Naurah berjalan menuju ke kafe. Meja di sebelah hujung diduduki kerana tempatnya yang agak tersorok dan cantik dihiasi keindahan alam. Telefon bimbit diambil dari handbag. Mesej di twitter dibuka.
Satu mesej daripada Razqil dan satu mesej dari Adam rakan sekolahnya dulu. Jarinya menekan nama Razqil.
Razqil
-Aku tak tahu muka kau macam mana. Aku chat dengan orang yang aku tak kenal.
Naurah senyum sumbing. Jarinya mengetuk meja.
Naurah
-Kau ingat aku kenal kau ke cik abang?
Razqil
-Sekurang-kurangnya kau tahu muka aku macam mana cik adik.
Naurah gelak. Tak puas hati nampaknya. Aku nampak muka kau pun sipi-sipi je.
Naurah
-Okay lah. Kita sama-sama tunjuk muka kita.
Naurah akhirnya mengalah. Waiter kafe dipanggil. Kopi o ais di order. Tangan mengibas muka. Panaih bakhang!
Matanya meliar melihat sekeliling. Indahnya ciptaan Allah
Zeettt...
Telefon Naurah bergetar.
From Razqil.
- Wah. Kau betul nak expose muka kau dekat aku.
- Okaylah. Kau follow instagram aku. Aku letak muka semua yang blur-blur punya.
Mesej dari Razqil diterima lagi. Kali ini dia menghantar gambar screenshot instagramnya.
Naurah tersenyum. Hailah Ara kau dah gila gamaknya. Semua benda kau nak senyum.
Naurah menggeleng kepala berkali-kali. Mewaraskan akal dan otak.
Aplikasi instagram dibuka. Nama Razqil di taip. Butang follow ditekan. Selepas itu, dia pergi semula ke twitter memberitahu bahawa dia sudah melakukan tugasnya.
Naurah
-Aku dah follow kau. Followback sana.
Send!
Razqil
-Jap.
Beberapa saat kemudian...
Razqil
-Dah followback.
Naurah
-Terima kasih baby!
Naurah sengih.
Razqil
-Aku cabar kau tackle aku sampai dapat.
Haa?! Naurah terkejut. Meja ditepuk kuat. Otak dah mereng ke apa mamat ni?
Waiter yang menghantar air terkejut. Hampir tertumpah air itu di bajunya. Senyuman manis tanda minta maaf diberi.
Nafas dalam ditarik dan dilepaskan. Setelah beberapa minit dia mulai tenang. Telefon di ambil kembali. Ha nak sangat aku tackle kau kan? Maju lu sini!
Naurah
-Okay. Deal!
Kau buat kerja gila Naurah Nadirah!
Razqil typing.
Razqil
-Cik adik muka kau mana?
Naurah tepuk dahi.
Naurah
-Maafkan beta. Sebentar lagi beta hantar gambar beta pada tuan hamba.
Air kopi o ais yang baru sampai disedut perlahan. Galeri dibuka mencari gambar yang paling latest.
Satu gambar candid di hantar pada Razqil. Dan aplikasi instagram dibuka kembali. Mahu melihat gambar Razqil.
Hm tak banyak cuma ada 7 keping. Bibirnya terjuih kepala dianggukan.
Gambar pertama ditekan. Wuu Razqil and the geng.
Gambar kedua pula dilihat. Senyuman menawan. Buat mini love dengan caption 'ada duyung jantan.'
Haah duyung jantan saya. Naurah geleng kepala. Belum apa-apa lagi Ara. Jangan melebih. Kau terima challange tackle dia pun belum tentu dapat.
Gambar ketiga bersama seorang kawan lelaki. Berdiri tangan dibelakang. Nampak cool. Nice. And.... look handsome.
Mata Naurah terhenti pada bahagian leher lelaki itu. Dahinya berkerut. Eh. Mata Naurah gosok perlahan. Halkum dia ada dua? Mamat ni telan biji rambutan berapa banyak?
Lama kelamaan bibir Naurah ternaik mengukir senyuman. Haih halkum ada dua pun seksi. Naurah geleng kepala. Gatal kau Ara.
Sedang Naurah angan-angan tentang keseksian halkum, satu mesej dari twitter masuk.
Ting!
Razqil
-Garangnya muka.
Naurah cebik bibir. Garang tang mana lah atok dugong oi.
Naurah
-Garang ke? Aku tengok biasa je.
Razqil
-Garang. first time expose muka kot.
-Buat kening kau eh?
Suka-suka cakap aku buat kening. Naurah geram.
Naurah
-Hello, tu kening ori okay. Cuma kadang-kadang aku lukis sikit-sikit.
Naurah terhenti. Sisa air yang tinggal sedikit disedut sehingga habis.
Naurah
-Kau tak suka perempuan bermake-up ke?
Dalam bertanya Naurah resah sendiri. Kalau dia tak suka. Hancur harapan aku.
Razqil typing...
Perkataan typing membuatkan dia berpeluh. Tolong katakan kau okay. Please.
Dan saat itu.... Ting!
Razqil
-Eh tak aku okay ja.
Nafas lega Naurah hembus. Alhamdulillah. Senyumannya terukir sedikit demi sikit. Haih, buat orang suspen. Macam nak mati aku tunggu dia typing.
Naurah
-Thanks Razqil.
Razqil
-Wey jangan panggil Razqil. Rasa awkward gila. Panggil Azin.
Naurah mencebik. Dah kau yang letak nama kau macam tu. Jarinya dilarikan di keypad.
Naurah
-Baiklah Azin
-Azin
-Azin
-Azin
Kerana bengang Naurah menghantar nama itu banyak kali.
Razqil
-Hahaha ha macam tu lah.
-Aku nak panggil kau apa ni? Naurah?
Naurah
-Panggil perempuan paling cantik.
Selepas menghantarkan itu, Naurah ketawa mengekek.
Razqil typing...
Naurah setia menunggu. Mahu melihat apa yang lelaki ini hendak membalas.
From Razqil
-Kau ingat lawak ke? Betul-betul lah.😑
Balasan itu membuatkan Naurah ketawa kuat sehingga orang di kafe memandang ke arahnya. Naurah hanya melambai tangan kearah mereka. Tak malunya kau Ara.
Naurah
-Panggil aku Ara ja. Nama paling sedap di dunia.
Setelah tiada tanda-tanda lelaki itu hendak membalas, Naurah membuat panggilan kepada rakannya, Marisa.
"Assalammualakum. Hallu tuan puteri. Mimpi apa permaisuri ratu segala raja Naurah Nadirah kesayangan hamba call?" Suara Marisa kedengaran. Naurah juling mata keatas. Bibir dijuih.
"Ah kau Mar. Saja kenakan aku."
Di sebelah sana Marisa ketawa mengekek. Naurah ketap gigi. Nasib member.
"Berhenti gelak lah gila. Aku nak tanya something important ni. Tak boleh tangguh." Naurah bersuara tegas.
Marisa terus terdiam. Dia berdehem sebelum bertanya. "Kenapa Ra? Ada problem ke?"
Naurah senyum sumbing. Mar, Mar perangai gelabah kau tak berubah.
"Marrr..." panggil Naurah meleret.
"Iya?"
"Mar, kau free tak sekarang? Aku nak ajak kau keluar. Lagi lima minit aku sampai."
"Itu soalan penting kau?!" Naik seoktaf suara Marisa. Naurah jauhkan sedikit telefon bimbit dari telinga. Bingit.
"Nak ke tak nak?" Naurah bertanya lagi.
"Eh mestilah nak! Tapi kau belanja. Boleh?" Di hujung ayat kedengaran Marisa menyengih.
Naurah mencebik. "Hm boleh lah setakat teh o ais bukan masalah besar bagi beta."
"Teh o pun teh o lah. Kalau pakai duit kau rasa cappucino Ra."
Naurah geleng kepala. "Membongak! Kejap lagi aku sampai. Bye!"
"Bye permaisuri."
Naurah bangun dari duduk. Kaunter bayaran dituju. Selepas membuat bayaran dia bergegas ke kereta myvi miliknya.
Sebaik saja dia menutup pintu kereta, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.
Enjin kereta dan aircond dibuka, radio juga dipasang terlebih dahulu sebelum tangannya mencapai telefon bimbitnya.
Twitter: Two message from Razqil.
Naurah baca di notifikasi tanpa membuka.
-Nama paling sedap eh.
-Okay Ara.
Naurah senyum tidak membalas. Telefon di letakkan di dashboard meter. Gear dimasukkan dan kereta itu meluncur membelah jalan raya.
____