Isnin. Hari yang sungguh penat. Aku berasa tidak bermaya disebabkan pelajaran Matematik Tambahan tadi. Aku lihat rakan-rakanku bermain sesama sendiri macam budak-budak....lari sana lari sini... haihhh.Membuatkan kepala aku lebih sakit. Padahal dah Tingkatan 5.
Selepas ni, pelajaran Sejarah pulak. Bosannnn.... habis laaa. Sedang aku mengelamun, seorang cikgu masuk ke kelas dan memberi salam. Rupa-rupanya Cikgu Salwa. Seorang guru kaunseling.
Pn. Salwa : Assalamualaikum, pelajar.
Pelajar : Waalaikumussalam, cikgu.
Pn. Salwa : Harini cikgu Rodzanariah tak datang, so saya akan ganti beliau untuk satu jam ini.
Pelajar : Yeayyyyy.....*aku pulak terus bersemangat 😁*
Puan Salwa memberi mukadimah. Harini saya nak bagi penerangan dan taklimat pasal PLKN. *aku daripada menongkat dagu terus duduk tegak, waw perkara yang aku tunggu-tunggu. Bagi aku, Puan Salwa ada tarikan yang tersendiri. Apa-apa yang beliau ceritakan, semuanya buatkanku tertarik kepada apa yang diceritakan. Contohnya, PLKN ni. Beliau ceritakan kalau kita masuk PLKN, akan dapat elaun. Lepastu, pakai baju loreng macam askar. Tapi warna biru. Dan banyak lagi. Aku dulu ada sedikit hasrat nak masuk PLKN. Sebab macam best je. Ada latihan lasak, menembak, dapat elaun dan banyak lagi. Sekarang minat aku bertambah.Terima kasih Puan Salwa. * Okey, sekarang masa dah habis. Siapa yang berminat nak masuk PLKN, ambil borang atas meja ni. Aku dan berapa kerat lagi ambik la borang. Kawan baik aku (Jiha) pun ambik. Pelajar : 'Terima kasih, cikgu.'
Balik ke rumah aku membuka enjin carian Internet iaitu.....Google. Aku taip "Pengalaman di PLKN". Banyak jugak orang tulis blog pasal pengalaman diorang kat PLKN. Wahh....aku baca blog tu. Dia cerita bila masuk PLKN ni kita akan dibahagikan dalam 4 KOMPENI, iaitu Alpha (Merah), Bravo (Biru), Charlie (Kuning) dan Delta (Hijau). Itu adalah antara yang aku baca dalam blog tu. Sebenarnya, semua blog tu dah lama. Ada dari tahun 2010, 2011, 2012....Tahun semasa takda (2017). Aku ni banyak sifat ingin tahu *biasa la perempuan kan*. Aku pun isi la borang yang aku ambik tadi siap dengan tandatangan mak abah aku sekali. Aku tanya la mak aku, "mak bagi ka Syikin pergi PLKN? *biasa la mak mak kan takut anak depa nak gi lama-lama. Latihan lasak-lasak semua.* Pastu mak aku kata, "takut la jugak, dah hang nak mak bagi ja. Mak bagi ja hang nak pergi mana-mana pun, janji toksah buat benda-benda yang tak elok sudah. * salah satunya jangan couple 👫 (Harammm....)
Keesokannya, aku dan member squad aku (Aku, Jiha, Aliah, Wana, Wawa, Iza) sembang-sembang la pasal PLKN semalam.
Aku : Wei hangpa nak masuk PLKN tak? Macam syok ja wei.
Jiha : Aku macam teringin tapi mak aku tak bagi. Takut jadi apa-apa kat aku. PLKN kan lasak.
Aku : Hmmm.... 😥 Nak buat cam mana kan? Dah mak hang tak bagi. Wana....mak hang bagi tak?
Wana : Mak aku bagi. Siap tandatangan lagi ni haa.
Aku : Pastu, hang nak pergi la ni?
Wana : Tak la....aku takut gelap muka aku.
Aku : Ni hang tak tanda lagi kotak setuju ke tak setuju ni? *sambil tunjuk kat kotak tu*
Wana : Aku saja tak tanda lagi. Nanti mak aku tanda setuju pulak. So, aku tanda....*sambil tanda 'tick' dalam kotak "tidak setuju"
Kami : 😂😂😂😂😂
Aku : Dah agak dah. Sorang ni takut muka gelap. PLKN memang kena 'berjemur' pun. Hahahaha.....Iza, hang takmau pergi ka?
Iza : Tak mau lah....nanti kena basuh baju sendiri. Guna tangan pulak tu. Malu la kena basuh 'spender' depan orang.
Aku : Sapa suruh hang basuh depan orang. Aku pun malu. Sorok-sorok la sikit bila nak basuh tu.
Kami : Hahahahhahaa
Aku : Aliah hang pulak macam mana?
Aliah : Mak aku tak bagi. Biasa la susah nak lepas kan anak dia yang kiyot ni. 🙄 (Suka perasan comel....tapi memang comel pun) Lagi pun aku tak reti basuh baju. (sama spesies dengan Iza)
Aku : Wawa, mak hang pun tak bagi ke?
Wawa : Haahh....(ringkas je jawapan dia)
Aku : So aku sorang la ni?
Kami (kecuali aku) : *angguk kepala*
Aku : Takdak geng la macam niiiiii!!!
Aku pun berpikir kejap. Aku nak hantar ke tak borang ni? Nak pergi ke tak ni? Arrghhhh.... kalau pergi takdak kawan....kalau tak pergi macam sayang je. Ahhhhh....hantar je lah. Apa susah, nanti dapat la kawan baru. (bukan bermaksud lupa kawan lama ye)
Beberapa hari selepas SPM, aku dapat tahu aku dah boleh 'check' aku layak ke masuk PLKN. Aku 'check' online. Cari laman web semua, isi no. ic. Pomm! keluar la nama aku dan penempatan kem PLKN. Beserta tarikhnya. Aku masa tu macam takdak perasaan kot. 50-50. 50% takut. 50% gembira. So, aku tak dapat nak gambar kan perasaan aku masa tu. Aku pun bedal je la pergi jugak. Seminggu sebelum aku pergi, aku menerima berita sedih iaitu nenek kesayanganku meninggal dunia (nenek belah mak). Aku terus takdak 'mood' masa tu. Nenek aku meninggal hari Isnin. Tarikh daftar PLKN hari Sabtu. Aku gagahkan jugak kaki melangkah pergi.
Masa tu, kena berkumpul kat Kompleks Rakan Muda Kamunting. Masuk-masuk ja dalam perkarangan tu dah terdengar lagu PLKN. Tiba-tiba rasa semangat pulak + gementar sikit. Aku pun beratur nak tulis nama. Dah sampai giliran aku, aku tunjuk surat tawaran pastu jurulatih depan aku suruh cari nama aku dalam senarai dan 'tick'. Dah 'tick' nama, jurulatih tu tulis no. bas kat kertas surat tawaran aku. Aku lihat sekeliling. Semua orang yang aku tak kenal tu bakal menjadi kawan aku. Rasa seronok, gementar, rasa ingin tahu semua datang. Kat situ aku nampak lebih kurang 10 buah bas. Tiba lah masa aku pergi. Babai mak, adik....abah tak hantar aku sebab kerja. Dalam bas, aku nampak ada Pakcik Indian depan aku hantar anak dia. Sampai dalam bas wuuu...Sedih jugak la. Anak-beranak nangis. Aku rasa anak dia ni tak pernah berjauhan dengan keluarga. Aku pun pandang la kat tingkap nampak mak ngan adik aku. Aku melambai-lambai tangan kepada mereka. Bye bye (sekali lagi)
Sampai la sudah diiii...Welcome to Kem PLKN Tegas Mesra, Batu Kurau. Kalau la aku tahu tempat kem ni kat mana, takdak la aku pergi Kamunting pastu patah balik ke Batu Kurau... haishhhh....*Kg Sempeneh Seberang (BK)--> KRM (Kamunting) --> Kem (BK)*
Sampai je, terus pergi dewan(dewan makan...mula-mula aku tak tau tempat apakah yittuuu). Dah la ramai nak mampos. Beg lagi la 'ramai'. Tunggu lama la jugak sebab bas lain lama dah sampai. Aku dok tengah beratur tu boleh pulak diorang depan aku duduk tengah jalan, tau la lambat lagi nak sampai 'turn' (macam ni tau, org no. 1-10 berdiri, org no. 11-20 duduk, org no. 21-30 berdiri. Aku orang yang ke-21)...so aku yang tengah berdiri ni, jalan cepat-cepat ke depan nasib diorang tak nampak (org no. 11-20). Yes, aku potong barisan. Sapa suruh duduk menyembang, aku pun ambil la kesempatan. Nak tau tak aku rasa apa? Aku rasa berdosa sikit tapi seronok banyak. Nasib diorang tak marah. Hihihihihi....
Mula la aku bagi butiran yang diorang suruh bawak tu....and diorang bagi no. dorm, no. pengenalan diri dan kompeni. Lepas tu ambik selimut dan cadar. Selepas tu, 'try' baju loreng, kasut boot dan seluar. Then, baru la masuk dorm. Fuhhhh...penat gilerrr. Aku angkut barang punya la banyak sekali selimut cadar. So, aku nak kongsi sikit la kat bawah ni.....
NAMA -->Nursyazwina binti Ali Musa
NO. PENGENALAN -->713
KOMPENI --> Charlie (Kuning)
DORM -->E
TEMPAT KEM --> Kem PLKN Tegas Mesra
Aku stop sampai sini....kalau ada masa aku sambung lagi naaaa....👋 👋 👋
P/S : No. pengenalan diri tu penting tau sebab kat sana jurulatih tak panggil korang dengan nama sebenar korang.....jurulatih panggil nombor kau je kau kena terpacar depan dia..... kawan-kawan je panggil nama ye la takkan nak sebut nombor pulak.....
Contoh nama korang Siti Kangkung Mereput Disitu Disana Menanti Disini Merindu binti Mee....kan panjang tu....tercekik air liur la si jurulatih kat situ pastu innalillahh...
Kat sana protokol macam askar sikit.... sikit je. Pelatih dipanggil wira/wirawati. Orang yang ajar/latih kita dipanggil jurulatih....ketua kem dipanggil komandan (seorang askar, taktau la pencen ke belum masa tu) ada jugak ustaz ajar pasal agama (tentera KAGAT)
Nak cerita lebih-lebih dah mengantuk.....
Byeeeee 😘