pada keesokkan paginya, crystiana dan jenna dikejutkan dengan bunyi ketukan yang tidak berhenti di luar pintu biliknya. namun mereka hanya kembali tidur dan tidak mengendahkan bunyi ketukan tersebut.
"aish . stop it. go away." ucap crystiana lalu menutup mukanya dengan menggunakan bantal manakala jenna sudah menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut. tidak lama kemudian, pintu bilik mereka dibuka dari luar menggunakan kunci pendua dan seterusnya mereka dikejut oleh beberapa suara perempuan sambil mengoncang tubuhnya juga
"go . go away." ucap jenna sambil menolak tangan yang sedang memegang bahunya.
"eh dia orang ni. hey bangunlah. rannia, kau pergi ambil air dekat meja tu" arah puan song kepada puan rannia dan kemudian kelopak mata mereka langsung dibuka apabila merasakan muka mereka dilap dengan kain basah.
"bangun .. bangun." ucap puan song dan puan rannia sambil mengangkat badan mereka untuk duduk. crystiana dan jenna langsung terpinga pinga apabila melihat wajah mereka.
"hm. kenapa? ada apa? ah pd telefon ke?" soal jenna yang masih lagi mamai.
"pd?" soal crystiana kehairan sebelum bahunya ditepuk oleh puan rannia.
"dah pukul 7 dah ni. bangun. siap siap cepat. dah lambat dah ni " ucap puan rannia
"pukul 7?" ucap mereka serentak lalu mata mereka langsung tertacap di jam yang terletak di dinding. kemudian barulah mereka tersentak dari dunia tidurnya dan ingat akan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsun pada jam 10 pagi.
"tapi. baru pukul 7 lagi. majlis pukul 10. " ucap crystiana dan segera berdiri sambil dibantu oleh ibunya dan jenna dibantu oleh puan song
"kira dah lambat dah tu. dah cepat cepat masuk mandi. ni kalau tak kita cari dia orang dari tadi. agaknya memang tak tahu dia orang ni tengah tidur lagi" ucap puan song
"itu lah tu. selamat kita ni terdetik nak cari dekat bilik ." balas puan rannia lalu memanggil team makeup untuk masuk ke dalam bilik tersebut setelah mereka membersihkan bilik itu.
bilik yang bernombor 120 tersebut tidak sunyi pada pagi itu berkat kehadiran puan rannia dan puan song yang menolong memeriahkan suasana menjadi ceria. suara tawa milik puan song dan puan rannia memenuhi ruang bilik tersebut.
"jangan gerak. jangan gerak. kris nak apa?" soal puan song yang melihat crystiana mengerakkan tubuhnya
"air lemon " jawab crystiana yang sedang disolek oleh makeup artistnya.
"biar saya ambil" ucap puan rannia yang berada dekat dengan crystiana lalu mengambil air tersebut dan membantunya untuk minum.
" nanti ni pun sekali masuk dalam show tu juga ke?" soal puan song kepada crystiana namun apabila mengingati mereka sedang bersolek dia lantas bertanya kepada cameraman yang sedang mengambil video mereka.
" haah ya. "
"bila videonya nanti keluar?" soal puan rannia pula
"saya tak berapa pasti lagi. sebab masih dalam perancangan lagi. mesyuarat pun belum diadakan lagi" jawabnya lagi lalu mereka hanya menganggukkan kepalanya sebelum kembali bercerita.
"dah siap? ahh lawanya anak menantu kita niii" ucap puan song setelah melihat wajah crystiana dan jenna yang sudah siap bersolek.
"okay. saya pergi ambil gaunnya. " ujar puan rannia dengan teruja lalu dengan pantas mengambil dress yang sudah disediakan di dalam almari. kemudian dia memberikan dress tersebut kepada makeup team mereka.
"uish tak sabar kita nak tengok outfit mereka ni" ucap puan rannia dan langsung dipersetujui puan song
"betul tu. nak tunggu anak perempuan seorang kita tu kahwin memang alamatnya lambat lagi lah." balas puan song.
"ma. mama tak tengok bahagian lelaki ke?" soal crystiana kepada mereka
"ya tak ya juga. kalau macam tu kami pergi jenguk bahagian lelaki ya sekejap" ucap puan song seperti baru teringat akan mereka lalu membawa puan rannia sekali bersamanya ke arah bilik pengantin lelaki
"okay." jawab crystiana dan jenna dengan serentak
crystiana memegang bouquet bunga di tangannya dengan erat sambil berdiri di belakang pintu istana yang masih menunggu masa untuk dibuka. jantungnya berdegup dengan kencang dan makeup artistnya pula sentiasa membantu untuk mengelap peluh dingin di mukanya.
"what if i fall ? what if i stumble? what should i do? "
" dont be too nervous. take a deep breath . inhale and exhale. dont look at your shoes. just look at your husband . okay? dont think anybody else. just focus on him."
" but im too nervous right now. ah my heart. like want to explode." ujar crystiana kemudian tangannya ditepuk perlahan oleh ayahnya.
"dont worry. im here."
" pintu akan dibuka sebentar lagi. harap semua dapat bertenang dan tidak bergerak dari tempat yang telah ditetapkan." kedengaran suara pengacara lelaki sedang bercakap di mikrofon membuatkan crystiana terus mendiamkan dirinya.
"ah kenapalah jenna keluar dekat pintu sebelah. kalau tak mesti boleh keluar sama sama" gerutu crystiana seorang diri.
"selamat pagi saya ucapkan kepada semua hadirin yang hadir pada hari yang bahagia ini. dengan ini, bermulalah majlis perkahwinan antara ryan sze zack bersama pasangan pilihannya iaitu crystiana ros'ie dan edward bersama pasangan pilihannya iaitu jenna. dipersilakan wakil yang bertugas untuk membuka pintu untuk merasmikan ketibaan kedua mempelai perempuan ." seusai sahaja pengacara tersebut memberi petunjuk kepada petugas untuk membuka pintu, selang beberapa saat, pintu yang menjadi penghalang akhirnya dibuka. wajah crystiana dan jenna langsung disinari dengan cahaya lampu dan camera. dengan iringin lagu, crystiana mula mengambil langkah pertamanya dan maju ke hadapan. semua tetamu yang hadir langsung terkesima akan kecantikan crystiana yang memakai gaun pengantin yang direka khas oleh dior bersama ellesia couture. crystiana memakai gaun yang panjang sebanyak 1 meter yang dihiasi dengan labuci dan batuan yanng mewah bersama veil yang menutup sehingga paras pinggangnya.
"belle. angkat muka."
"pandang ke depan."
crystiana kemudian mengangkat kepalanya apabila namanya dipanggil oleh photographer supaya menunjukkan wajahnya. setelah itu, dia memandang wajah wajah yang sedang bersorak akannya dan dengan perlahan wajahnya yang gugup itu berubah menjadi tenang dan mula tersenyum ceria, dia menoleh ke arah kanannya untuk memandang jenna sebelum menumpukan pemandangannya ke arah zack yang setia menunggunya di altar.
mata zack langsung tidak berkelip kerana terpegun akan kecantikan crystiana yang memakai gaun pengantinnya manakala jantungnnya tidak berhenti berdegup kencang sesaat pintu istana itu dibuka. zack merasakan masa berlalu dengan sangat perlahan apabila dia melihat crystiana berjalan ke arahnya namun dia mula menunjukkan senyumannya yang menawan crystiana akhirnya tiba di hadapannya dan mengambil tangannya
"you look. over beautiful right now. my angel." puji zack kepadanya setelah crystiana berada di dakapannya.
"you look. very dashing and handsome...too" balas crystiana dengan malu malu.
"boleh kita mulakan sekarang?" soal paderi yang sedang berdiri di tengah tengah antara mereka dan edward lalu mereka berempat mengganggukkan kepala mereka.
"ryan sze zack."
"ya saya"
"adakah awak bersetuju untuk mengambil crystiana ros'ie sebagai isteri?"
"saya setuju"
"crystiana ros'ie "
"ya saya"
"adakah awak bersetuju untuk mengambil ryan sze zack sebagai suami?"
"saya setuju"
"dengan ini saya isytiharkan kalian sebagai suami isteri" ucap paderi itu lalu memberi isyarat kepada mereka untuk mengucapkan sumpah mereka.
"Kita telah memilih untuk berjalan dengan cara yang ramai orang sebelum kita telah memilih untuk berjalan juga. Akan ada hujan yang turun, angin yang bertiup, dan juga hari-hari dimana kita tersandung akan pelbagai halangan. Walau bagaimanapun, saya berjanji akan sentiasa bersama dengan awak. setiap kali kita melalui masa yang sukar, kita akan berpegangan tangan antara satu sama lain dan bangkit semula bersama dengan berani. Pada masa itu, kita akan tersenyum antara satu sama lain dan berkata 'ini bukan apa-apa' dan kemudian belajar kembali bagaimana untuk berjalan semula, berani dan tanpa takut akan halangan bersama-sama. to my one and only husband, I vow to cherish you, devote my life to you and always be true, ryan sze zack" ucap crystiana sambil memandang tepat wajah zack bersama pandangan yang penuh dengan kasih sayang
"Saya bersumpah untuk menyatakan cinta saya kepada awak sekerap saya menghembus setiap nafas. Awak adalah orang yang saya mahu menghabiskan masa bersama. Memandangkan saya telah menghabiskan seluruh hidup saya mencari separuh lagi saya, saya tahu itu adalah awak sejak kita berjumpa. awak adalah orang saya, inspirasi saya, cinta saya dan segala-galanya. Saya tak sabar untuk menghabiskan seumur hidup mencintai awak. Saya berjanji bahawa setiap ciuman akan dipenuhi dengan lebih banyak cinta daripada yang lalu dan bahawa hari-hari kita bersama akan berkembang dalam cinta dan pengabdian. From today onward, you and I will be one in heart, body and mind. crystiana rosi'e" ujar zack pula yang membuatkan crystiana tersipu sipu malu
"i love you" ucap mereka serentak sebelum paderi tersebut memberi isyarat kepada mereka untuk bercium . semua tetamu yang hadir langsung berdiri dan memberi tepukan gemuruh untuk kedua dua pasangan tersebut. majlis perkahwinan tersebut kemudian berlangsung sehingga ke tengah malam dimana mereka menghabiskan masa dengan menari dan makan malam.
"i love you my husband"
"i love you too my wife" balas zack kembali kepada crystiana yang berada di dakapannya seusai sahaja mereka ditinggalkan sendiri di bilik mereka sendiri.