Chereads / Ainaa Sofea / Chapter 74 - Chapter 74

Chapter 74 - Chapter 74

JASAD Najihah yang masih mengurung nyawa, terbaring kaku di atas ranjang katil pesakit. Di sisinya, dia ditemani seorang anak muda yang tekun membersihkan tubuh Najihah menggunakan kain sederhana kecil yang dibasahkan.

Sesekali, di balikkan tubuh Najihah dalam posisi mengiring ke kiri, dan menyapu cecair losyen di belakang tubuh Najihah. Kerjanya tertib dan lembut persis ibu yang menyantuni bayi yang baru lahir.

"Assalamualaikum.."

Zahra yang berada di muka pintu bilik wad, memberi salam seraya mengukir senyuman manis buat si anak muda.

"Walaikum salam.." sambut Fathi, agak perlahan saat dirinya di sapa wanita sebaya usia ibu mentuanya. Dia mengangguk perlahan dengan keadaan yang terpaja-paja sebelum geraknya pantas, menutup aurat ibu mentuanya dengan kain dan selimut apabila kedatangan wanita itu bukannya seorang diri. Tetapi membawa beberapa orang termasuk dua lelaki.

Zahra sempat mengisyarat pada suami dan rakan-rakannya, untuk menunggu seketika. Sebelum dia, mengangguk apabila Fathi bersetuju untuk menjemput mereka ke dalam bilik pesakit.

"Dah lama, mak terbaring?" soal Zahra lembut. Dari watak yang dipamerkan oleh Fathi. Dia tahu, wanita ini anak atau mungkin menantu Najihah. Dalam masa yang sama, dia mempelawa ustaznya untuk duduk di kerusi yang disediakan. Ustaz Yusof, mengangguk sahaja.

"Hampir masuk dua minggu. Tetapi, alhamdulillah. Keadaan mak, buat masa ini masih stabil. Cuma, masih belum sedar sejak ditahan hospital. Doktor minta mak ditahan untuk buat pemeriksaan dalaman. Risau ada kecederaan yang kita tak sedar." Balas Fathi.

Masing-masing angguk. Jelas dengan penerangan Fathi.

"Kamu menantu tengahkan." soal Maria. Dia yang sedari awal memerhati wanita muda itu, mula mengenali wajah menantu kedua Najihah. Fathi mengiyakan.

Maria senyum. "Itulah..dari awal tadi dah perasan. Suami kamu mana?" soalnya.

"Keluar sekejap. Baru sahaja tadi." jawab Fathi. Kerusi yang berada di kawasan berhampiran, diambil lali disua pada tamu yang datang menziarahi ibu mentuanya.

"Bang..." Zahra menghampiri suaminya.

Zafran menoleh ke arah isterinya, apabila lengan bajunya ditarik Zahra. Suara Zahra yang perlahan, membawanya untuk merendahkan diri mendengar bicara dari isterinya itu.

"Anak lelaki Najihah tak ada. Boleh minta ustaz rehat sekejap. Risau, jika dibiarkan berdiri macam itu. Saya pergi ambilkan kerusi, untuk ustaz." ujarnya, seraya memandang ke arah ustaznya yang semakin uzur, bagai kayu yang mula di mamah anai-anai. Zafran mengangguk. Bualan antara Maria dan menantu Najihah, didengarinya seketika tadi. Dia faham, jika isterinya itu merisaukan keadaan ustaz mereka. Ustaz Yusof bukan lelaki muda.

Nabila tidak banyak berbual. Matanya, lebih tertumpu pada Najihah yang terbujur dalam keadaan koma. Dia datang menghampiri Najihah.Dipengang tangan Najihah. Dieluskan lengan yang berlapik baju pesakit. Sedih, melihat sumpahan yang sama berulang. Jika dahulu...Maria. Tetapi, kali ini Najihah.

"Biela.." bisik Zahra. Zahra yang ingin mengambil kerusi buat ustaznya, sempat menegur sahabatnya apabika matanya, seimbas memandang perbuatan Nabila. Dia yang sedang mengambil kerusi berhampiran, kurang senang dengan tindakkan sahabat baiknya itu.

Nabila menyahut perlahan. "Ya...."

" Kau kena jaga-jaga. Kita tak tahu, mungkin kita jadi macam Najihah. Jangan sebarangan pengang." tegur Zahra. Bukan dia marah dengan sengaja. Ada sebab, yang dia perlu pesankan pada sahabat baiknya itu. Lebih baik, berjaga-jaga dari terkena akibat kemudian.

"Ustaz. Saya rasa baik kita tunggu anak laki-lakinya dahulu." ujar Zafran, selaku lelaki antara mereka. Kerusi yang diambik Zahra, sudah bertukar tangan. Di jemput ustaznya itu untuk duduk.

Ustaz Yusof mengangguk lagi. Dia duduk pada kerusi yang diberikan oleh Zafran. Dia yang sedang duduk, banyak memerhati gelagat bekas anak muridnya. Usianya lanjut, menyebabkan dia sering penat dan keletihan apabila tenaganya dikerah melebihi kemampuan kudratnya.

Zafran senyum. Dia faham jika gurunya itu kelelahan. Dia juga sudah berusia. Matanya memandang Zahra. Apabila wanita itu, merenungnya. Zafran terus memberi isyarat pada isterinya itu untuk keluar seketika.

...

TANGAN Ainaa masih tak lepas dalam gengamannya. Dipengang erat tangan wanita itu, seakan rantai yang mengari tangan. Sebenarnya dia tidak mahu, gejolak perasaannya yang pelbagai perisa itu meledak dan berkocak hingga ianya meletus dan memancarkan emosinya apabila dia cuba membayangi sahabatnya itu hilang sekali lagi.

Sungguh! dia hampir tidak percaya, akan sahabatnya itu dapat bersua kembali. Seakan-akan ianya perkara mustahil untuk tertunai.

"Kau okay.."

Soal Ainaa. Agak janggal apabila sahabatnya itu, tak melepaskan pengangannya.

Hanis mengangguk pantas. "Ka...kau?"

Air mata Ainaa bergenang. Sebak, walaupun mereka baru sahaja melepaskan tangisan. Sejujurnya, hatinya masih terbeban dengan masalah yang tak kunjung selesai. Apa mampu dia lakukan. Ainaa mengangguk perlahan.

Hanis merangkul tubuh sahabatnya semula. "Ya..tak apa. Aku ada." pujuk Hanis. Melurutkan belakang Ainaa.

"Mm..m" Ainaa menjawab.

Umpama anak kecil berusia empat tahun, yang dipujuk ibu. Ainaa menyembabkan wajahnya pada bahu Hanis. Hatinya bergitu sensitif tatkala ini.

Pada saudara kembarnya, pada Avienna..dia harus, berlagak untuk hebat agar mereka tak goyah. Namun, dihadapan Hanis. Dia terus beriaksi seperti anak kecil.

"Kita orang tak buat.." Luah Ainaa, dalam suara kasar. Kadang jelas, kadang ianya kurang jelas beberapa perkataan yang diucapkan.

Hanis angguk, walau dia sendiri tidak pasti. Namun, dia yakin pada sahabatnya itu. Ainaa, mahupun saudara kembarnya Sofea. Mereka bukan seorang pembunuh.

"Aku..aku takut, kau pun kena.." Ainaa mengelap air matanya. Dipandang Hanis Syaurah, dengan mata yang masih merah dan basah. Dipengang bahu Hanis Syaurah. Dia merasa terdesak.

"Aku okay. Alhamdulillah...jangan risaukan aku." pujuk Hanis dalam senyumannya yang menenangkan.

"Akak.." Sofea memanggil Ainaa. "Kita perlu pergi..."

sambungnya.

Ainaa yang melihat isyarat dari adiknya, menganggukkan kepalanya sebelum memaling kearah Hanis. "Aku tak boleh lama..."

"Kau nak pergi mana?" soal Hanis. Pertemuan sementara itu, membuatkan dia berdebar dalam nada yang risau.Ainaa menepuk lembut, tangan Hanis. Sahabatnya yang dirinduinya. "Aku perlu selesaikan sesuatu. Doakan aku, dapat selesaikam semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja."

"Maksud kau?"

"Aku kena jumpa dengan dia." Ainaa diam sejenak. Dia teringatkan Rafael. Lelaki yang ingin memusnahkan hidup mereka. " Jika ada rezeki untuk kita jumpa semula. Aku akan ceritakan keseluruhannya." Ainaa sudah bangun, bergerak ke arah adik kembarnya. Hanis mengikuti langkah sahabatnya.

"Tak bahaya ke?"

Ainaa tersenyum. "Kau rasa?!" guraunya, berjenaka sebelum dia masuk ke dalam kereta.

"Hei!! kalau bahaya, kenapa kau pergi?!" Hanis berujar marah.

"Yang...aku tak mahu hidup macam ini. Doakan aku."

Hanis beku, dalam anggukan bahawa dia sentiasa doakan yang terbaik buat sahabatnya. Kehilangan Ainaa dan saudara kembarnya selama sepuluh tahun, bukan satu jangka masa yang pendek.

Kehidupan Ainaa, yang di maklumkan oleh sahabatnya itu, sentiasa dalam pelarian. Bukan dikejar manusia sahaja, tetapi diekori oleh bangsa halus di alam ghaib.

Jika didengari oleh orang lain. Ianya kedengaran lucu dan kelakar, tetapi tidak bagi Hanis. Dia kenal sahabatnya itu, dalam waktu jenaka atau dalam keadaan serius. Apa yang Ainaa ceritakan padanya, bukan satu pembohongan. 

Bersambung..