Chereads / Maid itu isteriku / Chapter 6 - Bab 5

Chapter 6 - Bab 5

Di dalam bilik mesyuarat....

Rayyan sedang ralit berbincang dengan shareholders yang hendak menjalinkan kerjasama bersama syarikatnya. Dia bijak dalam tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak supaya kerjasama ini dapat dilaksanakan.

"Mmmm, Dato'. Saya harap dato' akan pertimbangkan syarat-syarat yang ditetapkan tadi. Ini adalah demi kebaikan syarikat ni juga" Rayyan menghulurkan tangannya.

"Baiklah, Encik Rayyan. Saya pasti kerjasama ini akan jadi kerjasama yang terbaik untuk syarikat ni" Dato' Azlan menyambut tangan Rayyan. 'Lagipun kalau saya tak buat yang terbaik, nanti saya juga yang rugi' hatinya berbisik.

"Baik, dengan ini saya menutup mesyuarat ini. Jika ada apa-apa lagi yang hendak disoal, silalah pergi ke pejabat saya untuk mendapatkan maklumat lanjut" Rayyan bangun dari tempat duduknya.

'Haishh....penatnya. Dah lah aku tak sempat lunch tadi. Mesti mummy sedih....' pemikiran Rayyan dipenuhi dengan rasa bersalah.

"Sofia...." Rayyan menoleh kearah Sofia yang berada di sisinya untuk menggantikan Lisa, iaitu PA nya yang tidak hadir.

"Ye, boss?" Sofia menoleh.

"Nanti awak tolong letakkan dokumen-dokumen ini kat atas meja pejabat saya" katanya sambil menghulurkan dokumen di tangannya kepada orang dihadapan.

"Baik, boss" Sofia mengambil dokumen tersebut sambil menundukkan kepalanya.

Semua orang yang berada di bilik mesyuarat itu pun keluar selepas Rayyan menamatkan mesyuarat tersebut.

"Kreakkk....." kedengaran bunyi pintu terbuka. Ramai orang yang keluar berpusu-pusu daripada bilik mesyuarat tersebut menyebabkan bunyi tapak kaki yang kuat di lantai kedengaran... 'Tak...tak.....tak....'

Rayyan mengeluarkan earphones tanpa wayar daripada poketnya dan menyumbat alat tersebut di dalam telinganya. Dia mahu cepat-cepat menelefon mummynya kerana risau mummynya belum lagi lunch kerana menunggu dirinya.

"Tut.....tut...tut... Haish mummy ni, orang call tak jawab pun. Sekarang dah pukul 4:30 petang. Kalau mummy tak makan, kelaparan lah jadinya" Rayyan mengelap peluh didahinya sambil berjalan laju menuju ke lif. Dia betul-betul risaukan mummynya sedangkan dirinya sahaja belum makan.

'Zuuuuuup......' Rayyan berjalan laju sehingga tidak menyedari dia hampir melanggar Sofia yang berada di hadapan lif.

"Boss......uuuughh" Sofia memegang kakinya untuk mendapatkan simpati Rayyan. 'mmmm, nanti boss mesti tolong aku. bolehlah aku merapatkan hubungan kitaorang' bisik hatinya.

"Aaaa, Sofia sorry. Tadi saya nak cepat tak nampak pula awak kat situ" Rayyan menghulurkan tangannya untuk menolong Sofia.

"Takpelah, bukannya salah boss pun. Lagipun saya yang cuai. Tapi, saya memang nak jumpa dengan boss" Sofia tersenyum.

Hati Sofia berbunga-bunga apabila plannya menjadi. Sebenarnya, dia telah merancang untuk berpura-pura terlanggar dengan Rayyan. Sofia pun mengangkat tangannya untuk memegang tangan Rayyan.

Tiba-tiba.....

"Hello, ha Ryan ada apa call mama ni" kedegaran suara mummynya daripada earphones yang dipakainya.

Sebaik sahaja Rayyan mendengar suara mamanya, dia menarik kembali tangan yang dihulurkan kepada Sofia untuk memegang earphonesnya.

Sofia hampir terjatuh kembali di hadapan lif tersebut akibat perbuatan Rayyan.

Sofia rasa dirinya diperhatikan oleh pekerja-pekerja di situ.

'hehehee, tengok tu kesian dia nak jatuh. ada hati nak berpegang tangan dengan boss' pekerja tersebut berbisik dengan suara yang kuat seolah-olah ingin Sofia mendengar perbualan mereka.

'tu namanya tak sedar diri. dia dapat duduk sebelah boss dalam bilik mesyuarat hari ni pun sebab PA boss, Lisa tu tak datang'

'memang pun. kan sebelum ni dia jeles dengan Lisa. Lisa kan rapat dengan boss. berangan nak jadi 'girlfriend' boss agaknya. hahaha'

Muka Sofia kemerahan menahan perasaan malu dan marah. Dia menoleh kearah Rayyan tapi Rayyan sedang ralit berbual dengan mummynya. Dia rasa dirinya sedang dipulaukan.

"Auch, boss.... kaki saya sakit lah" Sofia merungut.

Rayyan mengangkat tangannya dan bercakap dengan nada yang perlahan "Sekejap eh, mummy saya call ni"

"Okay........" Sofia berasa terkilan dengan sikap Rayyan yang tidak mahu menolongnya berdiri. Malahan biarkan sahaja dia terduduk di hadapan lif tersebut.

Melihat reaksi Rayyan yang tidak mahu menolongnya, dia mengambil inisiatif untuk berdiri. Lagipun pada mulanya, kakinya tidak terseliuh. Dia saja mahu berdrama supaya Rayyan mendekati dirinya. Tapi nampaknya rancangannya tidak berjaya.

'eeee, geramnye aku. ada ke patut dia tak layan aku. tak apa. ada ubi ada batas, ada hari aku balas' Sofia merungut.

'aaa, okai mummy. nanti Ryan pergi makan. bubye. luvyu' Ryan menamatkan panggilannya kemudian toleh kebelakang.

"Aik, Sofia. Tadi saya tengok awak tak boleh naj berdiri. Ni macam mana pula dah boleh berdiri ni?" Ryan kebingungan. 'ke dia ni tipu aku?' Ryan berfikir.

"Aaaaa, tadi saya berpaut dekat dinding ni. Abistu boss sibuk dengan panggilan tu. Siapa yang call? 'Girlfriend' boss ke" dia sengaja menekankan perkataan girlfriend supaya bossnya menukar topik perbualan mereka. 'abislah aku kalau boss tau yang aku sebenarnya tipu dia' bisik hatinya.

"Bukan ke saya dah bagitau awak tadi yang mummy saya call?" Rayyan semakin curiga terhadap Sofia.

"Ha....ah lah. Saya terlupa pulak. hehehe" Sofia mengelus rambut blondenya untuk menghilangkan perasaan cuak di hati.

"Mmmmmmm..... tak pelah. Awak okay tak? Nak saya hantarkan awak pergi hospital?" mungkin dia memang betul-betul sakit kut. Ryan menyedapkan hatinya.

"Tak apalah. Nanti saya sapu ubat je" Sofia menolak tawaran Rayyan. Dia bimbang jika mereka betul-betul ke hospital, Rayyan akan tahu bahawa kakinya tidak sakit.

"Kalau gitu okaylah. Bye, saya nak pergi makan ni" Rayyan pun melangkah masuk ke dalam lif tersebut dan meninggalkan Sofia yang masih lagi terpinga-pinga.

'hehehe, tengok tu. kena tinggal lagi'. kedengaran pekerja tersebut masih mengumpat dirinya.

Sofia menoleh kearah mereka dan memarahi mereka "Hei, you dua orang ni. Dah tak ada kerja lain ke nak buat. Mengumpat orang je kerjanya"

"Sekurang-kurangnya kitaorang tak menyibuk nak berkepit dengan boss. Jom lah kita blah dari tempat ni. Daripada kena dengar ahli sihir membebel. Entah-entah nanti kita kena sumpah pulak. Hahahhaahaha" pekerja tersebut mengejek Sofia.

Kebanyakan pekerja di syarikat ini memanggilnya ahli sihir kerana rambutnya yang panjang. Walaupun dia mempunyai rambut blonde bukannya hitam, dia mempunyai personalitinya yang teruk. Namun, boss tidak tahu tentang perkara tersebut kerana dihadapan boss dia sentiasa mengekalkan 'fake smile' supaya bossnya tidak curiga terhadap dirinya.

"Huh.... jeles cakap jelah. Menyibuk!" Sofia merengus kemudian berjalan kembali menuju ke mejanya. 'tak apa, sekarang korang ejek aku. nanti bila aku dah jadi girlfriend boss, siap korang aku kerjakan. aku akan pastikan korang terima balasan sebab mengejek aku. kau pulak Rayyan, jangan ingat aku akan putus asa terhadap kau. apa yang aku nak mesti aku akan dapat' dia memasang dendam terhadap pekerja tersebut.