Chereads / Sweety of life~ / Chapter 41 - Penentu Amalan

Chapter 41 - Penentu Amalan

Hebatnya kau di pandangan setiap jiwa yang dihalusinasi..

Lenggok riang pinggul bergoyang senada mata-mata yang keasyikkan...

Dalam tebaran senyuman yang kau lirik secara bersahaja...

Kau masih bergengam sifat diri sebagai manusia yang mengalas dosa..

Saat kakimu menapak menambah langkah ke hadapan...

Dengan lentikkan tangan kau menjadi pembengis yang kekejaman...

Dan adakalanya kau suci umpama malaikat yang memiliki nafsu hawa yang perawan..

Bila seimbas kelopak mata, kamu menjadi watak yang bersalin pakaian...

Kau hebat, namamu megah disanjung oleh kayangan..

Segala ulah dan bicaramu acap pula dilaung penuh emosi perasaan...

Rentak gayamu di agung-agung malah dicemburui manusia berangan...

Hakikat sementara di layar kaca TV penuh dengan tipuan..

Manusia itu berbeza wajah berbeza rupa..

Berbeza hati malah berbeza bicara...

Bila perlu ada pada ungkapannya penentu jiwa..

Dia menjadi hakim tanpa lagi dipelawa...

Sisi baikmu nampak bertinbunan seperti perbukitan..

Sisi burukmu nampak berbuih seperti lautan..

Spekulasi dan kontrovesi mainan zaman..

Lupa bahwa dunia mereka dan kita banyak persamaan..

Tidak sedar diri juga punya banyak kekurangan..

Namun..masih mabuk menunding jari mengharap kesempurnaan...

Bulan mulia bulan merebut sejuta gandaan amalan..

Tetapi sibuk membaca aib yang ditutup TUHAN..

Gah yang sementara dianggap samba lewa bagai tak beragamawan..

Janji hati puas walau sudah termaktub balasan neraka dari TUHAN...

Salam Jumaat, salam Ramadhan..

Moga pertemuan ini, bukan pertemuan kesia-siaan..

Mungkin, dosa ini masih belum dihapuskan..

Hanya pada dia penentu amalan..

Bersambung...