Chereads / Aku keliru / Chapter 2 - Bab 2 : Persahabatan makin rapat

Chapter 2 - Bab 2 : Persahabatan makin rapat

Hari berganti hari aku semakin seronok bila chat dengan dia, dia sering menghantar voice yang dia mengaji, maklumlah dia bersekolah di madrasah dahulu sudah pasti bacaannya lancar dan memberi ketenangan kepada aku yang mendegarnya...

Suatu hari dia menyuruh aku memanggilnya sayang sebagai nama panggilan.Kami menganggapnya sebagai gurauan semata-mata.Itu merupakan kesilapan aku tanpa berfikir panjang dengan memanggilnya sayang. Tidak pernah aku memanggil seseorang dengan nama panggilan tersebut.

Perbualan kami seumpama perbualan pasangan yang hangat bercinta, padahal kami hanya kawan. "Aku keliru" kenapa dia layan aku seperti insan yg bernilai dalam hidupnya. Setiap pagi seawal 6:30 pagi ucapan morning syg dia ucapkan kepada ku. Sebelah malam pula, ucapan yang romantis dihantarkan sebelum dia tidur.

Faliq suka bergurau dan merajuk. Apabila tiba masa dia merajuk semestinya dia mahu aku pujuk dengan gambar aku.Bukanlah gambar yang bukan-bukan tetapi gambarku bertudung dan senyum. Aku mula melayan kerenah faliq dan mengharap yang dia sebagai kawan baik ku.