Di Klinik Ibu Dan Anak
" tahniah puan. Puan disahkan mengangdung dan kandungan puan berusia dua minggu "
" wah iya ke tak sabar nak bagitau husband saya " Natalia pura - pura gembira mendengar keputusan itu.
doktor itu tersenyum dan berkata " tahniah sekali lagi saya ucapkan. sila jaga pemakanan dan kesihatan bayi , puan boleh pergi sekarang "
" okey dokter " ucap natalia lalu segera beredar.
" banggggg " bunyi beg tangan yang dilemparkan natalia kedengaran memecah kesunyian di tempat meletakkan kereta.
" arghhhhhhh ! lelaki tak guna berani kau tipu aku ! sekarang macam mana aku nak terang kat daddy !? " ujar natalia sambil menangis
...
Di Villa Palma
" hai pa , kenapa papa panggil mikhael ni ? papa ada nak bagitau something ke ? "
" haah papa nak kamu gantikan papa dalam satu majlis perasmian rumah kanak kanak kurang upaya. Papa ada hal kat johor dan kena uruskan cepat , jadi nak taknak kael tetap kena gantikan papa "
" hurm yela pa , nanti kael gantikan papa. "
" malam ni kael tidur sini. Dah lama kael tak tidur sini , mama tu ha hari - hari bising tanya bila kamu nak balik sampai mama suruh papa tarik balik rumah kamu tu "
" okey pa , malam ni kael tidur sini. okey la kael nak ke dapur tengok mama kejap "
" hmp pergi la " balas dato ahmad baharin sambil membaca surat khabar.
" hello my sweetheart " bisik mikhael sambil memeluk mamanya
" eh kael anak mama ! bila kamu balik ? "
" baru je kael sampai. Mama masak apa ni sedapnya bau "
" mama masak kari ayam je malam ni. Dah kamu belum mandi kan ? pergi mandi cepat , kejap lagi kita makan sama - sama "
" okey ma " ujar mikhael