Chereads / TAK SEMPURNAKU TANPAMU / Chapter 2 - synopsis

Chapter 2 - synopsis

Hidupku dahulu dipenuhi warna warni kehidupan yang terlalu indah untuk aku mengaguminya, mama Dan papa selalu ada denganku disaat aku perlukan mereka, nenek juga selalu manjakan diriku kerna aku adalah satu-satunya cucu yang dia ada, jika aku menceritakan kisah aku yang dahulunya, akan ada yang cemburu dengan hidupku, namun semuanya hanya sementara,

pada malam hari jadi ku, aku kehilangan mereka, kami kemalangan Dan hanya aku sahaja yang masih selamat, namun kerana hentakan kuat pada otak ku, aku kehilangan nikmat melihat aku, aku merasa buntu Dan putus asa, semua yang aku pernah miliki hilang hanya dalam satu malam,

nenek menjaga aku dengan baik setelah kehilangan anak Dan menantu yang dia kasihi, dia tidak pernah mengeluh menjaga aku, walaupun aku mempunyai kekurangan yang terlalu besar bagi diriku.

Namun pertemuan dengannya merubah segala-galanya pada hidupku.. suaranya yang bagai lagu yang memberi ketenangan padaku, tawanya yang membuat hatiku berdebar, bau wangian nya yang membuat aku lalai seketika bila dengannya, sungguh aku ingin dirinya !

" boleh saya tahu siapa awak?" lelaki itu hanya mendiamkan diri, dan terkaku disitu, " nama saya tyara irdeena..!, awak boleh panggil sya tya je!" namun tiada sahutan, hanya bau wangian maskulin menusuk rongga hidung tya, " saya tahu awak masih ada disini..!?, terima kasih tolong saya tadi.. kalau tak ..! saya rasa saya dah jadi arwah dah!" ujar tyara, dia memaling wajahnya dan melangkah pergi, namun setiap langkah yang diambil bersulam dengan derapan kaki seseorang yang mengikutinya

laju langkahnya, laju derapan kaki itu mengikutinya, namun dia tahu lelaki itu tak berniat jahat, mungkin lelaki itu ingin menemani dia pulang, lantas dia membiarkan sahaja.

Sesampai saja dirumah, tyara mencari kunci didalam tas tangannya, namun tidak dia rasai' mana pulak kunci aku ni!?, rasanya ada dekat sini' tya masih mencari, dia terkejut bila tangan yang agak kasar menyentuh tangannya didalam tas, tangan itu memberikan segugus kunci ditangannya, tya mengerutkan dahinya.

gemersik suara lelaki itu menjawab persoalan didalam otaknya" kau tercicir kunci tadi, masa tas kau jatuh...!, lain kali jangan keluar malam kalau kau tak mam-" pantas tya memotong " mampu atau tak?!, saya kena berani juga.. saya tinggal s batang kera..! tak ada sesiapa dah..!? jadi saya mampu atau tak, saya kena tempuh" ujar tya, lelaki itu hanya diam.

tyara mendekati lelaki itu, tangannya naik menyentuh wajah lelaki itu, dia terkedu bila tangan kecil tya mengelus lembut wajahnya, tyara menyentuh setiap inci wajah lelaki itu, dapat tyara rasai alis matanya yang agak lebat, keningnya yang agak tajam, dan bentuk matanya bundar, tangan tyara turun menyentuh hidung lelaki itu yang mancung, dan bibir lelaki itu yang agak tebal.

' kacak!' itu yang timbul difikiran tyara, pantas tangannya menjauh dari wajah lelaki itu.

" terima kasih sebab tolong saya dan teman saya sampai balik rumah, walaupun saya tak tahu apa nama awak, tapi saya hargai budi baik awak!?, terima kasih ye?!" lelaki itu menggenggam lembut pergelangan tangan tyara lantas dikucup lembut" till fate meet us both little angel!" ujar lelaki itu.

tyara yang terkedu lantas tersenyum lembut" you had dimples..!" ujar suara garau itu" my mom had it..!" balas tyara.

lelaki itu tertawa kecil, lantas tyara menekan dadanya agak kuat" allah..!" lelaki itu lantas memegang bahunya, " kau kenapa?!" tanya lelaki itu gusar" indahnya bila bidadari saya ketawa, rasa sepwrti cahaya menusuk hati saya" balas tyara lembut, lelaki itu merengus lembut" agaknya kau dah matilah kan?!, sebab tu kau boleh dengar bidadari?" balas lelaki itu dingin, tyara hanya senyum manis" mama saya pernah cakap yang bidadari ni ada dua realm tau, satu di syurga allah, dan satu di dunia... ha..! bidadari dunia ni lah saya maksudkan!" balas tyara" aku tak sebaik kau sangka..!" ujar lelaki itu perlahan" no one's perfect in this world... but only people like to judge that we had in this world" lelaki itu terkedu.

tyara membuka pintu rumahnya" dahlah..! saya masuk dulu.., bye mr.secret, semoga berjumpa lagi..!" balas tyara lantas menutup pintu rumahnya, meninggalkan lelaki itu dihadapan rumah. lelaki itu tersenyum manis, hatinya berdebar dengan tingkah tyara itu" if you think that i was your angel..! then let me be your guardian angel...adios...! little angel" ujar lelaki itu lembut lantas pergi.

Tya hanya mampu tersenyum dan berlalu masuk kerumahnya, berharap suatu saat nanti mereka akan bertemu kembali, jika jodoh mereka kuat, pasti akan bertemu!