Chereads / You Are My World / Chapter 118 - Chapter 114: Lawyer

Chapter 118 - Chapter 114: Lawyer

seusai sahaja crystiana mengatakan tersebut, cedric langsung mara untuk menyerangnya . tubuh crystiana jatuh terhentak di lantai dengan kuat bersama lehernya yang dicekik dengan sangat kuat oleh cedric membuatkan crystiana tercungap cungap apabila saluran pernafasannya dihalang. tangannya tergapai gapai untuk mencapai gelas yang turut jatuh yang tidak jauh darinya.

"MATI ! MATI ! dari dulu kau menyusahkan hidup aku! Aku nak kau mati SEKARANG! MATI!!!" ucapnya berulang kali sambil menghentakkan kepalanya berulang kali di lantai apabila crystiana mula bergelut dengannya sambil berusaha untuk melepaskan tangannya yang berada di leher. setelah dia berjaya mengambil cawan tersebut, dia langsung menghentakkan cawan itu di kepalanya sehingga pecah dan dia akhirnya dapat bernafas setelah cedric melepaskan gengamannya. perasaan cedric berubah menjadi sangat berang apabila tangan yang berada di kepalanya dipenuhi darah , dia lantas bangun dan cuba untuk menarik rambut crystiana namun tidak berhasil apabila crystiana berjaya mengelakkan dirinya dan berlari ke luar untuk meminta pertolongan.

"TOLONG ! TOLONG! TOLONG!" Jerit crystiana sambil memegang lehernya yang sudah kelihatan mula membiru.

"terima kasih sebab datang dengan pantas. saya akan menyusul kemudian ke balai polis untuk berikan kenyataan. " ucap crystiana kepada pegawai polis yang sudah tiba dan menangkap cedric ketika mahu menyerangnya sekali lagi.

"ini adalah video dari camera litar tertutup dari bilik cik belle" ujar pegawai polis dari arah belakangnya kepada polis yang sedang berdiri di hadapannya.

"baiklah. adakah cik perlukan bantuan perubatan dahulu sebelum beri kenyataan? leher cik dah mula lebam"

"nope. saya akan beri kenyataan sebelum ke hospital ."

"baiklah saya akan tunggu cik di balai polis "

"terima kasih sekali lagi" ucap crystiana sebelum berjalan menuju ke cedric yang sedang duduk di dalam kereta polis

"did you think i will give up easily? terima kasih atas pertolongan kau, rancangan aku semuanya berjalan dengan lancar. jumpa lagi di balai polis. senyumlah sedikit. muka masam macam tu lagi bertambah nampak tua. i will see you later" ucap crystiana bersama senyuman dan melambaikan tangan kanannya.

"terima kasih atas kerjasama yang diberikan." ucap pegawai polis itu sambil menjabat tangan crystiana dan lawyernya

"sila call nombor di kad tersebut jika ada yang berkaitan dengan kes ini" ucap lawyer tersebut

"baiklah . " balas polis itu sebelum meninggalkan mereka berdua di bilik siasatan tersebut.

"saya tak ingat pula ada hire lawyer dari smith&co firm. siapa awak?" ucap crystiana sambil berpeluk tubuh. dia masih ingat lagi lelaki tersebut yang secara tiba tiba mengenalkan dirinya sebagai lawyernya kepada pihak polis.

" panggil sahaja smith . saya diminta oleh encik zack untuk mengendalikan kes ini pada 3 jam yang lepas. sekarang encik zack sedang berdiri menunggu di luar. sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepadanya . " balas smith sebelum mengambil begnya dan keluar dari ruang tersebut sambil diekori oleh crystiana di belakangnya.

"are you my stalker? semua yang saya buat semua awak tahu?" soal crystiana sejurus sahaja dia berdiri di hadapan zack.

"masuk" ucap zack mengabaikan soalannya bersama wajah yang serius.

"taknak. kenapa saya kena ikut awak pula?"

"jenna dah ikut edward balik ke syarikat. awak nak balik naik grab ke?" soal zack bersama kening kanannya diangkat

"erm . apa salahnya" balasnya kembali

"kris . please. " ucap zack apabila crystiana cuba untuk mencari alasan untuk menaikkan emosinya yang sememangnya tidak stabil apabila dia mendapat tahu berita crystiana diserang dan melihat lebam yang berada di lehernya.

"tch"decit crystiana sebelum memasuki perut kereta zack .

"tch" crystiana berdecit apabila doktor tersebut menyentuh perlahan lebam dilehernya sambil diperhati oleh 4 figura di hadapannya iaitu zack , jenna , edward dan zayn manakala tangannya pula menekan kawasan yang bengkak di belakang kepalanya menggunakan beg air batu

"tak ada yang serius. saya akan bagi ubat sapu . pakai 2 kali sehari sebelum mandi. " ucap doktor tersebut

"betul tak ada yang serius ke?" soal zack meminta kepastian

"tak ada . skin trauma sahaja. boleh hilang dalam seminggu sahaja. dan kalau belakang kepala masih sakit atau tak selesa boleh terus ke hospital. sakit kepala juga salah satu simptom yang serius. jadi kalau terjadi terus ke hospital" balasnya lagi sambil melilit lehernya menggunakan bandage.

"macam mana orang tua tu boleh sekarang kak belle?" soal zayn yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

"dia tiba tiba serang . maybe tak puas hati . jangan risau. i knock him out using glass.kepala dia terus berdarah darah" ucap crystiana sambil menunjukkan kembali adegan dimana dia memecahkan gelas tersebut di kepala cedric

"and the funny part adalah bila keadaan nampak sangat seperti dirancang dari awal . dont you think so ?" ujar zack memandangnya dengan tepat membuatkan crystiana menelan air liurnya

"dia serang and i only pertahankan diri. only thats." balas crystiana sebelum tumpuannya beralih ke arah jenna.

"kenapa setiap kali di keaadan yang memerlukan, cik jenna akan hilang ya dari radar?" soal crystiana bersama senyuman yang menyeramkan kepada jenna manakala jenna dengan pantas menyelamatkan dirinya

"ni semua sebab ed . tadi aku dah siap dengan kereta nak ambil kau tapi ed paksa aku masuk kereta dia . serius aku tak tipu kau. tak percaya tanyalah ed" ucap jenna sambil diperhati oleh edward dengan sebelah matanya

edward: '.....'

"jangan risau. next time bila dia paksa lagi aku akan bagi chance dekat kau untuk karate dia"

edward: '....'

"boleh berhenti merepek bukan bukan tak?" ucap edward akhirnya membuka suara namun hanya disiku tajam oleh jenna di perut

" macam mana kes tadi?" soal jenna menukar topik dengan pantas.

" bukti kukuh ada . tak ada apa yang nak dirisaukan. and zack . since when you get time to hire a lawyer?"

"dia lawyer sze family" jawab zack pendek namun reaksi yang didapatnya adalah luar jangkaan.

"pftttt" air yang sedang diminumnya langsung tersembur tepat diseluar yang dipakai zack

zack: '.....'

"seriously?" ujar zack

"err sorry . sorry . i tak sengaja. sumpah . itu disebabkan rasa terkejut yang sangat terlebih. ini sebab awaklah. siapa suruh hire lawyer family awak hanya sebab benda kecil macam tu. mana taknya saya tersembur secara 'tidak sengaja' dekat ehem seluar awak " ucap crystiana dengan menghulurkan kain bersih kepadanya untuk mengelap 'bahagian' yang basah tersebut.

"saya ada kerja . awak boleh tunggu dekat bilik ni sampai saya datang balik. " ujar zack setelah mengambil kain tersebut dan berjalan keluar sambil diikuti oleh zayn.

"dia tak marah. kan?" soal crystiana kepada mereka yang berada di bilik tersebut.

"ed can you leave both of us for a minute" pinta jenna bersama senyuman yang palsu. edward hanya menganggukkan kepalanya sebelum turut beredar.

"are you f@cking crazy crystiana ros'ie ! i tought ive said to you many freaking times that your plan is f@ucking DANGEROUS!" amarah jenna meletus sejurus sahaja ruang tersebut hanya tinggal mereka berdua

"im fine jenna. "

"what the f@ck are you fine about? tu leher tu ? it is fine? kau ada photoshot nak kena buat tau? kalau kau keluar nanti semua nampak tau. tak sekarang ni yang kau pergi bahayakan diri kau tu kenapa? aku dah cakap banyak kali kan biar aku yang settlekan. plan kau tu bahaya"

"ok now sekarang benda dah jadi. plan dah berjaya. lebam ni pun boleh hilang. no need to worry"

"macam mana aku tak risau kalau kerja kau asyik nak merisaukan aku. kalau aku tak call polis suruh standy dekat situ , entah entah kau dah kena lenyek dengan dia"

"lepas ni kau ikut rancangan aku. atleast aku tak sesuka bahayakan nyawa orang. kau tak ikut cakap aku. aku ikat kau dekat batang pokok"

"terima kasih . untuk hari ni. saya akan cuba untuk balas balik budi awak ." ucap crystiana kepada zack di hadapan rumahnya.

"apa kata awak balas dengan jadi girlfriend saya." ujar zack dengan nada gurauan

"zack.."

"ye faham . saya tak akan paksa. tapi sekurang kurangnya kita boleh jadi kawan macam dulu kan?" soal zack dengan penuh harapan

"hm?" bunyinya lagi apabila crystiana hanya berdiam lama.

" daripada jadi kawan apa kata kita hanya jadi acquantaince? saya taknak bagi awak sebarang harapan walaupun sedikit . saya taknak awak rasa sakit dikemudian hari disebabkan saya. im sorry ." jawab crystiana sambil memandang tepat mata bundar milik zack.

"saya harap awak faham keputusan saya."

"disebabkan saya. saya faham. " ujar zack sambil menganggukkan kepalanya tanda memahami ucapannya

"thank you" balas crystiana sebelum mencium pipi kanannya dan beredar memasuki rumahnya.

"awak menderita setiap sekali tengok muka saya... crystiana. perlu ke awak kena kejam macam tu sekali?"