Chereads / You Are My World / Chapter 76 - chapter 73 : revenge.

Chapter 76 - chapter 73 : revenge.

" kenapa kau pakai baju macam tu ? aku tak pernah nampak kau pakai macam tu" ucap edward kepadanya

" its my bussines. by the way thanks for today . aku pergi dulu"

" kejap ."

"apa?"

"jom pergi minum. makan ke " ajak edward kepada jenna.

"sibuklah . lain kali lah . kena pergi tempat shot belle lepas ni " balas jenna .

" so . macam mana kalau esok ?" soalnya lagi .

" ok . " jawab jenna lalu terus memasuki keretanya dan menghidupkan enjin kemudian dia membuka tingkap pintu keretanya.

" aku chat kau nanti bagitahu tempat . hati hati bawa . " ucap edward kepadanya .

" hati hati juga . aku pergi dulu" balas jenna kembali sebelum membawa keretanya meluncur laju .

setelah beberapa hari berlalu , dan waktu untuk meluncurkan lagu baru kumpulan the queen pula sudah semakin tiba . pelbagai pihak termasuklah pihak produksi juga sudah selesai membuat segala persiapan dan tinggal hanya menunggu tarikh untuk mengeluarkannya sahaja.

" sekarang masanya dah tiba . dah bertahun tahun kau tunggu masa ni . jadi jangan hampakan aku . " ucap jenna kepadanya

"jangan risau . aku akan buat sebaik yang aku mampu . " balas crystiana pula

" jangan pernah lupa janji kau dekat aku dulu . " ingati jenna kepadanya .

" aku tak pernah lupa . jangan risau . aku akan balas dendam aku . aku nak dengar sendiri dia punya pernyataan jujur dan permohonan maaf dekat aku dan orang ramai . aku akan pastikan aku dapat tu ." ucap crystiana bersama wajah yang serius .

___________________________________

crystiana duduk berpeluh tubuh mengigil gara gara kesejukan kerana hujan ribut yang sangat kuat di situ . dia berkali kali meminta tolong kepada orang ramai tapi tiada siapa yang mahu membantunya sehinggalah tempat tersebut menjadi lenggang dan tiada siapa lagi melalui kawasan tersebut .

"tolong ... kenapa tak ada siapa yang nak tolong aku " rintih crystiana keseorangan sambil teresak esak menangis keseorangan . namun tiba tiba dia mendengar bunyi sepatu berjalan menuju ke arahnya . crystiana lantas mendongak untuk memandangnya. sepatu itu kemudian berhenti di hadapannya sambil melindunginya daripada terkena air hujan menggunakan payung .

" tolong saya kak . tolong saya" pinta crystiana sambil menangis kepada gadis muda itu . gadis itu kemudian membongkokkan badannya untuk memandang wajah crystiana dengan jelas.

" muka kau sangat cantik . muda lagi . umur kau berapa ?" soal gadis itu sambil menelek nelek wajah crystiana.

"17" balas crystiana

"muda lagi . nama ?"

"crystiana ros'e . "

" kau lari rumah ?" soal gadis itu lalu crystiana mengangguk anggukan kepalanya.

" dari luka muka kau dengan tangan ni . aku syak kau kena dera . jadi kau nak aku tolong kau ?"

"ya . tolong . tolong saya lari dari sini . bawa saya jauh dari tempat ni "

" kau beruntung jumpa orang yang baik macam aku . kalau kau jumpa orang yang jahat ? aku rasa kau dah kena jual organ kau . takpun badan kau . jadi kalau aku tolong kau . kau kena dengar cakap aku . memandangkan aku perlukan seseorang untuk teman aku larikan diri dari sini . aku akan bawa kau larikan diri . tapi ada syaratnya ."

"apa syaratnya?"

" ikut aku ." arah gadis itu sebelum membawa crystiana memasuki ke dalam keretanya setelah dia memberikan crystiana baju untuk menukar bajunya yang kebasahan.

" aku akan tolong kau tukar identiti kau . carikan kau syarikat untuk jadi terkenal . sebagai pertukaran . aku tak mintak apa apa cuma kau akan dengar cakap aku . buat apa yang aku suruh . faham ?" ucap gadis itu

"faham ."

" kau boleh panggil aku jenna je . memandangkan umur kita tak ada banyak beza . jadi cakap je macam biasa dengan aku. sekarang ni aku bawak kau pergi tempat aku untuk berehat malam ni . esok kita akan naik flight tinggalkan tempat ni. lagi cepat lagi bagus untuk elakkan parents kau report polis . so tak ada lah problem kalau nak lepas security dekat airport nanti " ucap jenna sebelum menghidupkan enjin keretanya.

" jadi apa yang kau rancang nak buat lepas ni ."

" aku nak balas dendam . "

"good . lapan tahun akan datang . bila kau datang sini balik . pastikan kau balas dendam dan lunaskan semuanya sekali ."

"apa yang kau nak buat pula ?"

" lari . aku tengah lari dari family aku . diorang nak kahwinkan aku dengan orang yang aku tak suka . jadi aku lari . ni life aku . jadi hak aku nak buat aku punya suka . diorang semua tak ada hak nak masuk campur. jangan risau walaupun tak ada diorang . aku still kaya . aku ada banyak kenalan . jadi masa aku tengah lari ni . kau kira jadi peneman dan pembantu aku untuk larikan diri . ok ?"

"ok ."

"aku nak kau putuskan hubungan dengan semua orang dekat sini . aku taknak ada sesiapa pun boleh contact kau . "

"tapi . aku ada seorang kawan ni . dia kawan baik aku . boleh tak aku ucapkan selamat tinggal dekat dia ? untuk yang terakhir . "

" excuse me ? no way . never . aku taknak ada sesiapa yang tahu kau dekat mana . aku nak diorang ingat yang kau dah lenyap . dah mati . jadi senanglah kerja aku nanti nak uruskan kau macam mana nanti . new life . new identity. aku bagi kau nama belle . sesuai dengan muka kau yang cantik tu "

"belle ? belle ... belle . belle white? "

"belle white ? nice . so nama kau mulai sekarang belle white . "

_________________________

" aku akan tolong kau . jangan risau . cuma pastikan tak ada siapa yang tahu apa yang kau buat . ok ?" ucap jenna kepada crystiana.

" ok . " balas crystiana.

"lusa kita akan premiere dekat sana . aku dah rancang semuanya . jadi kau tinggal ikut plan sahaja . kita tinggal tengok diorang makan umpan kita . "

"good . aku dah tak sabar nak tunggu balas dendam yang selama ni aku tunggu ."

" bila kita dah start buat benda ni . kita dah tak boleh nak patah balik . jadi apa apa pun yang berlaku . kita kena stay berdua . ok ?"

"ok . "

edward berjalan menuju ke pintu apartment untuk mengambil jenna dan crystiana dan membawa mereka menuju ke airport sebelum langkahnya terberhenti apabila dia melihat kelibat lelaki berbaju hitam di sebalik apartment itu .

" siapa tu ? dah beberapa kali aku nampak kelibat tu " ucap edward sebelum berjalan ke arah kelibat tersebut .

" what are you guys doing at here ?"soal edward kepada mereka yang sedang duduk seperti menunggu kedatangan seseorang.

"huh ? captain ?" soal lelaki yang mempunyai tattoo di lehernya.

"tiger ?dah lama tak jumpa kau .kau buat apa dekat sini ?" soal edward sebelum memeluk lelaki itu yang merupakan rakannya di askar satu ketika dahulu.

"wow . dah lama tak jumpa captain alpha kita ni"

" kau keluar askar dah bertahun tahun dah . masih lagi nak panggil aku captain ." ucap edward lalu menumbuk perlahan bahunya. lantas lelaki itu ketawa .

" perhatikan kalau dia keluar ." ucap lelaki itu sebelum kembali berbicara bersama edward.

"aku dengar kau dah nak naik pangkat. sekarang kau pangkat apa?"

" leftenan general. aku tolak sebab aku nak keluar . sekarang ni aku tengah berehat sebelum nak cari kerja . kau sekarang buat apa? masih lagi kerja macam dulu?"

" wow . leftenan jeneral . hrm nak buat macam mana . kerja ni yang paling sesuai dengan aku . kalau kau tak tolak . sekarang ni dah jadi general dah . sayang je nak keluar. ni mesti sebab perempuan ni" balas lelaki itu sambil menghisap rokok

" kau pun sama . jangan cakap orang . ni kau buat apa dekat sini?"

" hahaha . aku tengah kerja lah ni . kau tak ambik lagi kerja bodyguard macam dulu?."

" aku dah tak berminat . siapa orang yang kau tengah cari?"

" anak bos aku . dia punya keras kepala ni . menyusahkan aku betul "

"cis. aku taknak cakap banyak. kau sendiri tahu risiko kerja macam ni . aku pergi dulu lah . " ucap edward lalu bersalaman dengannya sebelum beredar

"lain kali jumpa kita lepak sama sama ok ?" ujar lelaki itu kepada edward

"alright ." balas edward tanpa memandangnya .

"siapa tu ?" soal lelaki lain yang bersamanya.

" captain aku dulu time dekat askar . kau jangan main main dengan dia . aku sarankan kau jangan pernah cari gaduh dengan dia kalau kau rasa nak selamat . lagi lagi kalau dapat job yang ada kena mengena dengan dia . better kau bla dari ambil . " ucap lelaki itu sebelum menghembuskan asap rokoknya itu ke udara.

"tapi . kenapa captain boleh ada dekat sini?" soal lelaki itu setelah lama berfikir.