Chereads / Kehidupan penuh dengan cabaran / Chapter 1 - Berumur 7 tahun

Kehidupan penuh dengan cabaran

FADHIL_KCAR
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 3.9k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Berumur 7 tahun

Ibuku memberikan aku nama mohd fadhil b mahussain.. aku mempunyai 9 adik beradik.. aku anak yang ke 7 dari ke 9 adik beradik ku.. ayah ku bernama mahussain bin ismail dan ibuku bernama zaharah binti brahim. Aku dihantarkan ke sekolah kebangsaan temangan , ia berada antara 5km dari rumah ku. Ibuku seorang penoreh getah,ayah ku seorang driver lori. Pada umurku 7 tahun juga, ayah dan ibu ku berpisah. Aku tinggal bersama ibuku serta adik beradik ku. kami hanya makan apa yang ada sahaja, pada musim hujan, ibuku terpaksa berhutang dengan orang kampung ku untuk memberikan anak nya makan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Umurku 10 tahun, muncul kembali ayah ku, setelah ayah ku mendapat bahagian harta pusaka atuk ku. ketika itu aku merasakan gembira kerana aku dapat kasih sayang seorang ayah,namun ayah ku mengunakan duit harta pusaka ke jalan yang salah. Lalu ayahku telah ditangkap pihak polis johor baru atas tuduhan samun.