Chereads / You Are My World / Chapter 85 - chapter 82: fiance.

Chapter 85 - chapter 82: fiance.

"jenna ." ujar ayahnya menegur untuk menjaga adab bicaranya di hadapan bakal mentuanya itu.

"tak apa . lagipun jenna baru je sampai . kami berdua pun ada banyak benda nak dibicarakan memandangkan dah lama tak berjumpa . jom . " ucap damien sebelum bangun dari kerusinya dan menuju ke halaman rumah . jenna langsung mengeluarkan rokok di koceknya dan menyalakannya.

"kau hisap rokok?" soal damien sedikit terkejut dengan perubahannya.

"takpayah terkejut . aku merokok pun sebab stress pasal kau ." ucap jenna sebelum menghisap rokoknya. dia kemudian terbatuk batuk kerana masih belum dapat membiasakan dirinya dengan merokok .

"berhentilah. aku tak suka tengok kau merokok" ujar damien sebelum merampas rokok di bibirnya dan membuangnya.

" tch.....haih .. kau kalau tak buat aku menyampah memang tak sah . " balas jenna lalu menghembuskan nafasnya

" come on jenna . stop running . kau memang tak akan dapat lari . kau aku punya . " ucap damien bersama senyuman yang membuatkan jenna rasa ingin menumbuknya.

" damien . aku . tak . suka . kau . aku benci kau . kau faham tak aku benci kau? maknanya aku taknak tengok pun muka kau . lagilah ada hubungan dengan kau . dah berapa kali aku cakap ? beratus kali dah dari dulu . come on . jangan habiskan masa kau kejar aku . buang masa . aku takkan pernah jadi isteri kau . aku tak ingin"

" tapi aku suka kau . dari dulu lagi . jadi aku akan kejar kau sampai dapat jenna" ucap damien sambil mengusap lembut rambut jenna namun ditepis kasar olehnya.

"jangan sentuh aku . " ucap jenna bersama wajah yang menahan marah .

"fine "

" aku nak kau berhentikan majlis tu . aku taknak ada hubungan dengan keluarga kau . aku tak akan kahwin dengan kau . aku benci samseng mafia macam kau" ujar jenna yang membuatkan ego damien merasa tercabar . dia kemudian memegang wajah jenna dengan kuat .

" kau lupa ke keluarga kau siapa ? kau anak daripada samseng juga . anak mafia juga . kau rasa terhina ke ada darah macam aku? aku tak kisah . asalkan aku dapat kau . kau aku punya dan kau akan kahwin dengan aku . kau boleh lari sampai hujung dunia tapi aku akan tetap kejar kau . sebab kau aku punya" balas damien

" fine . kau akan berhenti bila aku dah mati kan ? sure . aku akan pastikan aku mati sebelum majlis tu "ucap jenna yang membuatkan damien semakin marah . gengaman tangannya di wajah jenna semakin kuat membuatkan jenna terpaksa menahan kesakitan.

"kau nak bunuh diri ? jangan harap kau dapat bunuh diri. kau tak faham ke ? dari pada hari tu lagi kau aku punya !"

"damien . aku bukan macam orang lain yang takut dekat kau . jadi berhentilah sebelum aku buat benda yang kau tak pernah terfikir. aku dah penat nak kena hadap muka kau . aku bla dulu . cakap dengan ayah aku yang aku ada hal . " ujar crystiana setelah menepis tangan damien yang mencengkam pipinya itu lalu dia berjalan menuju ke keretanya sebelum berhenti untuk memandang damien kembali.

" for your information . aku maksudkan apa yang aku cakap . lupakanlah hal yang dulu . jangan ingat benda lepas . move on . aku tak berminat dengan kau . " ucapnya sebelum memasuki perut keretanya dan meninggalkan kawasan tersebut.

"bos . " panggil anak buah damien .

" ikut dia . dia berani ugut aku . dia kena tanggung risikonya. " balas damien.

"lupakan ? huh . aku tak akan . malangnya aku dah set mind aku dekat kau . kau aku punya" ujar damien seorang diri sebelum menghidupkan putung rokoknya.

jenna menghentakkan tangannya di stereng bagi melepaskan frustasinya yang menggunung tinggi lalu mengusap pipinya yang kemerahan itu.

"aish $&%#$@ @%# *#$$ hergh . mood aku betul betul hancur harini . @#$%." maki jenna seorang diri.

" aku pun bodoh . kenapalah dulu aku boleh pergi goda dia dekat kelab . kau tengok masalah apa yang kau dapat sekarang ni . " marah jenna lagi.

______________________________________________

jenna memberikan senyuman yang menggoda kepada para lelaki yang sedang menari di hadapannya sebelum matanya tiba tiba terarah ke arah meja yang berada jauh di hadapannya .

"hrm . aku tak pernah tengok dia sebelum ni . orang baru ke? " ucap jenna perlahan lalu dia bertanya kepada bartender mengenai lelaki yang sedang duduk di meja tersebut.

"siapa lelaki yang duduk dekat meja tu? "

" oh lelaki tu? dia businessman. dia jarang datang sini . baru first time nampak dia?"

" yup . not bad . " balas jenna lalu membetulkan pakaian yang dipakainya sebelum berjalan menghampiri lelaki itu . namun tapak kakinya berhenti daripada mendekatinya.

"nope . better dia yang start dulu. " ujarnya sebelum duduk di meja berhadapan dengan lelaki itu dan memandangnya bersama senyuman yang mengoda .

"cheers" ucap jenna kepadanya sambil mengangkat botol beers miliknya kemudian lelaki membalasnya kembali.

"bingo. ah . kenapalah malam ni banyak sangat lelaki yang handsome . susah betul nak cari yang sesuai . " ucap jenna perlahan setelah dia berjaya mendapatkan perhatian lelaki itu lalu dia memandang ke arah tempat menari.

" should i dance? " soal jenna perlahan setelah matanya menangkap wajah lelaki lain yang sedang sibuk berbual bersama rakannya tanpa menghiraukan perempuan yang berada di sekelilingnya.

"hai . " ujar lelaki yang duduk berhadapan dengannya tadi.

" dance?" soal lelaki itu sambil menghulurkan tangannya . jenna memberikan senyuman kepadanya sebelum menerima pelawaannya.

"akhirnya . " desis jenna sebelum menari bersamanya seperti tiada keesokkan hari.

jenna meneguk tequilla yang dipesannya beberapa kali dengan satu tegukkan sahaja menghiraukan tekaknya yang merasa perit lalu matanya kembali beralih kepada lelaki yang sedang memeluk pinggangnya itu dengan erat itu.

" tch . awak buat apa? cepatlah . one shot ." ucap jenna sambil memberikannya tequilla lalu dia meminta bartender untuk memberikannya whiskey sebagai penutup minuman kerasnya. jenna memegang kepalanya yang berpusing itu malah matanya sudah hampir menjadi kabur akibat mabuk . jenna menyadari dia sudah melampaui batas tahap minuman kerasnya .

"ergh ." gerang jenna sambil menggelengkan kepalanya .

"awak okay?" soal lelaki itu lalu dia mencuba untuk mencium wajah jenna berulang ulang kali namun jenna menarik wajahnya akibat rimas dan menghabiskan whiskey yang diminumnya .

"apa nama awak lagi sekali?" soal jenna kepadanya

"damien . " balas lelaki itu .

" ok damien. saya nak pergi tandas. sila lepaskan tangan ."ucap jenna sebelum dengan pantas menuju ke tandas untuk memuntahkan isi perutnya . matanya berpinar pinar berpusing . badannya juga menjadi huyung hayang . setelah mencuci mulut bersama wajahnya , dia masih lagi tidak berjaya untuk sedar daripada mabuknya .

"shit" ucap jenna lalu dia mengambil beg tangannya dan keluar daripada tandas . dia cuba untuk berjalan dengan baik sebelum terjatuh di badan lelaki yang dengan pantas menolongnya berdiri.

jenna tersedar daripada tidurnya dan langsung memegang kepalanya yang berdenyut setelah itu dia juga merasakan seluruh badannya kesakitan . lalu dia merasakan hangat tubuh badan manusia dan ada suatu benda berat yang memeluk pinggangnya. dia langsung menoleh dan ...

"good morning"

"arghhhhhhhhhhhhh !!!"

jenna melompat menjauhi katil tersebut dimana seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang berbaring di tempat tersebut .

"k.k.kkkauu . apa kau buat dekat sini ? k..kk.aau siapa?" soal jenna lalu dia memandang tubuhnya yang tidak berpakaian walaupun secebis dia langsung menarik selimut di katil itu dan menyelubungi tubuhnya.

"apa kau buat dekat aku?" soal jenna lagi . lelaki itu kemudian bangun dari pembaringannya dimana jenna dapat melihat dengan jelas keadaan tubuh lelaki itu .

" ni . ni ni dan ni ni ni . tak ingat malam tadi apa kau buat?" ucap lelaki itu sambil menunjuk luka yang berada di badannya termasuk lovebite di lehernya . wajah jenna langsung berubah menjadi merah padam kemudian dia menggelengkan kepalanya.

" p.ppakai lah baju" ujar jenna dengan tergagap gagap sambil menutup matanya menggunakan tangannya setelah merasa tidak nyaman melihat keadaan mereka berdua yang tidak berpakaian. lelaki itu kemudian ketawa dan tersenyum.

" kita bercakap lepas ni. jangan lari" ucap lelaki itu lagi sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya manakala jenna pula dengan pantas mencari pakaiannya dan memakainya sebelum lelaki itu keluar .

Related Books

Popular novel hashtag