Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Antara benci dan rindu

🇲🇾naaqisainaa
--
chs / week
--
NOT RATINGS
133.4k
Views
Synopsis
Mengisahkan Aisyah Nadrah dan Mikael Zafran yang tidak sehaluan. Di awal perkenalan mereka, tidak lah seindah yang di sangka. Pertengkaran yang menyebabkan secawan kopi akhirnya membawa mereka jinjang pelamin. Siapa sangka? -"Aku setuju kahwin dengan kau sebab aku nak tolong kau lah. Lagipun kau yang terdesak sangat nak kahwin dan aku rasa tak perlu kot nak meriah macam ni. Sebab di penghujung cerita ini kita akan berpisah dan tak ada apa yang akan merubah jalan cerita yang kau dah aturkan ini. Kita akan berpisah! Kita tetap akan berpisah! Faham tak?! "- AISYAH NADRAH Perkahwinan yang dibina hanya lah atas dasar niat ingin membantu. Perkahwinan yang telah ditandatangani di atas sebuah kontrak yang di cipta oleh sendiri. -"kalau kau jatuh cinta dengan aku, kau jangan lepaskan aku. Begitu sebaliknya, jika aku jatuh cinta pada kau, aku takkan lepaskan kau. "- MIKAEL ZAFRAN. Saat hati mula mencintai, pelbagai dugaan dan halangan yang menimpa mereka untuk menggapai bahagia yang di impikan. Adakah kebahagian milik mereka? Atau sebaliknya? Siapakah Putri Natasha, Amirul Hakim dan Emilyn?
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1

Laju kaki ku melangkah ke sebuah restoran. Hari ini aku sudah berjanji untuk makan tengahari bersama Syafika, sahabat ku sejak dibangku sekolah lagi. Aku sudah terlewat. Kenapalah perkara sebegini aku mudah lupa?

Aku melangkah begitu pantas sehingga terlajak lalu aku berpatah balik semula menuju ke tempat yang ingin aku tuju.

Sesudahnya aku tiba dihadapan sebuah restoran seperti yang dikatakan oleh Syafika. Aku melangkah masuk ke dalam restoran dengan berhati hati.

Dihujung penjuru restoran itu aku terlihat Syafika yang sedang melambai lambai ke arah ku. Aku melangkah kesana dengan langkah yang teratur. Tanpa aku sedari aku terlanggar pelayan restoran yang sedang menatang dulang dan terletak secawan kopi diatas nya, barangkali. Dan pada masa yang sama, seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan ku turut berlanggaran. Dan pada masa itu secawan kopi itu telah terjatuh pada..... "Owh, shit!! " lelaki itu mencarut. Euww tak ada adab langsung!

Habis berderai kaca cawan kopi itu. Bau badan lelaki itu pun sudah dibau kopi yang sangat kuat. Kopi apakah ini?! Kuatnya bau! Maaf aku memang tak suka kopi. Apatah lagi baunya yang tersangat 'harum' ni.

"Saya minta maaf encik. Saya betul betul tak sengaja." Pelayan restoran itu mengucapkan kata maaf pada lelaki itu. Tetapi lelaki itu tidak mahu pun mengambil peduli, malah dimaki nya lagi pelayan restoran itu. Kesian sungguh!

"Hey hotak kau maaf! Kau tahu tak baju aku ni mahal. Sekarang ni habis satu badan aku bau kopi. Kau mampu ke nak ganti baju aku ni. Baju aku ni tak ada kat malaysia. Baju ni limited edition. Hanya boleh didapati diluar negara. Itupun terhad! " okay guys dia cerita pasal baju dia ni lahir dekat mana. Kau fikir orang kisah ke?

Pelayan itu mula gerun mendengar tengkingan lelaki yang kasar itu. Aku mula menjeling. Bukan tak puas hati tapi cara dia bercakap tu kasar sangat. Ni mesti jenis tak reti nak duduk berbincang. Tahu tahu melenting je. Nasib hensem. Uhuk uhuk. Kalau tak hemsem dah lama dah makan penampar aku ni. Mulut tu tak boleh nak kawal langsung. Cuba cakap elok elok. Benda boleh bincang kot. Ni aku nak marah ni!

"Hey, apasal jeling jeling, hah?! Tak puas hati ke?! " lelaki itu menegur ku dengan kasar. Tapi aku buat tak endah saja soalan itu. Malas nak berbalah. Karang nanti tak pasal pasal jadi isu yang besar pulak. Aku mula ingin melangkah pergi ke arah syafika. Hek! Minah ni tak sedar ke apa yang terjadi. Sedap makan!

Lelaki itu tak puas hati. Tengok muka pun dah tahu. Padan muka!

Baru saja aku ingin melangkah pergi lelaki itu melaung memanggil aku. "Hoi perempuan! " aku menoleh semula menghadap lelaki itu dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan. Ye, aku marah! Dia berhoi-hoi dengan aku.

"Ya allah kau asal hoi hoi dengan aku hah?! Pantang betul keturunan nenek moyang aku bila kau hoi hoi dengan aku. Mak bapak kau tak ajar ke hah?! " aku sound direct je. Hah tahu pun diam kau. Berani sangat lawanlah. Pantang betul aku bila orang dok hoi hoi dengan aku. Ni Aisyah Nadrah lah. Kalau berani meh lawan! Kita tengok siapa yang menang.

Satu pelanggan restoran yang berada disitu sudah tertumpu ke arah kami. Argh! Lantaklah! Lelaki ni perlu diajar. Biadap sungguh!

"Hey kau tak reti nak jawab soalan orang dah ke!? Tak puas hati cakap! Ni semua berpunca pada kau juga! " bengis sekali nadanya. Aku memang mengaku ni salah aku. Tak perlu lah kot nak tengking bagai. Minta maaf, settle lah masalah.

"Saya minta maaf encik kalau disebabkan saya baju encik terkena air kopi ni sehingga membuat kan encik berasa marah sangat. Saya betul betul minta maaf" aku meminta maaf pada lelaki itu. Nadaku cuba dilembutkan sehabis baik. Nak tak nak terpaksa lah berlembut dengan lelaki sombong yang ni!

"Tahu pun kau minta maaf. Ingat dah bisu sampai tak reti nak ucap kata maaf kat orang" lelaki itu menyindir aku. Eh kurang ajar ni! Melebih!

"Eh kau ni asal hah?! Aku dah minta maaf tu kira bagus lah. Kalau ikutkan lelaki yang sombong dan bengis macam kau ni tak layak nak dapat kata maaf dari aku. Tapi sebab aku ni baik aku minta maaf kat orang sombong bodoh macam kau ni" aku memulangkan paku buah keras kepadanya. Siapa suruh cabar kesabaran aku? Sengaja aku menekan perkataan sombong. Biar dia sedar sikit yang dia tu sombong sangat.

"Hey perempuan kau memang dah biadap!" Baru sahaja tangan lelaki itu ingin menampar aku, lelaki itu sudah ditahan oleh temannya. Kacak! Tapi lelaki bengis ni lagi kacak. Tapi kalau kacak pun takguna jugak kalau perangai mengalahkan syaiton!

"Mikael stop! Aku baru sekejap pergi tandas kau dah buat hal. Tak malu ke orang tengok? "

Aku memandang sekeliling. Memang betul. Semua mata mata yang berada disitu tertumpu pada kami. Ya Allah, malunya!

"Eh, Han! Kau tahu tak perempuan ni kurang ajar!" Lelaki itu cuba membela dirinya. Aku memandang kerek. Kerek ke? Hahaha.

Kawan nya hanya menggeleng kepala saja. Aku pulak diam. Malas nak masuk campur walaupun secara terang terangan yang aku termasuk dalam hal ni jugak.

"Kau ni Mika. Dengan perempuan pun nak gaduh ke, huh? Kau kan lelaki. Mengalahlah. " ucap kawannya itu yang aku tak tahu namanya apa. Nak tanya segan. Huihui.

"Eh kau tahu tak habis baju aku bau kopi and boleh pulak dia tengking aku! " lelaki itu merengus kasar. Kawannya menggeleng buat sekian kalinya. Susah! Jenis tak nak mengalah. Nak menang je.

"Dah lah jom balik office. Banyak lagi nak bincang ni. Nanti tukar lah baju kau yang bau kopi ni" kawan lelaki bengis itu cuba memujuk. Eh eh! Dah besar pun nak pujuk ke?! Eee... Menyampah aku!

Akhirnya lelaki itu mengalah dan keluar dari restoran itu dengan muka yang ketat. Erk!

"Ermm.. Cik? "

"Ouh saya Aisyah Nadrah. Panggil Aisyah jer" aku memberitahu nama aku kepada kawan lelaki bengis itu. Dia tersenyum manis kepadaku. Alahai, cairnya!

"Cik Aisyah, saya betul betul minta maaf atas tindakan kawan saya tu. Dia memang macam tu. Memang susah nak mengalah dengan orang. " ucap kawan lelaki bengis itu. Ouh... Itu aku tahu sebab terang terang lagi dah nampak perangai bengis dia tu!

"Eh eh tak mengapa lah. Saya okay je. Walaupun ada tersinggung sikit. Sikit jelah! Tak banyak pun. Hahaha" aku mula buat lawak hambar. Tapi aku tahu dia tak akan gelak. Sebab hambar kan. Hahaha

"Ouh. Hahaha. Baguslah kalau begitu. Ouh ye. Ni kad saya. Kalau ada apa apa just call je" kawan lelaki bengis itu menghulurkan sekeping kad bersaiz kecil kepadaku. Aku menyambut huluran itu lalu meneliti kad kecil itu.

"By the way, saya Farhan Nazmi" ucapnya lalu menghulurkan tangannya kepadaku untuk berjabat. Tapi aku tidak menyambut. Aku hanya menunduk hormat padanya. Dia bukan mahram aku. Jadi aku tidaklah menyambut huluran tangan nya itu.

"Ouh ya sorry. Wanita muslimah macam you mana salam dengan lelaki bukan mahram" lelaki itu mengucap malu. Aku hanya tersenyum.

"Tak mengapa lah" aku membalas bersahaja.

"Kalau macamtu saya minta diri dulu" pamit lelaki itu. Aku hanya mengangguk. Dah berat dah mulut ni nak bercakap. Lelaki itu terus berlalu pergi dari situ.

Tiba tiba aku teringat akan sesuatu dan terus berpaling melangkah masuk ke dalam restoran itu semula. Haih aku lupa pulak tentang Syafika! Minah ni pun satu. Tak sedar ke tadi ada peperangan meletus? Mencekik tak ingat dunia. Sampai aku pun dia tak ambil kesah. Hek!

*****

Mikael baru sahaja selesai menyalin baju kerana baju nya tertumpah air kopi. Dia merengus kasar lalu menghempas tubuhnya ke atas sofa yang berada di dalam pejabat nya yang serba mewah itu.

Mikael Zafran bin Fadli @ Dato' Fadli seorang ceo syarikat fadli holding. Nama syarikat ini bersempena nama bapanya, Dato' Fadli. Bapanya itu sangat terkemuka di kota bandaraya yang luas ini. Bapanya juga mempunyai cawangan banyak di dalam dan diluar negara. Tidak hairan lah kalau mikael ini mempunyai segalanya. Dari segi rupa sudah mencukupi cita rasa para wanita di luar sana. Harta? Ya semua dia ada dan dia bakal mewarisi harta arwah datuk nya kerana dia seorang saja cucu kepada arwah datuk nya itu.

"Hoi Mika! Kau asal mengelamun? " Farhan menegur kawan nya itu. Mikael tersentak. Bukan apa, dia tengah mengelamun soal perempuan tadi. Hish berani sungguh tengking aku! Sakit hati! Tunggu lah ada hari nanti aku balas!

"Tak ada apa lah" jawab Mikael acuh tak acuh.

"Humm.. Mesti kau fikir pasal perempuan tadi tu kan? Eh dia tu cantik kan weyh? Haih rasa jatuh cinta pulak. " ucap Farhan mula berangan tentang perempuan direstoran tadi. Mikael mengangkat kening sambil memandang pelik pada farhan. Apa ke hal si Farhan ni? Angau ke?

"Kau asal? Dah tangkap cintun kat si perempuan celupar tadi tu? " soal Mikael bernada angkuh. Farhan menjeling tak puas hati. Ada ke patut dia panggil perempuan tadi tu 'perempuan celupar'. Haish apa lah nak jadi si Mikael ni!

"Hum lebih kurang lah jugak! "

"Hek! Baik kau lupa lah perempuan mulut celupar tu. Aku tak setuju kalau kau nak bercinta dengan perempuan tu. No,big no! " Mikael berkata tegas.

"Hey dia ada nama lah. Nama dia Aisyah. Kalau aku nak bercinta dengan dia apa salah nya? Tak ada kena mengena dengan kau lah ! " Farhan membidas.

"Aku tak kesah lah siapa nama dia. Dah ah jom sambung bincang. Soal perempuan celupar tu tolak tepi yeah! " kata Mikael lalu mencapai sebuah fail diatas meja kerjanya. Farhan mengalah. Dia juga turut menyambung perbincangan tentang projek mereka yang bakal dilaksanakan nanti.