sejurus sahaja dia memasuki ke dalam rumah , kaki crystiana langsung terberhenti mengejut setelah melihat keluarga zack berkumpul di ruang tamu bersama sama . wajah crystiana langsung kemerahan menahan malu . hatinya langsung memarahi jenna kerana meninggalkannya sendirian di sana namun hatinya menjadi tenang apabila mereka menyambutnya seperti dia sebahagian daripada keluarga itu .
" hai belle ." sapa zayn dengan teruja .
"hai ." balas crystiana dengan tersipu malu sambil menjaga tingkah lakunya lalu dia menyalami semua ahli keluarganya. pandangan crystiana terganggu apabila atuk zack memandangnya dengan sangat lama yang membuatkannya tidak selesa.
" kenapa kamu tak cakap dengan auntie yang kamu anak kawan auntie . patutlah auntie rasa muka kamu ni familiar sangat . rupanya anak kawan auntie . " ujar puan song dengan ceria yang membuatkan crystiana pelik.
" ha? auntie kenal mama saya ? " soal crystiana yang membuatkan puan song terdiam .
" kamu bukan dulu selalu datang dekat sini ke?" soal puan song kembali.
"tidaklah . ni baru kali kedua saya datang ke sini . " jawab crystiana lalu di pintas oleh ayahnya zack.
" sudah sudah . mari kita makan sekali sama sama . mana kawan kamu lagi seorang . katanya datang berdua"
" dia ada hal dekat rumah . tak dapat datang tapi dia cakap lain kali nanti dia datang"balas crystiana yang membuatkan edward berhenti dan memandang ke arah crystiana.
"jenna ada urusan apa?" soal edward
"erm . family . mak dia sakit"
" tapi dia tak ada mak " balas edward sambil mengerutkan keningnya.
' mak dia sakit? setahu aku dia tak ada mak . dia marah aku lagi ke ?' fikir edward
" mak tiri dia sakit katanya . sudah sini tolong mama ambil sup dekat dapur" pintas puan song . crystiana melabuhkan pinggangnya bersebelahan dengan zack . nina dan zayn tidak berhenti henti berbual yang membuatkan suasana menjadi semakin meriah .
"awak tak bagitahu yang satu family ada . terkejut saya tau . kalau tahu saya boleh prepare awal awal " bisik crystiana kepada zack setelah mendekatkan tubuhnya kepada zack.
"jangan risau . lagipun semuanya tak sabar nak jumpa awak" balas zack yang membuatkan kedua keningnya terangkat.
' semua tak sabar nak jumpa aku? diorang tau pasal aku? apa yang zack cerita dekat diorang?'
"ehem ehem " zayn dan edward bersama berpura pura batuk setelah melihat zack dan crystiana berbisik berdua dengan rapat.
"kamu dah berapa lama kenal dengan zack?" soal atuk li kepadanya. crystiana lalu memandang zack
"erm dalam setahun begitu rasanya . terjumpa dekat event banyak kali . lepas tu terus jadi rapat" balas crystiana manakala zack hanya tersenyum memandangnya.
"lepas tu macam mana sekarang ni?" soal atuk li kembali membuatkan crystiana terpinga
"macam mana apa?"
" kamu tak suka cucu atuk ke? bukan apa . dia tak pernah bawa jumpa kawan perempuan . sampai semua anggap yang dia tu . eherm . suka sejenis" ucap atuk li yang membuatkan wajah crystiana dan zack merah padam .
"itu ke yang semua fikir selama ni? suka lelaki?" soal zack sambil mengangkat sebelah keningnya kepada atuknya.
"dah . lepas makan nanti baru sambung balik berbual. kesian belle dari tadi malu ." pintas puan song lalu senyum kepadanya sambil memberikan banyak lauk makanan di hadapannya.
"tengah diet ke ?"
"erm tak . saya tak buat diet . just jaga pemakanan " balas crystiana lalu dipintas oleh zayn.
" betul tu . dia makan dua kali sehari . takpun sekali je . "
" tengahari tadi makan ?" soal puan song.
"er... tak . ni baru nak makan ." balasnya yang membuatkan semua terdiam .
crystiana menolong zack membawa semua pinggan dan mangkuk yang kotor ke singki walaupun sudah dihalang keras beberapa kali oleh puan song namun akhirnya dibiarkan setelah melihat zack dan crystiana berdua duan di singki . crystiana membantu zack menyinsingkan lengan kemeja dan memakaikannya apron untuk mengelakkan bajunya dibasahi air . senyuman zack semakin lebar setelah sedar betapa rapatnya tubuh dia dan crystiana .
"your turn . " ucap crystiana lalu memberikan apronnya kepada zack supaya zack membantunya memakaikan .
"i thought edward your cousin awak . "
"yup . dia cousin tapi family saya ambil dia jadi anak angkat .
" saya suka family awak . happy family . " ujar crystiana lalu memberikan pinggan yang sudah disabunnya kepada zack .
"family saya pun suka awak . semuanya terus balik bila dengar awak nak datang . "
" baguslah macam tu . atleast no bad impression bila first time jumpa ." balas crystiana lalu tiba tiba zayn terpecikkan air sabun ke mukanya .
"uit . nak lawan ke?" ucap crystiana lalu memercikkan kembali ke muka zack . kemudian mereka berdua langsung bermain air sambil ketawa gembira tanpa sedar perlakuan zayn dan nina di belakang mereka yang sedang seronok mengambil gambar dan video mereka berdua sedang bermesra mesraan.
"agak agak diorang tau tak yang diorang ni sebenarnya suka sama suka?" soal nina perlahan.
"abang rasa tak . "
"kamu tahu cara nak main piano?" soal atuk li kepada crystiana setelah crystiana datang mendekatinya.
" yes . saya dulu belajar main semua alat muzik. sekarang dah jarang main . nak saya mainkan ke?" soal crystiana dengan lembut.
"ye boleh boleh . atuk dah lama tak dengar kamu mainkan lagu ." balas atuk li yang membuat crystiana pelik namun tidak dipedulikan olehnya menganggap dia tersalah bicara. jari crystiana mula memainkan piano sebelum dia menyanyi dengan suara yang merdu dan lembut sambil diperhatikan oleh keluarga zack di belakangnya.
" auww . jantung saya tak kuat . saya suka sangat dengan dia ni . macam mana ni bang . saya berkenan dengan budak ni . saya nak sangat dia jadi menantu saya ni . " ucap puan song sambil memegang dadanya.
"hm . saya nak buat macam mana . ni urusan diorang berdua . takkan saya nak masuk campur . lagipun . lepas saya perhatikan si zack ni . nampaknya dia macam ada hati dekat belle ."
"kan . abang pun nampak kan . hm . saya akan pastikan dia jadi menantu saya . saya tak kira . saya nak dia juga . "
"awak jangan asyik risaukan si zack je . tu si edward tu . umur dah patut kena kahwin . patut risaukan edward dari zack. ni zack dah bawa balik . tu edward bila lagi nak bawa balik . pening kepala saya bila fikirkan dia ni"
"itu awak jangan risau . itu saya dah settlekan ." balas puan song sambil tersenyum kambing lalu kembali masuk ke dapurnya untuk membuat dessert sambil dibantu oleh nina dan zayn.
atuk li menepukkan tangannya dengan bersemangat setelah crystiana menamatkan lagunya yang membuatkan crystiana gembira melihatnya.
" sini mari sini duduk atuk" ucap atuk li bersama ayah zack. crystiana kemudian langsung duduk disebelahnya sambil mencari kelibat zack tapi tidak kelihatan .
" apa yang kamu fikirkan pasal cucu atuk ?" soal nya dengan teruja.
" dia lelaki yang baik . jarang saya jumpa orang business baik macam dia . dia tak pernah tak ada time saya perlukan dia . "
"lagi lagi"
" erm . saya nak cakap apa lagi ya? but dia lelaki straight . not gay. saya boleh buktikan ." ucap crystiana sambik ketawa perlahan .
" kamu tak suka cucu atuk ke? dia memang nampak macam kasar tapi sebenarnya dia lembut . kadang dia cakap buat sakitkan hati orang tapi dia memang macam tu . dari dulu lagi dia memang macam tu . jadi jangan terasa hati sangat kalau dia macam tu. lagi satu dia tak suka rapat dengan perempuan . dia anggap perempuan ni macam bakteria agaknya . ni lega sikit bila dapat tahu dia berkawan dengan kamu"
"ye ke. tapi saya rasa zack orangnya cakap yang lembut. " balas crystiana yang membuatkan mata atuk dan ayah zack membesar . serta merta mereka bertukar menjadi seperti agen pasukan cinta yang berusaha mendekatkan crystiana dan zack .
"belle . mari sini nak tolong auntie berikan dessert ni dekat zack dengan edward dia dekat bilik atas ni . minta edward tunjukkan ya . naik tinggi ni lepastu ketuk bilik yang depannya ada tanda jangan masuk tu . tu bilik edward ." ucap puan song lalu memberikan dulang yang berisi dessert buah kepadanya . crystiana lalu menaiki anak tangga dengan berhati hati sebelum berhenti di bilik yang diucapkan oleh puan song .
"besarnya rumah ni . boleh sesat kalau seorang diri pergi sini" bisik crystiana . dia kemudian mengetuk pintu bilik tersebut beberapa kali.
"edward ? ni belle . "