Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 78 - Chapter 78

Chapter 78 - Chapter 78

DI RUMAH AGAM YANG TERBENGKALAI- Sejak Danish tiba di halaman rumah tinggal itu dan bertemu mata dengan Rafael. Dia tidak berganjak dari tempat dirinya sedang berdiri. Bukan kerana dia dipukau, bukan kerana dia takut. Tetapi kerana dia merasa gusar jika dia melangkah ke hadapan. Rafael akan bertindak untuk melakukan sesuatu. Jika dia berundur ke belakang, Rafael mungkin akan melarikan diri.

Dia tiada pilihan selain memerhati setiap gerak geri Rafael, dan mengambil pilihan mengikut situasi.

Dia tidak pasti, apa yang akan Rafael lakukan padanya. Mungkin, mencederakan atau cuba mengugut, atau memboloskan dirinya. Itu adalah sangkaan. Lelaki di hadapannya itu, mungkin adalah teman dan saudara sepupunya. Kini, ianya jelas bahawa lelaki ini adalah orang yang merbahaya. Dia perlu untuk lebih berwaspada. Jika diteliti dari jalan penceritaan blog Sofea, yang telah digodam oleh Rafael, atas sebab-sebab yang mereka sangkakan. Kemungkinan besar, Rafael adalah seorang lelaki psycopath.

"Mana kau pergi sebelum ini..."

Mendengar Danish menyoal dengan suara yang keras. Perasaan geli hati timbul hingga membuatkan Rafael ketawa. Sepet matanya, menghamburkan ketawa . Danish tampak seperti orang asing padanya, sedangkan sebelum ini. Lelaki itu, teman rapat dengannya.

Bahkan, sepupu? mungkin...

Usai tawanya mereda. Dengan santai, Rafael menjawab. "Aku tak ke mana-mana."

"Kau dah lain, Raf.." ketawa dan mimic muka Rafael, bukan seperti lelaki yang pernah dikenalinya. Seperti lelaki lain yang berwajah sama, namun memainkan karakter yang berbeza. Seolah-olah, ada unsur kegelapan di balik diri Rafael kini.

"Lain. Kau yang lain. Kau baca je cerita itu, kau tak tahu apa-apa. Kau sendiri yang berubah."

Danish mengerutkan urat matanya. "Aku berubah.."

"Ya..kau berubah. Kau tiba-tiba berlagak nak jadi hero. Kau nak jadi hebat.." Rafael, mula menapak perlahan. Dia yang sedang berpeluk tubuh, dengan muka yang tegang. Merapati jaraknya dengan Danish.

Danish masih memaku kakinya ke tanah.

"Aku tak pernah ingin nak jadi hero?!! Aku tak minta!! Tapi, apa kau dah buat ini. Dah terpesong. Aku tak nak kau buat benda-benda macam itu. Kau tak macam ini pun, dulu. Kau baik dan aku pasti, jauh dalam sudut hati kau. Kau lelaki yang baik."

Rafael ketawa lagi. "Kau nak pujuk aku ke, kau nak ceramah?!!!"

Danish mengeluh. "Aku bukan nak ceramah kau. Jujur, aku katakan. Kau orang baik. Tapi, kenapa kau jadi macam ini. Lagipun, kau dengan kembar bukan orang lain...kau"

"Oh….., kau dah tahu." pintas Rafael.

Danish mengusap dahinya. Berpeluh juga dia, di waktu malam dingin seperti ini. Rintik hujan halus-halus, tak menyejukkan tubuhnya. "Ya..aku baru tahu." Entah apa perasaannya, sewaktu dia tahu hubungan antara mereka.Saling berkaitan antara satu sama lain.

"Baguslah. lepas ini, kau boleh jadi adik ipar aku atau abang ipar aku? Ouh..confius!!" Ujar Rafael, dalam nada mengejek. Ada tawa sinis, kedengar di hujung bicaranya.

"Raf.., aku boleh tolong dekat kau."

"Kau??! nak tolong dekat aku?"

"Raf..." Danish kekal dalam posisi sama. Namun, jarak dia dengan Rafael tinggal satu meter sahaja. Rafael pula, tidak lagi bergerak ke arahnya.

"Dan.."

...

"KITA, sudah sampai. Ustaz??"

Ustaz Yusof yang ketiduran, terpaja-paja bangun apabila dikejutkan oleh Zafran. Mujur, kereta tidak banyak di atas lebuhraya. Perjalanan mereka, untuk sampai ke sekolah agama tempat pengajian mereka dahulu, mudah dan lancar. Tidak ada halangan yang menganggu mereka.

Di sekolah, sewaktu mereka tiba. Keadaan agak sunyi sepi. Mungkin kerana musim budak-budak sedang cuti penggal. Jadi, di kawasan sekolah tidak ada pelajar. Hanya tinggal beberapa orang kakitangan sekolah dan pengawal keselamatan.

"Zahra..??!"

"Ani?!!" Zahra yang menghampiri wanita yang lengkap beruniform putih, mendatangkan lirik senyuman di bibir Zahra.

"Ya Allah...betullah kau, Zahra. Zahra yang aku kenal.." Dia yang baru turun ke balai pengawal, tersenyum melihat teman lamanya.

Zahra tidak bersendiri. Dia ditemani oleh Nabiela.

"Ani!!..." soal Zahra teruja. Sempat mereka berpelukkan antara satu sama lain. Ani atau nama sebenarnya Izwani, seorang teman lama sewaktu dia pernah berkerja sambilan di sebuah kedai 'Home'.

"Ini kawan aku, Biela." unjuk Zahra pada sahabat baiknya, Nabiela. Izwani mengangguk, menyalami antara satu sama lain.

"Apa hal, datang ke sini waktu tak ada orang ni?" soal Izwani, menjengguk kepalanya ke arah luar pagar sekolah. Ada beberapa buah kereta sedan, sudah diparking di luar sekolah.

"Aku datang sini sebab ada hal sikit."

"Ohh....tapi, aku tak pasti kau boleh masuk. Ustaz tak cakap apa dengan kami." Izwani membelek telefon bimbitnya.

Zahra mengangguk. "Aku faham. Aku call cikgu dekat sini." ujarnya. Dia memaling, mencari bayang suaminya. "Tapi, tak sangka kita berjumpa ya?!" sengih Zahra. Ya, terlalu lama mereka terpisah semenjak dia berkahwin dengan Zafran. Dia banyak membawa diri. Hanya Nabiela yang mengetahui perjalanan hidupnya.

"Dah kawin?" soal Izwani, agak berhati-hati dengan soalan status. Tak semua ada rezeki jodoh.

Zahra angguk sahaja.

"Kau.."

Izwani angguk juga. "Kawin dengan lelaki duda anak seorang." balasnya, dengan ketawa. Bahagia, apabila dapat bersua semula.

"Aku nak masuk, ke kawasan halaman aspuri. Budak-budak tak ada kan..."

Izwani mengeleng. "Budak memang tak ada. Tengah cuti. Tetapi, aku tak berapa berani nak bagi kau masuk. Ada minta kebenaran tak dengan guru warden ke, penyelia ke?" peraturan sekolah tak macam dahulu. Sekarang, peraturan ketat.

"Sekejap. Aku try tanya suami aku." ucap Zahra. Dia sememangnya ada terfikir. Bukan senang nak masuk semula ke kawasan sekolah tanpa permit. Macam-macam bahaya boleh mengundang.

Zahra segera mendail nombor Zafran.

"Hello, abang.." Anak matanya melirik, melihat Izwani.

"Hm..?"

"Abang ada minta izin ke nak masuk??"

"Ada..Ustaz Azizi. Dia kata, bila nak masuk nanti. Bagitahu, guard. Minta guard untuk call ustaz."

Zahra mengangguk. Memahami kata-kata suaminya. "Okay. Nanti saya call abang balik." Panggilan singkat itu di matikan. Kekok juga, apabila sudah lama tak bercakap dengan suaminya.

"Macam mana?" soal Nabiela. Zahra senyum lalu memandang Izwani.

"Ani, Ustaz Azizi minta kau call telefon dia."

"Okay. Kalau macam itu, kau tunggu sekejap. Aku tanya kawan aku dalam itu." Izwani berlalu seketika ke pondok pengawal.

"Aku pergi ke kereta sekejap." balas Nabiela. Dia bergerak ke arah rakan-rakan mereka yang menunggu di luar sekolah.

Zahra angguk. Sementara menanti rakan lamanya itu menghubungi guru penyelia sekolah. Dia berjalan ke arah kelas. Apabila dipandang kawasan sekolah, yang tampak berbeza sewaktu zamannya. Hatinya tertarik melihat sudut di dalam kelas. Sudah lama, dia tidak menjejak kaki ke tempat ini. Banyak perubahan. Sekolahnya sudah diganti dengan batu bata. Sedangkan, dahulu. Masih menggunakan papan kayu.

Tapi, guna cermin kaca macam ini. Mudah berhabuk. Warna merah-merah abu. Kotornya….merah?? Mereka taka da gotong royong kelaskah?? Hai, budak zaman sekarang. Malas...

Zahra sengih dengan senyuman lebar. Lucu!

"Ara...!!" Zafran memanggil. Sayup-sayup suara sahabat baiknya itu memanggil Namanya dari jauh. Kenangan lama, seakan diputar semula. Tak sangka, jodoh mereka berdua walaupun ianya jodoh tak dirancang.

"Ara!!!" Zahra tersentak. Namanya, dilaung bergitu kuat sekali hingga berdengung-dengung. Terkedip-kedip matanya, lalu menoleh kearah Zafran yang memanggil. Oh, bukan Zafranlah. Suaminya! Suaminya datang menghampirinya dengan wajah cemas. Nampak garis kerisauan di wajah sahabat, yang merangkap suaminya itu. Zahra senyum kecil, hingga menampakkan barisan giginya.

"Tangan.." Zafran mendapatkan Zahra. Zahra melihat tangannya. Tangannya sudah berlumuran dakwat merah. Terkedip-kedip matanya, buntu tiada jawapan. "Darah??" Bagaimana tangannya berdarah?

Dipengang bahu dan bahagian kepala Zahra. Bibirnya terkumat-kamit membaca kalam Al-Quran. Hatinya kurang enak, saat ustaz menyarankan mereka untuk kembali semula ke sekolah lama mereka. Apa yang dia risau, benar-benar berlaku.

"Abang??"

Zafran merangkul isterinya. Laungan azan, di bisik di telinga Zahra sebelum isterinya itu rebah ke tanah.

"Ara!!" Nabiela turut mendapatkan temannya.

"Macam mana mereka?" tanya Zafran pada Nabiela. Adakah mereka sudah dibenarkan masuk.

Nabiela angguk. Dia pandang Izwani yang mengikutinya dari belakang. Izwani angguk, dengan wajah panik. Apakah yang berlaku?

Bersambung..