beberapa bayang bayang hitam kelihatan di luar pintu rumah tersebut dalam keadaan yang agak mencurigakan. mereka dengan perlahan membuka pintu tersebut tanpa sebarang bunyi dan mula memeriksa setiap ruangan sebelum bersama sama memasuki ruangan yang terakhir. seusai sahaja mereka semua memasuki bilik tersebut, pintu bilik itu langsung ditutup dan dikunci sebelum salah seorang daripada mereka diancam dari belakang. edward meletakkan pisau obsidian di nadi lehernya. pergerakan mereka semua serta merta terhenti dan langsung mengangkat senjata mereka secara serentak.
" satu lagi pergerakan , dia mati" edward mengugutnya dengan suara yang serius.
" captain edward?" ucap salah seorang dari mereka sebelum lampu bilik tersebut menyala menyinari ruangan tersebut.
"team black wolf." ucap edward setelah melihat wajah mereka dan logo di uniform dengan jelas sebelum melepaskan tebusannya. mereka semua memakai lengkap pakaian uniform tentera bersama kasut boot.
"kau orang buat apa dekat sini? aku dah taknak masuk campur hal tentera lagi. kalau tak ada apa apa . keluar" soal edward tanpa sebarang reaksi dan kembali berjalan menuju ke katilnya
"tak ada siapa yang bagitahu ke kalau masuk rumah kena buka kasut? kalau masuk rumah orang kenalah buka kasut tu dahulu sebelum dicop biadap. faham?" ucap edward sambil menuangkan air kosong di gelasnya dan meminumnya.
"kami minta maaf captain. 'the balloon has gone up' kami perlukan bantuan " ucap salah seorang tersebut. edward hanya memandang gelasnya dengan pandangan kosong sebelum berkata
"sebelum ni adalah misi yang terakhir. aku dah tak ambil lagi. mana yankee?"
" ' gone elvis ' " balasnya lalu edward hanya menganggukkkan kepalanya dan kembali berbaring di katilnya
" ' charlie mike' . aku taknak ambil tahu. dah keluar nanti tutup pintu" ucap edward bersama mata yang tertutup.
" ini suruhan terus dari dragon. "
"bdia yang cop kertas berhenti aku. kenapa kena masih panggil lagi. ah misi rahsia atau tak aku tetap tak berminat. cari orang lain"
" ada 'scuttle butt' yang mengatakan damien sebenarnya ketua dalang di sebalik ni" ucapnya yang langsung membuatkan edward membuka matanya. kemudian dia memberikan fail di tangannya kepada edward.
"tolong baca dulu dan baru buat keputusan" ucapnya lagi dan mengundur selangkah kebelakang dan berdiri tegak.
" ' dragon ' dalam talian " ucap lelaki yang memakai topi sebelum memberikannya kepada edward yang sedang melihat isi fail tersebut
" banyak yang terkorban dalam misi ni. kemungkinan orang awam juga akan jadi sasaran. dan kita kekurangan ahli yang sesuai untuk menjalankan misi ni. dan aku tak percaya orang lain selain kau. team special forces yang sedang berada di depan kau akan menjadi team baru. maklumat yang lengkap akan diberikan delta semasa dalam perjalanan. captain alpha apa kau terima misi ni?" ucap dragon yang merupakan pihak atasannya.
" saya terima." terima edward setelah lama berdiam diri .
"bagus. ini adalah unauthorized black operation. ambil masa untuk luangkan masa dengan keluarga atau sesiapa untuk kali terakhir" ucap dragon sebelum panggilan terputus.
"aku dah janji dengan mama aku supaya tak ambil mission lagi. aku siap pencen awal lagi dan sekarang apa aku nak cakap ? argh confirm mama akan bunuh aku" ucap edward sebelum bergelut di atas katil bersama selimutnya.
"err cap?"
crystiana duduk di kerusi yang disediakan sambil menyelubungi dirinya bersama selimut tebal dan kemudian memerhati jenna dan nate yang sedang menyajikannya makanan yang memenuhi meja tersebut.
"kenapa selalu ambil makanan banyak sangat. siapa yang nak habiskan kali ni?" ucap crystiana bersama kerutan dahi
"mana aku tahu. bekas makanannya ada nama kau. semua ada bekas makanan tersendiri. dan aku,edward yang sediakan. jadi silalah makan ya. lepas ni aku nak kena balik sana pula . nak kena uruskan company." ucap jenna bersama senyuman
"kau dengan edward boleh tahan lama.buatkan aku curiga apa yang dia buat supaya cair. nampaknya hanya dia yang berjaya boleh buatkan kau setia dalam waktu yang lama"
"diam dan makan sahajalah" balas jenna bersama mata yang tajam kepadanya.
"oh daging rusa? ni first time aku makan daging rusa." ucap crystiana dengan perasaan terkejut apabila membaca katalog yang berada di bungkusannya
"bukan ke daging rusa mahal?" soal crystiana
"daging rusa bagus untuk panaskan badan masa musim sejuk. makan banyak sikit . jaga kesihatan tu." balas jenna tanpa memandangnya
"siapa yang sediakan makanan ni? bekas aku penuh dengan makanan . dah macam makanan dekat buffet. besar betul budget production."
"aku tak tahu lah otak kau memang sedikit lambat atau memang lambat . cuba kau fikir ada ke orang nak bazirkan duit banyak banyak hanya dekat bilik dan makanan berhari hari melainkan ada yang special. haish. kenapalah aku yang cepat tangkap dan bukan dia" ucap jenna sebelum beredar dari situ sambil menggelengkan kepalanya
"bukan sebab aku artis ke? memang tak pelik kalau artis dapat layanan yang macam tu ataupun . sekejap bukan ke semua dapat yang sama kenapa nak jadi issue pula?" soal crystiana kepada dirinya.
"akak belle. lepas ni, cuba akak tengok dekat sekeliling. abang rai takkan buat benda yang tak ada faedah tau" ucap nina apabila melihat crystiana yang masih lambat tangkap walaupun 2 hari sudah lepas
"lepas ni scene di dalam air. jangan risau sebab air dekat bahagian sini cetek. belle nak buat scene tali atau scene dahulu?" soal direktor kepadanya
"apa kata kita buat scene kuda dulu. kita selesaikan semua scene air untuk satu hari esok ?"
"baiklah. belle boleh buat persiapan sementara staf ambil kuda"
"okay"
mary,taylor dan alice telah mengemaskan kesemua barang mereka untuk kembali ke kawasan bandar kerana sudah menghabiskan kerja mereka dan langsung bergerak untuk schedule yang seterusnya. mereka mengucapkan selamat tinggal kepada crystiana dan semua staff sebelum beredar dari situ meninggalkan crystiana dan nina berduaan di ruangan tersebut. nina menyudahi riasan makeupnya bersama spray untuk membiarkan muka tampak segar dan tahan lama.
"nina. "
"ya"
"apa nina fikir tentang kehidupan selepas mati?"
"kehidupan selepas mati? nina tak berapa pasti pula sebab nina tak pernah fikir. apa yang nina fikir adalah dalam kehidupan ni nina nak buat apa yang nina nak. hidup dalam kegembiraan supaya tak ada penyesalan di kemudian hari. kenapa akak tanya"
"entahlah. tiba tiba terfikir."
"dalam hidup ni kalau kita tergapai gapai tak tahu jalan yang mana betul. cuba ikut kata hati. nina rasa mungkin akak perlukan tu. cuba ikut kata hati" ucap nina namun crystiana hanya diam sebelum nina perlahan lahan beredar memberikannya ruang untuk berehat.
"uish shit" ujar crystiana sambil mengambil tisu dan mengelap darah yang sedang mengalir dari hidungnya dengan pantas seusai sahaja dia melihat darah menitik di tangannya.
crystiana membuka pintu berandanya untuk menghirup udara segar pada malam itu apabila dia tidak dapat melelapkan matanya. dia berjalan keluar dan bersandar di dahan kayu sambil menikmati pandangan gunung di malam hari.
"buat apa? kenapa tak tidur lagi?" soal seseorang di beranda disebelahnya
"menakutkan orang sahaja. tak dapat tidur" balas crystiana kepada zack
"bila sampai?" soalnya lagi
"baru sahaja. lepas siapkan kerja yang ada "
"ambillah cuti dan berehat. kerja tak akan pernah habis. pemandangan dekat sini lawa. sesuai untuk kosongkan pemikiran. try bercuti dekat sini. "
"awak pun sama . asyik kerja je . bila nak berehat?"
"lepas kerja ni selesai saya berehat. bercuti dengan sangat lama. puas ?"
"puas."
"awak buat semua tu untuk saya ke?" soal crystiana kepadanya
"bilik hotel ni, makanan dan baju . everything . awak buat untuk saya ke?" terang crystiana apabila zack hanya memandangnya seperti tidak mengerti akan kata katanya
"kalau bukan untuk awak. siapa lagi saya nak buat?" balasnya dengan wajah yang serius . kata kata yang diucapkannya kedengaran bukan seperti soalan tetapi seperti sebuah fakta yang membuatkan crystiana terdiam tidak bersuara
"awak buatkan saya makin banyak hutang dengan awak tau"
"kalau awak nak bayar. saya hanya terima awak jadi kekasih saya sebagai bayaran sahaja" balasnya yang membuatkan crystiana kembali terdiam
"awak nak mati ke?" ucap crystiana dengan suara yang meninggi apabila zack tidak berhenti berjenaka bersamanya
"can you stop joking with me" ucapnya lagi bersama raut yang cemberut
"terserah nak percaya atau tidak. kenapa nak yakinkan orang yang memang tak akan percaya. betul tak?" ujar zack
"daripada awak merapu lebih baik awak bercerita biar saya mengantuk bukannya mata lagi terbeliak luas"
"okay good. im good at telling stories. awak nak cerita apa?" soal zack dengan wajah yang ceria dan bersemangat
"really?!" crystiana terkejut apabila zack benar benar mahu membacakan cerita kepadanya walaupun pada awalnya dia hanya main main. kemudian zack menganggukan kepalanya dan menepuk kerusi yang berada di sebelahnya . dengan perlahan lahan crystiana berjalan mengorak langkahnya menuju ke zack dan duduk di sebelahnya.
"setiap kali awak insomnia. apa kata awak call saya dan saya akan terus bercerita sampai awak tidur."