Aku pergi.
Adakah aku....yang bersalah?
Di atas tikar sejadah. Aku duduk dalam keadaan, aku masih di tahiyat akhir. Madah yang beralun dalam benak akalku, bergumam dalam satu nada.
Ikatan persaudaraan di antara kita, yang pernah terjalin. Akankah terlerai tanpa suara, dan tanpa kata?
Adakah aku yang bersalah?? Masihkah aku?
Jika aku berundur semula pada lembaran lama. Adakah aku yang bersalah..?
Detik ini, aku sudahkan salamku. Detik ini, aku ingin bangun dan berdiri. Detik ini, engkau tidak lagi aku peduli.
Bukan kerana aku benci.
Tetapi, aku berlalu setelah engkau tidak lagi menghargai diriku sebagaimana aku menghargai harga dirimu. Aku penat..aku jua lelah.
Lelah untuk tidak dihargai.
Dan..
Engkau bukan insan yang tepat untuk aku.
Aku pergi.