Chereads / You Are My World / Chapter 81 - chapter 78 : what ?!

Chapter 81 - chapter 78 : what ?!

puan song menepuk nepuk lengan dan badan anaknya bersama edward .

" mama tak pernah ajar korang berdua perangai macam ni tau . dah besar . macam ni perangai . mama suruh bawa balik menantu bukannya berfoya foya bawa balik perempuan . ingat elok sangat ke perangai ." marah puan song kepada mereka berdua.

" ma salah faham ni . bagilah kitorang terangkan dulu . aduh . ma . jangan lah pukul pukul" ujar edward lalu mengelak daripada dipukul.

"bertuah punya budak . dah umur berapa nak perangai macam ni lagi? kalau ayah dengan atuk tahu . tak hidup kamu berdua tau esok . umur masing masing dah sepatutnya fikir pasal masa depan . bukannya nak mabuk mabuk" marahnya lagi

" mama mama . dengar lah dulu apa yang zack cakap ni" ucap zack sambil mengelak daripada di pukul oleh mamanya. puan song langsung berhenti dan bercekak pinggang.

" ha cakap . cakap . terangkan cepat . " ucap puan song sambil menahan amarahnya.

" diorang bukan perempuan yang macam mama fikirkan . diorang baik and dia kawan zack dengan ed . kitorang dah kenal lama . sumpah . kitorang tak pernah buat benda yang tak elok . ni terpaksa bawa balik sebab kita tak dapat contact diorang punya staff . taktahu hotel dia dekat mana pesemua. kalau nak bawa pergi rumah pun . jauh nak kena drive . " terang zack sambil disokong oleh edward .

"ya betul tu"

"staff? staff apa ?" soal puan song.

" sorang tu penyanyi . sorang lagi manager . diorang pergi party premiere tadi untuk semua staff diorang . but masing masing tak dapat contact bila nak suruh diorang berdua tu balik" terang edward juga.

" dia penyanyi ? yang mana satu ?" soal puan song dengan terkejut .

"yang rambut hitam ." balas edward.

" tch . tapi tetap tak elok bawa anak perempuan orang bawa balik . kali ni je mama bagi izin . lepas ni tak ada lagi . party sampai pukul berapa pagi baru reti nak balik . ingat dah tak reti nak cari jalan balik lagi ." bebel puan song sambil memandang edward .

" ye . ed minta maaf . sorry . " ucap edward meminta maaf .

" kamu berdua minum juga ke tadi?"

" tak . sikit pun tak " balas zack sambil diangguk setuju oleh edward.

"pergi buatkan diorang air madu . mana tahu dia terbangun nanti . eh tak payah . biar mama buatkan . tak elok lelaki masuk bilik tidur perempuan . dah pergi naik atas mandi . berehat ." arah puan song sebelum pergi menuju ke dapur .

cahaya mentari yang menyinari bilik tersebut membuatkan crystiana terjaga dari tidurnya . dia mengosok kedua belah matanya sebelum tangannya meraba raba mencari telefonnya untuk melihat jam .

" tch . mana handphone pula ni" ucap crystiana setelah tidak menjumpai telefonnya namun tiba tiba ada satu tangan di sebelahnya yang membantu menghulurkan telefonnya . crystiana langsung mengambil tanpa melihat tangan tersebut.

" baru 7 pagi ." gumamnya lalu menepuk tubuh jenna yang sedang tidur di sebelahnya.

" kenapa kau tidur dekat bilik aku ? aku punya schedule harini pukul berapa ?" soal crystiana kepadanya.

"tch . pukul 8 lah . janganlah kacau orang tengah tidur " balas jenna lalu menyelubungi seluruh badannya dengan selimut.

" 8 ? hm ....." gumam crystiana sebelum tiba tiba matanya terbeliak besar .

" 8 ! arghhh!!! " jerit crystiana setelah melihat tubuh wanita yang berumur 50 an yang tidak dikenalinya sedang memerhati wajahnya dengan rapat manakala jenna pula langsung tersentak dan bangun melihat crystiana.

"s..ssiapa?" soal crystiana kepada wanita itu.

" ah . auntie minta maaf . auntie baru nak kejutkan bangun tadi . diorang kata kamu berdua ada kerja pagi ni . marilah bangun mandi . auntie dah siapkan baju . nanti turun ya . auntie dah siap masakkan sarapan." ucap puan song bersama senyuman manis sebelum keluar daripada kamar tersebut.

" siapa auntie tu?" soal jenna dengan terpinga pinga manakala crystiana pula segera bangun daripada katil itu dan mengamati bilik tersebut .

" ni bukan bilik aku . ni bilik siapa ? aku dekat mana sekarang ni? macam mana aku boleh ada dekat sini?" soal crystiana dengan bertalu talu.

nina keluar daripada kamar tamunya serentak dengan edward .

"kenapa tu ? siapa yang menjerit?" soal nina yang sudah bersiap siap untuk pergi ke tempat kerjanya. manakala edward hanya mengangkat bahunya .

"tak tahu . sekejap. tadi bukan suara belle ke?" ucap edward .

" mari sini tolong mama angkatkan makanan ke meja . kita tunggu semua sìap baru makan " ujar puan song di dapur kepada mereka berdua .

"ok "jawab mereka serentak.

"awak ni memang tau . sengaja ke cari pasal dengan saya ? awak tahu tak saya punya terkejut bila dapat tahu yang mak awak ada dekat depan saya bila bangun tadi?" ucap crystiana sambil berlari mengejar untuk memukul zack yang sedang mengelakkan dirinya setelah mereka selesai bersarapan bersama.

" ya ya ya . saya tahu . sorry . sorry bukan sengaja pun . dah tak ada cari lain dah malam tadi . " terang zack kepadanya sambil ketawa. namun tiba tiba dia melihat sekilas memorinya melintas ingatannya . dia melihat zack dan dirinya berlari bekejar kejaran di padang bola bersama sama . dia lantas memejamkan matanya .

" awak ketawa ? ketawa ? mesti mak awak anggap saya ni perempuan yang bukan bukan tau tak . saya tak pernah lagi kena bawa balik tau tak . " marah crystiana kembali

" saya dah terangkan dah dekat mama saya . awak jangan risau . "

" macam mana saya tak risau . oh my god . tengok sekarang dah pukul berapa ni. "

puan song memandang mereka berdua yang sedang bekejar kejaran di halaman rumah dari jendela ruang tamunya sambil tersenyum.

" nina . kamu tengok tu diorang berdua . mama tak pernah lagi nampak abang kamu ceria macam tu . " ujar puan song kepada nina yang sedang sibuk menyusun barang makeupnya di atas meja .

" itu baru tu je mama tengok . belum lagi mama tengok abang zack tu ikut je kemana kak belle tu pergi. diorang tu tak pernah berenggang kalau abang zack datang tempat kerja tu tau . sampai semua staff dekat situ ingat diorang ni couple " ucap nina

"yeke ? hm . " ucap puan song lalu menepuk tapak tangannya sambil tersenyum lebar seperti sedang merancang sesuatu perkara. nina langsung bangun dari tempat duduknya dan memanggil crystiana untuk masuk supaya dia dapat menghias wajah crystiana mengikut waktu yang dia tetapkan kerana mereka sudah kesuntukkan masa untuk bergerak ke lokasi pengambaraan .

" kita belum selesai lagi eh " ujar crystiana kepada zack.

nina bertungkus lumus menghias wajah crystiana mengikut tema yang ditetapkan dengan bersungguh sungguh sambil diperhatikan oleh mereka semua yang sedang duduk disekelilingnya.

" bagus kamu makeup dia . nanti kamu makeup kan mama pula ya" puji puan song kepada anaknya nina .

" alright ." balas nina .

"nak letak glittler dekat mata tak?"soal nina kepada crystiana lalu crystiana menganggukan kepalanya . manakala jenna yang sedari tadi duduk di belakangnya hanya menundukkan kepalanya menahan sabar .

" kau ok?" bisik edward kepadanya lalu jenna memandang ke arahnya dengan tajam.

" jauh dari aku. sebelum aku karate kau ." bisiknya pula memberi amaran.

"dah siap ." ucap nina kepadanya lalu memberikan crystiana ruang untuk melihat wajahnya di cermin.

" ok . jom " balas crystiana dengan mengangguk tanda berpuas hati dengan karya yang dilakukan nina.

" kami minta maaf sebab datang macam ni . tak agak pun benda macam ni berlaku. tapi lain kali kami akan datang lagi . sebab sekarang tengah rushing kan tak sempat nak buat apa yang patut . kami minta maaf kalau auntie rasa tak selesa . marah ke . lagipun memang tak elok malam tadi kami datang macam tu ." ucap jenna kepada puan song sambil diangguk setuju oleh crystiana yang disebelahnya.

" eh tak apa tak apa . auntie faham . lain kali datang lagi . auntie tak sempat nak berbual bual panjang . kerja elok elok ya . kurangkan minum . tak elok . tak baik muda muda minum banyak macam tu . jaga kesihatan ya " pesan puan song kepada mereka.

"kami pergi dulu ya . nanti kita datang lagi ."ucap crystiana lalu bersalaman dengannya sebelum memasuki perut van yang dipandu oleh edward

"hati hati bawa ." ujar puan song sambil melambaikan tangannya kepada mereka .

"tak pernah pernah mama baik macam ni . ada apa apa ke? jangan nak rancang bukan bukan eh " ucap zack kepada ibunya

" dah cepat pergi kerja . nanti lambat pula . pastikan yang diorang tu datang sini balik tau" ujar ibunya.

" tengoklah kalau sempat . harini diorang banyak kerja . " balas zack lalu menghidupkan enjin keretanya .

" ayah dengan atuk kamu dah tahu dah . jadi pastikan bawa balik . semua nak jumpa tu . "

"s&it" desis zack perlahan