Chereads / You Are My World / Chapter 93 - chapter 90: pressure

Chapter 93 - chapter 90: pressure

pembentangan tentang aduan yang menerangkan tentang ketidak puasan hati semua pekerja kepadanya membuatkan semua direktor tidak senang duduk . semuanya tidak duduk diam seperti cacing dalam kepanasan . mereka sangat takut apabila memikirkan tentang masa depan syarikat itu yang semakin gelap. apabila setiausaha heizy tersebut menyudahi pembentangannya dan ingin menyambung ke topik yang seterusnya dimana mesyuarat itu mendapat persetujuan semua pemilik saham dan segala undian akan dijalankan selepas ini. akhirnya cedric tidak dapat menahan sabar lagi dan membuatkan mesyuarat dihentikan sementara selama 10 minit . dia tidak ingin crystiana untuk mendengar lagi kritikan yang dia dapat .

"miss belle . " ucap cedric bersama riak wajah yang serba salah setelah dapat berbicara berdua bersamanya

"saya diluar pekerjaan sekarang. boleh panggil cik rosi'e sahaja ."

" saya nak dengar penjelasan daripada cik rosi'e jadi saya boleh bantu masa pembelaan . ataupun saya boleh tolong batalkan mesyuarat ni . "

" saya akan jelaskan bila sudah sampai masa saya dekat mesyuarat nanti . tapi kalau nak batalkan mesyuarat . bukankah ia menjadikannya saya berada di posisi yang sulit . maksud saya , semestinya semua yang berada di dalam bilik tu buat aduan tentang saya . kalau mesyuarat ni dibatalkan . pasti mereka semua tidak berpuas hati"

"saya boleh selesaikan semuanya . cik rosi'e jangan risaukan apa apa . mereka semua pun akan faham dengan situasi cik rosi'e"

" saya akan menjalani prosedur dengan adil dan saksama. oops . 10 minit dah tamat . kita selesaikan di dalam" ujar crystiana lalu memasuki kembali ruangan itu dimana mereka semua langsung tidak bangun dari tempat duduk masing masing.

"saya minta maaf untuk masalah ini . saya akan berlapang dada untuk terima segala keputusan . " ucap crystiana bersama senyuman manakala mereka hanya diam dan membalas senyumannya kembali.

setelah mesyuarat itu sudah sampai ke penghujung , mereka akhirnya berada di situasi di mana sesi pembelaan dilakukan.

" hmm . walaupun saya tak pernah tunjukkan diri di syarikat dan mana mana mesyuarat. saya tetap menyertai semuanya melalui pembantu yang saya pilih yang mana tidak melanggar mana mana peraturan syarikat kerana dia mempunyai sebahagian saham syarikat ini jadi saya rasa ia kurang sesuai untuk mengatakan bahawa saya tidak melakukan tugas dengan baik" ucap crystiana dimana mereka semua mengangguk setuju .

"betul tu betul" ucap mereka yang tidak menerima akan aduan yang diterima crystiana

"selain daripada itu . saya tak ada apa apa untuk membela diri. " ucapnya lagi yang membuatkan mereka semua tercengang.

" sila lakukan proses yang seterusnya " crystiana memberi persetujuan kepada heizy untuk langsung melakukan undian dimana ianya akan memutuskan crystiana bakal tetap berada di jawatan itu atau bakal dibuang. cedric bersama yang lain langsung ingin berdiri kerana tidak berpuas hati akan keputusannya tidak ingin membela diri .

" cik . kami juga merasakan hal yang sama . jadi kami akan pastikan cik dapat keadilan . cik tidak perlu risau untuk masalah yang lain" ucap direktor yang sebelumnya mengutuknya . crystiana tersenyum setelah mendengarnya.

" sebelum saya datang sini lagi saya memang tak berniat nak bela diri . sila teruskan" balas crystiana yang membuatkan cedric berputus asa dan memberi isyarat kepada heizy untuk meneruskan proses seterusnya.

" sila masukkan kertas undian di salah satu kotak yang mempunyai tanda × dan ○ di hadapan ini. undian akan bermula selama 5 minit dari sekarang. " ucap setiausaha heizy itu. kemudian crystiana hanya diam tersenyum sambil menikmati suasana tersebut .

setelah waktu 5 minit berlalu ...

"keputusan akan diumumkan sekarang. " umum setiausaha heizy melalui mikrophone.

" keputusannya ialah .... direktor rosi'e akan tetap memegang jawatannya sebagai direktor star entertainment " ucap heizy yang disambut dengan tepukan gemuruh dan ucapan tahniah yang tidak berhenti diucapkan oleh mereka. wajah mereka yang gembira jelas terpancar di wajah mereka tanpa mengetahui keadaan yang sedang berlaku di luar yang membuatkan crystiana ketawa melihatnya .

"tahniah direktor rosi'e" ucap cedric kepada crystiana lalu berjabat tangan bersamanya.

"terima kasih " balas crystiana sambil membalas setiap huluran mereka.

"ah . saya belum perkenalkan diri lagi . saya minta maaf . nama saya rosi'e" ucap crystiana memperkenalkan dirinya.

"tapi , direktor rosi'e sangat fasih ya bercakap menggunakan bahasa disini . kami semua terkejut bila mendengar direktor bercakap . "

" iya ya betul tu . "

"hm betulkah ? peliknya . "

"apa ?"

"ah . just pelik sebab semua pekerja di sini tahu fasal saya tapi pihak atasan tak tahu . saya sendiri sampai terkejutkan ingatkan mereka keluarga saya . " ucap crystiana sambil ketawa namun wajah mereka bertukar kelat kerana memahami maksud disebalik ucapannya.

" direktor rosi'e jangan risau . saya akan pastikan mereka minta maaf . harap direktor tidak ambil hati"

"hahaha . tak usah . saya ok sahaja . lagipun ini bukan kali pertama saya kena macam ni . saya dah dengar macam macam perkara daripada victor . hal macam ni kecil sahaja" balas crystiana yang membuatkan wajah mereka menjadi semakin kelat . victor merupakan orang suruhan crystiana yang melakukan semua pekerjaan dibawah suruhannya. mereka semua menjadi janggal kerana sedar bahawa crystiana mengetahui setiap perbuatan mereka kepada victor .

"ehem . err sekarang ni apakah direktor akan ambil alih atau sebaliknya?"

"unfortunately, victor dah tarik diri disebabkan masalah peribadi so saya akan ambik alih kembali. oh ya . ceo cedric . saya sebenarnya ada hal lain yang mahu dibicarakan bersama . boleh kita ?" soal crystiana sambil memandang cedric.

"ah . urusan itu boleh nanti nanti. kita jarang berjumpa bersama . apa kata kita pergi minum tengah hari ?" ucap direktor lain dengan bersungguh sungguh mengajaknya.

"erm ? are you sure ? saya ingatkan direktor semua patut sibuk sekarang ni . "

" ah . kami tidak apa apa . lagipun kita semua jarang dapat berjumpa dengan direktor rosi'e"

" kamu semua tak tengok berita ? saya syorkan direktor semua baca dan langsung ambil tindakan . ceo cedric , saya tidak ada banyak masa saya ada urusan nak bincangkan" setelah crystiana dan cedric berlalu pergi, mereka semua langsung menghidupkan telefon mereka dan membuka berita dan membaca artikel yang berada di tempat pertama . wajah mereka langsung bertukar menjadi tegang seperti baru ditimpa batu .

"apa yang direktor rosi'e ingin bincangkan? haha saya tak pernah sangka cik belle rupanya salah satu dari star sejak 2 tahun yang lepas . " ujar cedric sambil menghidangkannya kopi namun wajahnya pula bertukar menjadi kelat setelah mendengar ucapan crystiana seterusnya.

"saya sekarang bercakap sebagai belle white . saya datang untuk batalkan perjanjian kita" ucap crystiana dengan serius tanpa berbasa basi.

"kkenapa ? cik belle . saya minta maaf kalau kejadian hari ni membuatkan cik belle terasa . saya akan pastikan ..."

"saya tak pernah menyangka yang perjanjian ceo cedric tawarkan rupanya palsu . huh . saya harap ceo cedric dapat memberikan penjelasan penuh ." pintas crystiana yang membuatkan cedric terkejut .

"apa maksud cik belle " soal cedric .

"sila berikan penjelasan tentang hal ini" ujar crystiaan sambil memberikannya satu sampul surat bersama artikel yang baru dikeluarkan sewaktu mesyuarat tadi. cedric kemudian dengan pantas mengambil tabletnya dan membaca artikel yang sedang trending .

" iiini ... ini .. cik.belle saya boleh terangkan . ini salah faham . " ucap cedric mempertahankan dirinya .

" apa yang salah faham? ceo cedric atau artikel tu ? saya datang hari ini, pertama kerana inginkan penjelasan penuh mengenai perjanjian kita dimana lawyer saya menemui sesuatu di dalam perjanjian di mana ianya boleh membuatkan saya menerima kerugian . kedua , penjelasan tentang artikel keluaran syarikat ini yang mengatakan saya akan bergabung di syarikat ini di mana ianya membuatkan saya berada di bawah pressure company saya . ketiga, sila berikan penjelasan tentang isu artis yang akan berkolaborasi dengan saya akan datang yang baru ditangkap semalam atas kesalahan narkoba. saya bukan sahaja akan mengalami kerugian tetapi akan menjatuhkan nama baik saya jika berita kolaborasi ini dikeluarkan " ucap crystiana dengan panjang jela yang membuatkan cedric terdiam kehilangan kata kata.

" orang atasan saya juga sudah mula mengambil tindakan . saya pasti ia akan melibatkan undang undang . tapi , disebabkan saya berbaik hati selepas melihat baik budi ceo cedric , saya membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik untuk pihak company saya selepas mendapat persetujuan mereka . mereka akan mengeluarkan artikel sekitar jam 3 petang . jadi mari kita bekerja sama dan selesaikan perkara ni dengan baik jadi pihak star boleh mengeluarkan sesuatu untuk menyeimbangkan keadaan . " ucapnya lagi bersama senyuman yang mempunyai pelbagai makna