Chereads / Di mana aku sekarang? / Chapter 12 - Pelajar Baru

Chapter 12 - Pelajar Baru

Keesokan harinya, sedang Rin berjalan ke sekolah dia terserempak dengan berberapa orang lelaki sedang menganggu pelajar perempuan dari sekolahnya.

"Hehe, kamu tak payahla ke sekolah. Jom ikut kitaorang." kata lelaki berambut undercut.

Perempuan itu berasa sangat takut dan pengsan.

"Oi, kamu jangan ganggu dia!" bentak Rin.

"Lagak macam Hero! HAH!" kata seorang lagi lelaki dengan parut di mukanya.

Seorang lelaki yang berpakaian jaket dengan hud kebetulan lalu di situ.

"Jangan buat masalah di sini. Kamu kalau dah takde kerja pergilah cari kerja." kata budak berhud itu.

"Tch, ni seorang lagi hero! Cer kasi ajar sikit." arah lelaki yang nampaknya seperti ketua mereka.

Budak berhud itu menjatuhkan lelaki berambut undercut itu dengan mudah. Kemudian mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang berparut di mukanya. Dia menggunakan teknik silat yang dikenali oleh Rin.

"Eh, bukankah itu teknik silat Helang Putih?" bisik hati Rin.

Setelah kedua dua rakannya tumbang ketua gangster tersebut melarikan diri. Budak berhud itu memakai cermin matanya.

"Wah, kena jugak ye haha."

"Rabun rupanya." Kata Rin.

"Orihara Yu." katanya. "Nazrin, lama tak jumpa. Awak apa khabar?"

"Eh! Macam mana awak tahu nama sebenar saya?"

"Alamak dah lambat ni, jumpa di lain hari Nazrin." katanya lagi sebelum berlalu pergi.

Rin menoleh ke belakang dan dia menyedari Orihara tidak berada di sana lagi.

"Eh, budak perempuan tu?" bisik hati Rin. Dia mengalihkan pandangannya ke arah perempuan tadi. "Tak boleh biarkan dia kat sini." sambungnya.

Rin membawa perempuan tersebut ke bilik rawatan di sekolahnya. Semasa dia hendak membaringkan perempuan itu di katil, perempuan tersebut terbangun.

"Ehh!" perempuan tadi terkejut apabila melihat Rin.

"Gome, saya tak lakukan apa-apa. Sumpah." kata Rin. "Kamu pengsan tadi masa samseng-samseng tu kacau kamu."

"Arigato. Sebab... selamatkan saya tadi." kata perempuan tu. "Matsuyama Itsuka. K-kelas 1-C."

"Oh, saya Kagamine Rin kelas 1-B Selamat berkenalan. Kalau kamu rasa tak sihat kamu berehatlah kat sini dulu. Saya nak balik ke kelas. Jumpa lagi."

"Kakkoii." bisik hati Itsuka-san.

Rin tiba di kelas.

"Rin-kun Ohayo." sapa Minori.

"Ohayo." balas Rin sebelum mengambil tempat duduk biasanya di belakang meja Minori.

"Lambat sampai hari ni." ujar Akira.

"Ada masalah sikit tadi hehe." kata Rin.

"Kelas berdiri." ketua kelas memberi arahan.

Cik Kagamine masuk ke kelas seperti biasa.

"Kelas, kita ada pelajar baru."

"Eh, pelajar baru lagi? Siapalah agaknya ye." kata Minori.

Budak berhud itu masuk ke kelas dan memperkenalkan diri. Dia melambai ke arah Rin.

"Awak kenal dia Rin? Budak handsome tu?" soal Akira.

Orihara-kun mengambil tempat di sebelah Rin.

"Saya perlu bercakap dengan dia lepas ni." bisik hati Rin.

Loceng berbunyi menandakan masa rehat.

"Rin, semalam kata nak buat kelab kan." kata Kazuo. "Saya tertanya-tanya kelab apa yang awak nak buat eh? Takkanlah kelab peminat awak." sambungnya bergurau.

"Eh, taklah. Pasal tu saya dah uruskan dengan Kagamine-sensei. Gome ada hal sikit. Jumpa nanti." kata Rin.

"Eh, Rin agak pelik hari ni kan." ujar Kazuo.

"Hmm, mungkin dia ada masalah." kata Akira. "Minori, dia ada cakap apa-apa ke dengan awak ke tadi?"

"Oh, dia kata tadi pagi dia ada masalah sikit. Tapi dia tak mention pula pasal apa." kata Minori.

Rin sedang berjalan untuk ke kelas Takanashi. Dia terserempak dengan Orihara.

"Orihara-kun, baguslah kamu ada di sini. Saya nak cakap dengan awak sesuatu." kata Rin dan membawa Orihara-kun ke kelas Takanashi senpai.

Mereka sampai di depan pintu kelas Takanashi-senpai. Baru sahaja Rin hendak memanggil senpainya itu, Takanashi terus meluru kearah Rin dan memberi tunduk hormat.

"Senpai, jangan buat begitulah." kata Rin. "Saya ada sesuatu yang penting yang nak dibincangkan."

"Apa saja untuk sensei." kata Takanashi. "Eh, macam kenal je orang kat sebelah sensei."

"Eh! Takaito!" kata Orihara-kun. "Saya tak tahu pula kamu sekolah kat sini."

"Eh! Ren-kun. Apa kamu buat kat sini?"

"Ren-kun?" bisik hati Rin. Dia semakin bingung. Bukan sahaja dia bertemu dengan orang asing yang mengenalinya, dia juga merasakan yang dia pernah bertemu dengan mereka.

"Kita tak boleh berbincang pasal ni kat sini." kata Takanashi. "Jom ke dojo kelab kendo."

Semasa dalam perjalanan ke Dojo, Mereka terserempak dengan Okumura.

"Ren-kun. Awak ke tu?" tanya Okumura.

"Eh, Arc Light? Maksud saya Okumura-san?" kata Orihara.

"Jom ikut kami." ajak Rin. "Ada benda penting kita kena bincang."

Mereka tiba di Dojo Kelab kendo yang terletak di sebelah gelanggang besbol sekolah.

"Jangan lupa tanggalkan kasut sebelum masuk." kata Takanashi.

Mereka duduk di tengah dojo. Takanashi menyediakan teh untuk mereka.

"Ok, jom mulakan perbincangan." kata Rin. "First of all, macam mana korang kenal saya?"

"Eh, Rin awak betul-betul ke tak ingat kami?" kata Takanashi.

"Kita kan sama-sama jadi Tester." kata Orihara.

Peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Rin semasa menjadi Tester mula kembali sedikit demi sedikit.

"Sensei lah yang tamatkan sesi 2 bulan Beta Test tu."

Hari itu merupakan hari terbesar sejak beta test bermula. Dungeon terakhir telah dibuka. 2 pasukan parti ditubukan untuk menyelesaikan dungeon itu. Ketua pasukan pertama ialah Rin manakala pasukan kedua diketuai oleh Ren.

Mereka berdua mempunyai kelas yang unik iaitu Berserker Knight iaitu job advancement dari Barbarian. Selama 3 hari mereka cuba menyelesaikan dungeon tersebut tapi menemui jalan buntu. Akhirnya, Rin mengemukakan strategi. Dia mencadangkan kumpulan 2 menjadi pengalih perhatian sementara kumpulan 1 memberi DPS (Damage per second). Mereka semua bersetuju dengan cadangan Rin. Mereka membuat percubaan terakhir. Kalau mereka gagal mereka terpaksa menunggu lagi sebulan untuk dungeon itu dibuka lagi.

Setelah lebih 3 jam akhirnya mereka tiba di kawasan bos. Boss tersebut bernama Aries. Ia menyerupai kambing hitam besar dan memegang pedang yang bernama Saber.

"Itu si tak guna tu lagi." marah Kinra.

"Baiklah, stick dengan gameplan. Jangan gagal kali ni." kata Rin.

Mereka semua semakin bersemangat. Mereka memulakan langkah pertama. Takanashi dan dua pemain lain yang dalam kelas Guardian menarik perhatian boss tersebut.

"Healer fokus heal MP dan HP Guardian. Sniper, Samurai serang Aries." arah Rin.

Dia kemudian menyertai kumpulan penyerang bersama dengan Ren.

"Seorang Guardian tumbang!"

"Cis, kita baru kurangkan 30% dari HP boss." bisik hati Rin. "Jangan mengalah!" jerit Rin untuk memberi semangat kepada rakan-rakannya.

Mereka berusaha keras untuk menumpaskan boss tersebut. Tidak lama kemudian Guardian kedua tumpas. Hanya tinggal seorang Guardian iaitu Takanashi.

"Rin kita perlu berundur. Takaito takkan dapat menahan serangan boss itu seorang diri." Ren memberi cadangan.

"Tak kita boleh kalahkan boss ni. Kalau kita tak kalahkan hari ni. Kita mungkin terpaksa menunggu 1 bulan lagi untuk menghabiskan game ni." kata Rin.

Setelah berberapa jam bertarung, pemain yang bertahan tinggal Rin, Ren, Arc_Light, Kinra dan Takaito. Pemain yang lain telah tumpas.

"Rin, arahan?" kata Ren. Dia nampak sangat penat dan hpnya tinggal 20%.Tanpa barkata apa-apa Rin meluru kearah boss dan menghalang serangan boss tersebut yang sedang ditujukan kearah Takaito yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Rin!" jerit Okumura.

"Jom bantu Rin." Kata Ren dan terus meluru kearah boss untuk membantu Rin.

Keadaan menjadi semakin genting apabila boss tersebut mengubah corak serangan kepada lebih agresif. Kinra hampir sahaja terkena skill instant death boss tersebut namun sempat diselamatkan oleh kakaknya dengan skill Ancient Guard.

*Ancient Guard adalah skill Enchanter yang menyembuhkan sedikit HP dan memberi pendiding selama 1.5 saat.

"Rin-sensei! Saya akan guna Divine Shield untuk kali terakhir. Korang semua ada 5 saat untuk kalahkan boss tu." Kata Takaito.

*Divine shield memberikan caster kekebalan selama 5 saat dan meningkatkan aggro sebanyak 100% dengan penalti caster tidak boleh bergerak untuk tempoh berkenaan.

"5 saat lebih dari cukup." Kata Rin sebelum mengetuai serangan terakhir.

"Divine Shield!" 5 saat penentu telahpun bermula.

"Samurai Technique: Issen!" kata Kinra.

"Flurry slash!" kata Ren.

"Flurry slash! Rin juga menggunakan skill yang sama dengan Ren.

HP boss menurun dari 20% kepada 5%. Mereka kehabisan MP.

"Cis, sikit lagi!" kata Kinra.

Dia nekad untuk membuat serangan terakhir untuk menamatkan permainan itu. Dia meluru kearah boss tanpa menyedari boss tersebut mengeluarkan skill instant deathnya sekali lagi. Rin berjaya menolak Kinra dari serangan tersebut. Mereka berdua terjatuh ke tanah. Rin bingkas berdiri dan melakukan serangan terakhir.

"Dark Enchant: Final Blow!" lantai di hadapan Rin terbelah dan boss tersebut musnah dengan sekelip mata. Mereka terdiam seketika.

"Yosh! Kita berjaya!!!" jerit Takaito dan mereka terus teleport ke Cirk Capital.

Mereka disambut oleh rakan-rakan tester mereka yang tumpas. Mereka semua bergembira kecuali Kinra.

"Rin, awak dapat drop apa tadi?" tanya Okumura.

"Emm," Rin kemudian membuka inventorinya. "Pedang Saber."

"Wah, tahniah sensei. Sensei memang layak dapat tu." Kata Takaito.

"Hari ni hari terakhir eh. Jom lepak!" ajak Ren.

Mereka semua keluar dari portal dan menyambut kemenangan tersebut di Restoran yang terletak tidak jauh dari Wisma ESCOM.