya.

Alyn mengambil sekeping roti bakar inti mentega kacang. Beberapa minit kemudian, Umminya turun ke dapur. Alyn meneguk air milo dengan laju dan terus mencapai tangan Umminya untuk salam minta restu sebelum ke sekolah. Alyn terus menyumbat roti bakar ke dalam mulutnya dan berlari ke luar rumah.

"Pak Din! Harini Alyn nak naik kereta Myvi je" kata Alyn kepada pemandu keretanya. Alyn terus masuk ke dalam kereta Myvi model terbaharu. "Haihh kamu ni dah kenapa tiba tiba memilih kereta pulak" hairan Pak Din dengan perangai Alyn. "Harini kan first day Alyn sekolah sini. Alyn tak nak la orang kenal Alyn sebab Alyn ada kereta besar." Alyn menunjukkan senyum kambingnya kepada Pak Din. "Ha lepastu kan Pak Din tak payah bukakkan pintu untuk Alyn nanti. Alyn nak Pak Din pura-pura jadi macam ayah Alyn je okay?" sambung lagi Alyn. Pak Din hanya mengangguk tanda faham sambil tersenyum dengan perangai Alyn yang merendah diri itu.

"Raf! Bangun cepat lah anak oi! Harini sekolah anak oi!" Puan Anita cuba mengejut anak bujangnya untuk pergi ke sekolah. Asyraf bangun dari katil dan pergi ke bilik mandi dengan terhuyung hayang. Sempat Asyraff menjeling jam dinding yang menunjukkan jam 6.40 pagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi Asyraf pergi lambat ke sekolah. Asyraf merupakan budak gangster di sekolahnya. Almaklumla dah jadi senior. Tapi Asyraf takdela buli budak teruk sangat. Setakat kacau sikit-sikit je.

"Ibu, Raf pergi sekolah dulu." kata Asyraf sambil mencium tangan ibunya. "Haih budak bertuah ni. Lain kali bangun awal sikit. Bukannya pukul 7.30 baru nak pergi sekolah." Puan Anita menasihati Raf. Raf membuat muka selamba dan terus menaiki motor Ysukunya dan menghidupkan enjen untuk ke sekolah. "Okay. Assalamualaikum ibu!" Asyraf terus keluar dari halaman rumahnya dan pecut ke sekolah.

Sampai sahaja Alyn di sekolah, dia terus turun dari kereta dan memberitahu Pak Din untuk ambil dia di tempat menunggu dan masih membawa kereta Myvi. Alyn melangkah masuk ke dalam pagar sekolah dan berdiri sebentar di hadapan pagar sekolah. Alyn berdoa supaya urusannya dipermudahkan di sekolah ini. Tiba-tiba ada seseorang honnya dari belakang. Alyn terkejut dan terus ke tepi.

"Oi minah! Yang kau diri tengah jalan ni pahal!" Marah Asyraf kepada Alyn. "Oi mangkuk! Yang kau bawak laju-laju kat kawasan sekolah ni apahal!" Alyn cuba melawan semula. "Eishh kau ni kan.. eh kau ni budak baru ke?" Asal aku tak pernah nampak kau sia?" tanya Asyraf kepada Alyn. "Kalau aku budak baru pun kenapa? Semak je la kau ni" Alyn menjeling dan terus berjalan masuk sekolah. "Eeeei berlagak gila minah ni. Nasib baik la kau lawa. Muka macam orang arab. I like!" bisik Asyraf secara perlahan sambil tersenyum.

"Apa benda siot mamat sentul tu. Dia yang bawak motor laju pastu nak salahkan aku pulak. Ish baru je setapak masuk sekolah dah ada bala! Haih ya Allah, kau kuatkan lah aku. Amiin." Bebel Alyn seorang diri.

Selepas sahaja perhimpunan selesai, pelajar bersurai ke kelas masing masing. Seorang guru membimbing Alyn menuju ke kelas yang Alyn akan masuk. Sampai sahaja di kelas 5 Ros, cikgu memperkenalkan Alyn dengan rakan sekelas. Asyraf sedang tidur dengan nyenyak di dalam kelas dan tiba tiba rakan sebelahnya mengejutnya bangun dan memberitahu Asyraf ada budak baru dalam kelas mereka. Asyraf mengangkat mukanya dan terkejut apabila dia melihat Alyn lah budak baru kelasnya. "Kau?" serentak Alyn dan Asyraf menunding jari sesama sendiri.

"Eh awak berdua ni kenal ke?" Cikgu Anisa bertanya kepada Alyn dan Asyraf. "Takla cikgu, kitorang baru je jumpa kat depan gate tadi" Asyraf menyampuk dengan muka cover machonya sebelum Alyn membuka mulut. "Orang kata kalau jumpa sekali tu kebetulan tapi kalau berkali kali tu jodoh" Asyraf cuba membuat pickupline kepada Alyn di hadapan rakan sekelasnya dan Cikgu Anisa. "Amboi amboi amboi Encik Hero kita ni ada je nak try awek" kata Cikgu Anisa. Satu kelas tergelak dengan gurauan Asyraf. "Ha ada tempat kosong tak untuk Alyn duduk ni?" Alyn cuba bersuara selepas senyap beberapa saat. "Haaaa Alyn boleh duduk sebelah sayaaa" Asyraf menolak Aiman yang duduk di sebelahnya. "Oii sesuka hati kau je tolak aku. Mentang-mentang ada awek baru" kata Aiman yang tak puas hati dengan Asyraf. Asyraf hanya buat muka comel di depan Alyn. Alyn menjeling Asyraf dan Alyn melihat ada tempat duduk kosong di sebelah pelajar perempuan. Alyn berjalan ke meja tersebut dan secara tiba-tiba beg Alyn ditarik oleh Asyraf dan Alyn terduduk di atas kerusi di sebelah Asyraf. Pelajar lain bersorak dan mengusik Alyn dan Asyraf di atas perbuatan Asyraf yang secara terang-terangan itu. Alyn membuat muka tidak puas hati dan berbisik perlahan pada Asyraf "Siapla kau nanti mangkuk!". "Kau acah gangster ek,budak" Asyraf mengetuk kepala Alyn menggunakan kotak penselnya sambil tersenyum sinis.

Alyn membuat muka tidak puas hati kepada Asyraf.

Encik Zulkifli masuk ke dalam kelas dan semua pelajar berdiri untuk memberi salam kecuali Asyraf. "Assalamualaikum, semua" kata Encik Zulkifli apabila masuk ke dalam kelas. Semua pelajar menjawab salam cikgu dengan serentak dan terus duduk. Alyn memandang Asyraf dan merenung tajam mata Asyraf yang berwarna coklat gelap itu. "Kau ni memang no manners eh?" Tanya Alyn kepada Asyraf dengan nada yang agak marah. "Haa cuba kau ajar aku" Asyraf membuat muka kesian macam budak kecik pada Alyn. "Lain kali kalau cikgu masuk tuuu kau kena diri pastu jawab salam cikgu. Faham?" Alyn menerangkan seperti seorang guru.

Bersambung...

Ps: sorry gaisss aku busy sikit lately ni so lambat sikit update hehe sorryy nanti aku buat banyak banyak bab terus okay!