Chereads / You Are My World / Chapter 78 - chapter 75 : pro

Chapter 78 - chapter 75 : pro

jenna membersihkan luka edward dengan perlahan lahan dan berhati hati . lalu dia meniup luka tersebut supaya edward tidak berasa pedih .

"ni painkiller dengan antibiotic yang doktor albert bagi. jangan risau . aku dah selalu buatkan macam ni dekat crystiana . rasanya dah tahap pro dah ni . kalau sakit cakap tau . dia macam gigit semut je " bagitahu jenna kepadanya lalu dia membuka penutup jarum tersebut sebelum mencucuknya berdekatan dengan luka bagi mengelakkan daripada terkena infection .

"sakit ?" soal jenna kepadanya lalu mendongak memandang edward yang sedang duduk di kerusi manakala jenna sedang duduk bersila di lantai.

"aku bekas askar lah . come on . luka macam ni tak ada lah sakit mana" balas edward.

" ergh . aku berterima kasih tersangatlah sangat sangat sebab kau selamatkan aku tapi lain kali fikir diri tu baik baik . kalau buatnya tadi kau sekali kena langgar macam mana? naya je badan . dah tak sayang badan ke?" bebel jenna sambil merawat luka edward dengan fokus.

"kalau macam tu lain kali hati hati . kalau benda tu terjadi lagi . dan buatnya tak ada aku nak selamatkan kau lagi . tak ada siapa lagi nak selamatkan kau . hati hati lepas ni . jangan sibuk sampai tak ingat dunia . "bebel edward kembali kepadanya.

" siapa yang risaukan siapa sekarang ni?" soal jenna lalu memandang edward namun tiba tiba edward mendekati wajahnya sebelum mencium bibir milik jenna . perlakuan yang dilakukan secara tiba tiba itu membuatkan mata jenna terbeliak besar sebelum mengebelakangkan tubuhnya dan menyimbah air di gelas nya ke wajah edward secara refleks .

" hei . kk..auu ddah ggila kee ?" soal jenna dengan terkejut lalu dia menyentuh bibirnya sebelum keluar daripada ruang tersebut dengan pantas . zayn yang baru sahaja mahu memasuki bilik itu langsung terkejut dengan jenna yang secara tiba tiba keluar daripada ruangan tersebut .

"jjj..jenna . jenna . jenna " panggil zayn berkali kali kepada jenna dengan suara yang kuat tetapi jenna tetap tidak menghiraukannya dan berjalan dengan semakin pantas .

" apa yang terjadi ?" soal zayn kebingungan lalu memasuki bilik itu sebelum melihat edward sedang membalut tangannya mengunakan pembalut luka manakala wajahnya pula sedang basah lembab .

" kenapa basah basah ni? macam baru lepas kena simbah air je . kenapa dengan jenna ? eh dah kenapa tu ? macam mana boleh luka ? jatuh dekat mana ni?" soal zayn bertalu talu setelah melihat luka di tangan edward .

" terseret dengan jalan . "

"macam mana boleh terseret ?"

"ada kereta nak langgar tadi . kenapa kau dekat sini?" soal edward pula

"nak cari jenna . tapi kenapa dengan jenna tadi ? zayn dah panggil banyak kali pun dia taknak pusing. abang ed buat apa dekat dia?" soal zayn berkali kali namun edward hanya tersenyum lebar sebelum mengambil kain yang bersih dan mengelap kering wajahnya

" abang ed ada buat benda tak elok ke dekat dia? seriouslahh . zayn bagitahu dekat belle nanti" ujar zayn yang membuatkan senyuman edward termati .

" kau nak mati ke? aku cuma ciu..."

" bap!" bunyi pintu dibuka dengan ganas oleh jenna .

"apa . kau buat apa? kau ada buat apa apa ke tadi?" soal jenna dengan wajah yang kesal kepada edward .

"erm tak ada . aku tak ada buat apa apa tadi . mana ada apa apa . " jawab edward dengan pantas . manakala zayn yang berada di situ terpinga pinga .

"abang ed baru lepas ciu.."

"zayn . awak buat apa dekat sini? awak tadi panggil saya kan . ada apa. jom kita pergi backstage "ucap jenna dengan laju sebelum meninggalkan mereka berdua .

" kenapa suasana ni macam lain macam ? ada benda baru berlaku ke?" ujar zayn kepada dirinya sendiri sebelum mengikuti jenna dari belakang . manakala senyuman edward pula semakin melebar hingga ke pipi .

"bap!" pintu bilik itu terbuka lagi dengan tiba tiba membuatkan edward terkejut dan melihat ke arah pintu

"kalau kau bagitahu apa yang kau buat tadi . siap kau . aku cincang 48 kali . ingat tu . ha lagi satu . kalau kau berani buat macam tadi . aku gantung kepala kau terus huh!" ugut jenna sebelum berlalu pergi semula meninggalkan edward yang terpinga pinga.

"dia baru ugut aku ke?"

semua para staff memberikan tepukan yang gemuruh ketika kumpulan itu berada di green room backstage setelah berjaya menyelesaikan premiere mereka dengan jayanya . semua team manager dan team makeup termasuklah stylist bertungkus lumus membantu setiap ahli kumpulan tersebut untuk mengeringkan peluhnya sambil membetulkan rias makeup yang pudar dan menganti baju mereka di dalam waktu yang sangkat singkat.

"kita ada dapat nombor giliran ke?" soal crystiana kepada jenna yang sedang membuka earpice dan microphonenya .

"pihak broadcasting bagi kita nomber v.i.p . jadi korang boleh perform naik pentas bila dah sampai . " ucap jenna.

" nomber v.i.p ? alright . " balas crystiana lalu mengelap wajahnya yang dibasahi keringatnya.

" quickly . quickly" ucap jenna kepada staff disitu supaya memasukkan barang barang mereka di dalam van dengan segera kerana mereka sedang kesuntukkan masa .

" zack dekat mana ?"soal crystiana yang sedang mencari kelibat zack .

"aku tak nampak " balas jenna dengan pantas lalu membantu staf mereka memasukkan barang di dalam van .

" kau buat apa ? cepatlah masuk? kita dah nak gerak ni" ucap jenna apabila melihat crystiana masih mencari zack .

"zayn mana zack ?" soal crystiana setelah melihat wajah zayn di balik van tersebut .

"dia dah pergi dulu . " balas zayn

"ok" jawab crystiana sebelum memasuki van . peminat peminat yang berada di zon gate away tidak berkesempatan untuk bersalaman dengan mereka kerana masa yang terlalu suntuk tidak mengizinkan mereka untuk berada di situ dengan lebih lama . crystiana membuka tingkapnya dan melambaikan tangannya kepada yang berada di zon tersebut.

" thank you for coming today . i love you . see you soon ." ucap mereka berempat .

" are you guys coming at broadcasting station?" soal crystiana kepada peminatnya.

" yesssss!!!"

"oh alright . see guys at there . bye bye . have a nice day .bye bye" ucap crystiana sambil melambaikan tangannya kepada peminat sebelum van tersebut meluncur pergi meninggalkan stadium tersebut.

setelah melakukan rehearsal sebanyak 3 kali . mereka akhirnya melakukan persembahan secara live di music fl broadcasting station . medical staf yang berada di backstage semuanya tengah bersiap sedia jika mereka diperlukan pada bila bila masa sahaja namun persembahan tersebut berjalan dengan lancar dan keadaan kesihatan ahli kumpulan itu juga berada dalam keadaan yang baik . sebaik sahaja mereka memasuki green room , mereka semua langsung berteriak kegirangan .

"yeayyyyyyy!" para staff juga bertepuk tangan meraikan sempena keluaran album baru mereka.

"congratulation "

"thank you for your hard work . " ucap keempat empat gadis tersebut kepada staf mereka yang banyak membantu.

" see you guys soon at premiere party . " ucap taylor kepada staff mereka.

crystiana berjalan bersama jenna dan nate disebelahnya menuju ke van hitamnya . mereka membuat keputusan untuk kembali ke hotel secara berasingan memandangkan mereka berempat mempunyai jadual tugas yang berlainan .

" kita dapat giliran awal pun masih lambat balik kan " rungut crystiana yang kepenatan.

"baru pukul 3 pagi . kira awal lah tu . kalau tak selalunya kita masih lagi tengah tunggu giliran . paling lambat habis pun pukul 5 . " balas jenna kembali.

" jenna . "

"yes"

"kenapa kan sekarang ni . aku perasan yang kau tak habis habis hilang time aku tengah bekerja . bila aku cari kau . langsung tak jumpa . apa hubungan kau dengan edward ? aku selalu nampak kau berdua duaan dengan dia . " soal crystiana dengan perasaan ingin tahu

"edward ? tak ada apa apa . aku dengan dia tak ada apa apa . just kawan kenalan . macam kau dengan zack . " balas jenna

"tch . takpayahlah nak bohong aku . bila aku tanya kau dekat mana . semua jawab kau dengan edward . huh" ujar crystiana bersama kening mata kanannya yang ternaik

"betulah . aku memang tak ada apa apa dengan dia . serious . aku tak tipu . aku dengan dia macam langit dengan bumi . perangai..."

"faham faham . ye faham . dah sudah dah tu . aku malas nak dengar" ujar crystiana yang tidak mahu mendengar omongan kosong miliknya

"aku cakap betul . kau kena percaya cakap aku . belle ..belle." ujar jenna untuk menyakinnya sambil mengikuti crystiana yang sedang berjalan dengan pantas .