crystiana meneguk air dengan perlahan sebelum meletakkan gelasnya kembali di atas meja dan memandang wajah zack yang sedang makan makanannya.
"berapa lama saya tertidur dekat sini?" soal crystiana setelah berdehem untuk menghilangkan rasa malunya namun pipinya yang berona merah itu menunjukkan yang sebaliknya.
"tak lama pun. dari petang semalam" jawab zack dengan bersahaja
"apa?! petang semalam?! awak! kenapa langsung tak kejutkan saya." ucap crystiana bersama riak wajah yang terkejut.
"saya tak sampai hati nak kejutkan. saya tengok awak perlukan rehat. muka awak terlebih penat. "
"just kejutkan lain kali. ianya sangat memalukan."
"kenapa memalukan? awak okay sahaja masa tidur rumah family saya"
"jangan. jangan ungkit balik cerita masa tu. awak tak tahu macam mana payahnya saya nak lupakan masa tu. but yeah . well im good at acting." balas crystiana dengan mencebik yang membuatkan zack ketawa kecil.
"luka awak macam mana? masih teruk sangat ke?" soal crystiana sambil kepalanya menunduk memandang mangkuk cerealnya .
"pandang sini." ucap zack lalu crystiana mengangkat kepalanya . mata crysiana langsung tertacap di luka zack yang kelihatan sudah kering.
"lukanya dah kering dan semalam doktor dah buka jahitannya. jadi jangan risau lagi." ujarnya lagi sebelum melekatkan kembali pembalut lukanya dan membutang bajunya .
"betul ke?" soal crystiana yang kurang percaya akan kata katanya itu.
" kenapa? ada yang cakap lain ke?"
"more something like that." balasnya yang membuatkan zack tersenyum
"then im gonna thank someone for that" ucap zack yang membuatkan dia menerima pandangan tajam oleh crystiana .
"its not funny. im responsible for that. if anything happen because of that. i will rather die. " bilang crystiana dengan serius yang membuatkan zack langsung bangun dan meletakkan tangannya di kerusi crystiana
"apa?" soal crystiana apabila tubuh dan wajah zack sangat rapat dengannya.
"apa yang saya kena buat untuk tunjukkan yang saya okay sahaja? should we do something or what?"ujarnya yang membuatkan crystiana kembali mengingati kejadian semalam.
"siapa yang cakap saya tak percaya? saya percaya okay . ish" ucap crystiana dengan sedikit kuat dan menolak tubuh zack jauh darinya sebelum beredar dari kawasan dapur tersebut dengan pantas.
telefon crystiana berdering ketika dia sedang memandu menuju kembali ke rumahnya. crystiana menyambung talian tersebut ke keretanya
"hello" ucap crystiana setelah mengangkat paggilannya. tidak lama kemudian crystiana menghentikan keretanya di tepi jalan.
"apa?"
"okay . im on my way" balas crystiana lalu memusingkan keretanya menghala jalan yang bertentangan dengan laluan ke rumahnya.
pintu jel yang dibuka dihadapannya mengalihkan tumpuan crystiana yang sedang melihat suasana penjara tersebut. wajah lelaki yang membawa mimpi buruk kepadanya sedang berjalan dan duduk di kerusi di hadapannya.
"aku dengar kau dah nak start perbicaraan mahkamah and petang ni tukar rumah baru. so aku ingat nak singgah sekejap tengok kau. macam mana keadaan kau kan. dah menderita ke belum. something like that lah" ucap crystiana kepada cedric dengan senyuman sinis.
"apa yang kau buat dekat syarikat aku?"
"syarikat kau? oh ya lupa. bekas syarikat. aku jual. setiap hari saham jatuh dan kena jual sana sini dan satu satunya cara untuk menyelamatkannya adalah kena jual. what did you expect? saham akan meningkat lepas bekas ceo dia kena lingkup dalam penjara?" balas crystiana bersama senyuman yang membuatkan cedric memukul cermin yang menjadi penghadang memisahkan mereka berdua.
"wow . thats a nice hit. nice try"
"aku akan pastikan kau tak akan hidup lepas ni. ketawa selagi kau boleh"
"nampaknya kau masih agak terawang awang lagi kan even dah masuk sini. aku nasihatkan kau supaya stay like that forever. so that i can make fun of you. semoga berjaya di tempat yang baru nanti. oh ya. masa dalam mahkamah nanti silakan tunjukkan muka bersalah ya. ianya lebih sesuai dengan warna baju kau. so bye bye . i dont have much time." ucap crystiana lalu bangun dari kerusinya
"kau..jangan pernah ingat kau akan menang. aku akan buatkan menyesal ." balas cedric dengan pantas sebelum sempat crystiana keluar dari bilik tersebut.
"nice try . change your line for the next time. have a nice day cedric" ucapnya sebelum beredar.
"kau ingat aku main main? heh. masa kau akan tamat tak lama lagi"
zack membantu ibunya untuk tidur sebelum meninggalkannya keseorangan di bilik dan menuju ke biliknya sebelum terserempak dengan adik perempuannya.
"nina nak pergi mana dengan beg baju tu semua?" soal zack kepada nina yang baru sahaja keluar dari biliknya.
"oh abang ed suruh nina tinggal dekat kak bella untuk sementara waktu sebab katanya kak jenna tak ada ."
"untuk?"
"temankan kak bella?"
"oh tak payahlah . biar abang pergi."
"er... dengan kak bella?"
"ya. kenapa?"
"berdua?"
"....ada yang pelik ke?" soal zack semula yang membuatkan nina menggelengkan kepalanya dengan pantas.
"no. luangkanlah masa lama lama dengan kak bella sepuas yang abang nak. kbye" balas nina sebelum memasuki biliknya kembali .
"kenapa aku rasa ayat dia macam ada maksud lain?" ucap zack bersama kening yang terangkat sebelah.
"apakah? adakah hari hari ku makin mendekat untuk menjadi makcik? kyaaaaaa tak sabarnyaaa. auntie nina?! yeayyyy" jerit nina sambil terloncat loncat dengan gembira
"ding dong. ding dong. ding dong."
"wait a minute" ucap crystiana sambil membuka riasan di rambutnya sebelum membuka pintu rumahnya.
"zack? awak buat apa dekat sini?" soal crystiana terpinga pinga lalu zack mengangkat kedua belah tangannya
"movie night?" ucap zack bersama riak wajah ceria.
"oh okay" balasnya sebelum membuka pintu dengan luas untuk memberi laluan kepada zack dan menutupnya kembali.
"nina dekat mana? saya ingat dia yang datang tadi" soal crystiana mengikuti belakang tubuh zack yang berjalan menuju ke ruang tamunya.
"kalau awak masih tak perasan. sayalah pengganti dia. awak masih lagi bekerja?"
"erm. its a live interview about my new album. i just released it yesterday. "
"oh yes. saya dah dengar." balas zack sambil mengemaskan kertas kerja crystiana yang memenuhi di atas lantai, meja dan sofa.
"dah? how is it? is it alright?" ucap crystiana bersama mata yang membulat besar.
"really good and blessful to my ear?" jawab zack yang lebih kepada sebuah pertanyaan
"geez..."
"i really love your voice."
"wow. im so grateful" balas crystiana sambil memberikan zack tunduk hormatnya
"okay sit here. awak nak tengok cerita apa? how about the nun?"
"auch. awak tanya saya ke atau awak yang tentukan?" ucap crystiana lalu duduk rapat di sebelah zack
"okay awak tentukan . cepat . "
"how about .... some disney?"
"avenger it is"
"haish...." crystiana melirik ke arah zack dengan pandangan yang tajam.
"okay. malefient."
"no harry potter"
crystiana dan zack menghabiskan masa mereka berdua sehingga larut pagi sebelum akhirnya tertidur di sofa tersebut bersama sama. tidur crystiana terganggu apabila bunyi deringan telefon kuat kedengaran. kepala crystiana yang sedang berada di antara leher dan bahu zack diangkat perlahan.
"hrm . macam mana boleh tertidur macam ni?" soal crystiana sebelum mencari telefonnya dalam keadaan mamai.
"hello. " ucap crystiana seusai talian bersambung.
"siapa?"
"no i mean. who is this?"
"ah. what do you want?"
"seriously. dont you think you guys are too much? awak semua mengharapkan duit dari saya but ada hati nak mengarah saya yang jumpa kau orang? atleast have some attitude 'cik puan' sekalian. "
"and who is talking now?"
"fine. lagipun memang ros'ie yang sentiasa bersihkan masalah keluarga bukan? fine i will go there. in an hour. bye" ucap crystiana sebelum mematikan panggilan. mata dan kepalanya terus menjadi segar berkat panggilan telefon yang baru diterimanya itu. crystiana menghembuskan nafasnya dengan berat sebelum bersandar di sofanya.
"okay good. dia akan datang" ucap melania dengan senyuman gembira.
"perlukah buat macam tu sekali dekat dia?" soal rannia
"why? and lepastu ? awak nak tengok syarikat keluarga kita nak hancur ke? dia dah janji nak selesaikan . di dah janji nak bagi duit tapi sampai sekarang kita tak dapat duitnya. saya taknak lah dia tu jadi anak yang penipu kan. dia kenalah tunaikan janji dia. saya hanya membantu dia" balas melania
"itu duit dia. itu hak dia. dia nak bagi ke dia tak nak ke itu hak dia. itu anak saya. apa kata awak jaga je anak kesayangan awak tu baik baik dari sibuk uruskan hal keluarga orang lain" ucap rannia
"nampaknya ada orang dekat sini macam lupa tempat dia dekat sini. perlu ke saya tolong ingatkan balik ? huh?"
"dah cukuplah tu. sudahlah . kenapa nak gaduh lagi. " ucap david untuk meleraikan pertingkahan mereka
"eh abang . abang jangan nak masuk campur nak bela dia ni. dah cerai kan? dia tak ada apa apa lagi dalam keluarga ni. dia ni sepatutnya berambus dari sini tau tak." balas melania.
"apa? awak ingat saya nak sangat jejak kaki dekat rumah ni? "
"kalau dah jadi mak sanggup tu selamanya mak sanggup. jangan buat macam mem besar dekat sini"