Chereads / You Are My World / Chapter 134 - chapter 129: Kidnapping.

Chapter 134 - chapter 129: Kidnapping.

tubuh badan crystiana terhentak kuat di bahagian pintu kanannya sehingga dia tidak dapat merasakan anggota badannya . crystiana mencuba untuk menggerakkan jarinya dengan sedaya upayanya namum gagal.

"z-za...ck ...zack..." ucapnya dengan perlahan sebelum dunianya menjadi gelap. darah di kepala dan di anggota badannya mula membasahi pakaian dan tempat duduknya sebelum tubuhnya diangkat keluar dari kenderaan.

zack mengacau sup yang sedang dimasaknya sambil bernyanyi mengikut lagu crystiana yang dibukanya.

"God, keep my head above water, I lose my breath at the bottom"

zack memasukkan sup tersebut du dalam mangkuk sebelum membawanya ke meja makan. setelah itu dia mengemaskan peralatan yang digunakannya ke dalam sinki untuk dibersihkan. zack memandang jam yang berada di dinding sebelum pandangannya terarah di pintu masuk.

"kenapa dia lambat sangat. jalan sesak ke?" ucap zack sebelum mangkuk yang baru dikeringkannya jatuh di atas lantai secara tiba tiba.

"aish . aku baru bersihkan tadi." ujar zack lalu bercangkung dan mengutip pecahan kaca yang besar sebelum mengumpulkannya bersama. seusai sahaja dia siap mengemaskan dapur, telefon miliknya yang terletak di atas meja langsung berdering.

"hello. "

"bos. ada berita penting. kereta milik cik crystiana mengalami kemalangan. kami cuba selamatkan dia tapi kami tak dapat jumpa dia dekat mana. kami syak dia kena culik bos. "

"kau dekat mana?"

"kami berada di hadapan kereta dia di jalan scoveille. kereta dia terseret hampir 10 meter dari traffic light. kami dah cuba minta keterangan dari polis tapi rasanya akan ambil masa yang lama."

"pastikan kau ambil semua bukti dan bawa jumpa aku dalam masa 1 jam. "

"baik bos" zack mematikan panggilan tersebut sambil matanya memandang pecahan mangkuk kaca yang baru sahaja dia ikat untuk dibuang lalu tangannya digenggam dengan kuat.

"accident? hilang? heh.... you kidding me?" ucap zack bersama wajah yang menggerunkan.

"kau fikir ini masuk akal? dalam masa 5 minit , kereta dia kena langgar dan kena seret hampir 10 meter lepastu badan tak jumpa dan langsung tak ada saksi . kau fikir ini masuk akal?"

"semua rakaman cctv hilang atau tak berfungsi dekat setiap laluan yang cik crystiana lalu termasuk blackbox kereta tu. rakaman yang terakhir saya dapat hanya selepas cik crystiana berhenti di traffic light."

"jadi adakah ini masuk akal? langsung tak. tak ada orang akan buat kerja bersih macam tu kecuali berkumpulan dan ada orang dalam. semua dengar, dalam masa 1 jam, aku nak nombor plat kereta tu dan cctv setiap kereta yang lalu di jalan tu. masuk atau keluar. "

"baik"

"langsung tak ada bukti? aku tak percaya dengan benda macam tu. " ucap zack sambil memandang papan maklumat yang berada di hadapannya.

"rancangan dia memang sempurna but everything has a flaw. dan itu adalah sebab sentuh apa hak aku." ucapnya lagi sebelum membuka marker di tangannya dan membulatkan kereta yang tertangkap di rakaman cctv dimana kereta tersebut berada di arah bertentangannya di lampu isyarat beberapa minit sebelum kejadian tersebut terjadi. kemudian dia mengeluarkan telefonnya dan menelefon seseorang.

"aku nak minta tolong. boleh tolong ambil kes yang aku baru hantar? aku tak percaya dengan polis bawah kau . good. aku baru jumpa beberapa bukti . kau boleh start dari situ. okay. bagitahu aku . terima kasih" ujar zack lalu mematikan panggilannya.

darah yang mengalir membasahi separuh wajahnya menyedarkan crystiana dari pengsannya. telinga crystiana pantas menangkap beberapa suara tangisan perempuan yang berdekatan dengannya seusai sahaja dia bangun. crystiana membuka kelopak matanya dan mengangkat kepalanya dengan perlahan lahan untuk mengurangkan rasa sakit yang dirasainya itu. seusai sahaja dia melihat pemandangan di hadapannnya, crystiana langsung ketawa kecil.

"aku tak tahu adakah sebab kepala aku sakit atau aku gila yang membuatkan aku nampak orang kaya tengah duduk di hadapan aku dalam keadaan yang menyedihkan" ucap crystiana sambil tersenyum manakala kelopak mata belah kanannya ditutup gara gara darah tersebut tidak berhenti mengalir memasuki matanya.

"akak rosi'e dah bangun. akak . akak okay?" ujar sasha yang berada jauh darinya

"rosi'e . rosi'e dah bangun? rosi'e tak apa apa ke? luka teruk sangat ke?" soal puan rannia bertalu talu ketika menyedari anaknya telah sedar .

"jangan risau. im still alive. its not easy to die nor to be alive" balas crystiana sambil cuba meleraikan ikatan tali di pergelangan tangannya.

"tapi darah akak tak berhenti keluar. rasanya dekat setengah jam dari akak sampai. akak boleh kena koma kalau macam tu" ucap vanessa pula yang merupakan seorang doktor

"im not dying at the moment. dont worry"

"tapi dengan kain yang dekat mulut tu. mesti orang tu rasa annoying sangat dengan suara kau" ucap crystiana sambil memandang wajah lena yang sedang teresak esak menangis.

"mama dengar diorang langgar rosi'e . dan orang yang suruh mereka tu akan datang ke sini kejap lagi. "

"macam mana semuanya boleh dekat sini? berapa orang yang buat kerja?" soal crystiana

"lepas rosi'e pergi. beberapa van datang depan rumah lepastu diorang terus pukul dan bawa semuanya ke sini. lelaki semua dalam anggaran 15 ke 17 orang tapi yang bawa rosi'e masuk hanya 2 orang."

"dia ada cakap apa apa ke? tapi kenapa papa masih lagi tak bangun?"

"papa kena pukul dekat kepala masa nak selamatkan nenek. dia tak ada cakap apa apa."

"semua ini tak akan terjadi kalau kau bagi je duit tu dekat aku. kau tengok sekarang siapa yang susah sekarang ni? aku dah agak dah . sejak kau masuk keluarga ni, aku tak akan senang. kau memang perempuan bawa bala dalam keluarga ni. " ucap melania kepada ibunya sebelum memandang crystiana

" kalau aku lepas dari sini. aku akan pastikan yang kau dan kau menderita . kau tengok anak aku. aku besarkan dia bukan untuk dia hadap masalah ni."

"kau fikir duit? kau fikir anak kau? kau tak nampak sekeliling kau? kau tak nampak anak sedara kau kena ikat sebelah kau tu? kau tak nampak adik beradik kau pun sama macam kau? yang kau fikir duit dan anak kau?" ucap crystiana bersama wajah batu

"dekat sini ada seorang nenek . ada lelaki yang kena pukul. ada parents yang fikirkan keselamatan anak dia dan nyawa yang bila bila masa kena tarik. tapi duit? tu yang difikirkan dalam keadaan macam ni?"

"boleh tak untuk sekali ni sahaja fikirkan keselamatan orang lain. tak akan kena bayar. tapi dihargai. 100 kejahatan yang kau buat dekat aku tapi 1 kebaikan yang kau buat memang sampai mati aku ingat. susah sangat ke?" ucap crystiana yang membuatkan melania dan yang lain terdiam sambil diperhati yang lain sebelum pintu bilik itu dibuka dari arah luar.

"suprise ! akhirnya, bangun juga. tengok apa yang kita ada dekat sini. keluarga besar huei! hahahaha! keluarga yang sangat menyakitkan hati aku "

"kenapa aku langsung terkejut bila tengok muka kau dekat sini?" ucap crystiana dengan senyuman sinis.

"larikan diri dari penjara ? tak ada benda baru ke nak buat?" sinis crystiana

"nampaknya kepala kau masih lagi tak ada effect ya. ingat lepas berdarah darah tu dah hilang dah perangai biadap tu"

"heh. its not easy to tame me"

"so. " ucap cedric sebelum menarik rambut crystiana yang menyebabkan kepala crystiana mendongak dan mengerun kesakitan.

"aku terlalu bosan tengok kau semua ni. jadi apa kata kita main game yang mana aku tetapkan dan kau tentukan . ini adalah bukti yang aku tak main main. play time is over baby" ujarnya lagi sambil mengeluarkan pistol dari belakang badannya.

"so kita ada satu keluarga yang besar dekat sini. keluarga yang selalu merosakkan pemandangan aku. selalu pijak kepala aku. jadi siapa yang bertuah ya. ha tu yang tak berhenti nangis dari tadi. kita ada superstar di sini. yang hanya tahu menyalak" tunjuk cedric kepada lena lalu anak buahnya langsung menarik lena dan berlutut di sebelah crystiana yang duduk di atas kerusi. tangisan lena menjadi semakin kuat yang membuatkan cedric semakin teruja .

"lenaaaaa" teriak melania apabila melihat anaknya ditarik jauh darinya.

"kita ada dua orang perempuan dekat sini. satu suka pijak kepala aku dan satu lagi suka mencabar aku. persamaannya sama je , dua dua buat aku nak bunuh dia."

"jadi aku bagi pilihan dekat kau untuk buat pilihan. sama ada pilih untuk selamatkan diri kau atau keluarga kau. kalau kau pilih untuk selamatkan diri sendiri. diorang poosh! bye bye. begitu juga sebaliknya. " bilang cedric sambil memicu pistolnya di kepala lena.

"5 minit. termasuk ucapan yang terakhir. so buatlah keputusan yang terbaik" ucapnya sebelum meninggalkan bilik itu bersama anak buahnya.