crystiana mengerang kesakitan sehingga menangis teresak esak setelah terbangun daripada pengsannya . dia meringkukkan tubuhnya sambil memegang perutnya yang kesakitan itu manakala zack yang melihatnya seperti itu langsung menjadi semakin cemas .
" doktor albertnya mana? saya bawa dia pergi hospital sekarang ." ucap zack namun dihalang oleh jenna dengan bermati matian .
" no . doktor albert dah nak sampai dah . tunggu je kejap lagi ."
"nak sabar macam mana lagi ? nampak tak dia dah macam tu sekali sakit ? kita bawa dia pergi hospital sekarang . takut ada apa apa yang terjadi nanti dekat dia "
"belle okay je . percaya cakap saya . saya tahu apa yang berlaku . doktor albert dah bertahun jaga belle ."
"arghhhh"jerit crystiana yang sedang kesakitan itu lalu mengalihkan perhatian mereka bertiga kepadanya . mereka bertiga langsung mendekati crystiana.
" pegang tangan dia , jangan sampai dia pegang perut . masa dia sakit . automatic dia akan sakitkan badan dia ." arah jenna lalu zack dengan pantas memegang tangan crystiana , menghalangnya daripada menyakiti tubuh badannya.
"where is she?"soal albert setelah memasuki ruang tersebut .
"here " ucap jenna .
" please give me some space" ujar albert lalu dia mengeluarkan kotak perubatannya daripada beg dan membukanya . albert kemudian menyelak separuh baju crystiana sebelum mencucukkannya di bahagian perut dengan menggunakan sesuatu ubat . setelah itu, dia mencucukan jarum di lengan crystiana untuk memasing iv drip sebelum membuka pelbagai jenis ubat dan memasukkannya didalam iv drip tersebut .
" i want to talk with you " ucap albert kepada jenna .
"okay ." balas jenna lalu meninggalkan mereka berdua untuk berbicara bersama albert secara private .
"she need help. belle need help from specialist doctor. i cant help her anymore with those medicine . you already know her condition . if this goes any longer . im sorry to say it but . there only two option . either go into vegetative state or . have to go under many surgery . "
" albert . i really dont know what to do right now . she doesnt even want help . i will give you what you want . but you need to help me . give her all of the medicine that you have . you just need to slow down her illness . thats it "
"jenna . if i do it..... she will be dying . " ucap albert perlahan yang membuatkan jenna termati suara . air matanya perlahan lahan mula mengalir membasahi pipinya.
" im sorry . " ucapnya lagi sebelum memeluk tubuh jenna untuk memberinya semangat .
" dont worry . i already gave her medicine with high dose . she will be sleeping atleast for many hours. she cant feel the pain anymore . but it will not last longer . she really need to go to the hospital . " ujar albert manakala jenna hanya mengangguk angguk kan kepalanya.
jenna dan albert kembali memasuki ruang dimana mereka bertiga berada .
"kenapa mata kau merah?" soal edward kepada jenna setelah melihat matanya kemerah merahan.
"masuk habuk tadi . " balas jenna pendek lalu menuju ke arah crystiana yang sedang tidur lena tanpa sebarang kesakitan lagi.
" how she doing? is she alright ?" soal zack kepada albert .
"yes . she alright . she need a proper rest . dont give her drink caffeine and alcohol err .. atleast avoid it . " balas albert setelah memandang wajah jenna yang memberi isyarat menghalangnya daripada memberitahu perihal sebenar kepada mereka berdua .
" i will take my leave ." ucap albert lagi setelah memeriksa kondisi crystiana sebelum beredar daripada tempat itu .
"boleh angkatkan belle masuk ke dalam kereta " pinta jenna kepada zack manakala zack langsung membuatnya tanpa sebarang bicara .
" biar aku ambilkan ubat dia . kau masuk dulu dalam kereta " ucap edward kepadanya
"terima kasih " balas jenna dengan lembut kerana dia sudah tidak mempunyai tenaga lagi untuk bertengkar lalu tiba tiba dia menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali . jenna langsung membuka dan membacanya .
" jom" ucap zack dari belakangnya .
"err. ok " balas jenna lalu menyimpan telefonnya dengan pantas .
crystiana membuka matanya dengan perlahan lahan . sinaran lampu yang kuat menyilaukan matanya menyebabkan dia kembali menutup mata sebelum cuba membangunkan tubuhnya untuk bersandar. zack yang sedang berada di sebelahnya dengan pantas membantunya untuk bersandar .
" hh..eii . ww..hat are you doing ..here?" soal crystiana dengan tergagap gagap kerana terkejut dengan kehadiran zack di situ .
" much better? "soal zack kembali lalu meletakkan bantal di belakang tubuhnya supaya crystiana selesa ketika bersandar .
" erm . apa yang awak buat dekat sini?" soal crystiana lagi , matanya langsung tidak lepas daripada memandang zack yang sedang membantunya itu .
"kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit?" soal zack lalu menatapnya bersama wajah yang dingin .
"huh ? " ucap crystiana dengan terpinga pinga kerana dia tidak pernah melihat zack melayannya dengan sebegitu rupa .
"awak tahu tak yang awak boleh menyusahkan ramai orang kalau awak tak bagitahu yang awak tengah sakit ? selamat saya ada masa tu . boleh tolong awak . kalau orang tak ada dekat awak ? kalau orang yang tak kenal macam mana ? " ucap zack yang seperti sedang memarahinya membuatkan crystiana terdiam . dia kemudian sedar bahawa zack dalam keadaan yang serius. zack kemudian menghembuskan nafasnya dengan berat lalu meraup wajahnya .
" saya ambilkan awak air . " ucap zack sebelum keluar daripada bilik itu .
"awak . marah ke ?" soal crystiana setelah zack kembali masuk ke bilik itu sambil membawa makanan dan minumannya namun zack hanya berdiam diri tanpa membalas pertanyaannya.
' ofcourselah dia marah . kenapalah kau tanya soalan bodoh tu dekat dia . ' crystiana memarahi dirinya di dalam hati . zack membuka meja yang berada di katil itu sebelum menghidangkan makanan yang dibawanya .
" makanlah . awak baru bangun ." ujar zack lalu menyediakan ubat ubatan yang perlu dimakannya setelah mengisi perut .
" lepas tu baru kita bercakap . " ujarnya lagi setelah dia melihat crystiana langsung tidak bergerak .
"tch . jenna dekat mana?" soal crystiana sambil mula memegang sudu .
"dekat luar dengan edward . " balas zack sambil menatap telefonnya . crystiana kemudian meletakkan kembali sudunya dan memeluk tubuhnya.
" saya tak boleh nak makan kalau macam ni . " ucap crystiana setelah melepaskan nafasnya dengan berat lalu zack langsung memandangnya sekilas.
"makan . lepastu makan ubat . " ucapnya dengan masih dingin .
" saya taknak makan kalau awak masih macam tu . " balas crystiana . dia merasa berat hati dan bersalah apabila melihat zack melayannya seperti itu . zack kemudian menyimpan telefonnya dan memandang crystiana.
" duduk sini"suruh crystiana sambil menepuk nepuk ruang kosong yang berada di sebelanya itu.
" kalau tak saya pergi tempat awak " ugut crystiana lalu membuat aksi seperti ingin mencabut jarum iv dripnya daripada lengannya yang membuatkan zack terkejut .
" tak payah . saya duduk dekat situ ." ucap zack dengan laju manakala crystiana langsung tersenyum apabila mendengarnya . zack kemudian berjalan dan duduk di sisinya dengan berhati hati agar tidak mengenai iv dripnya . tanpa berfikir panjang, dia langsung mengambil peluang tersebut dan mendekatkan wajahnya bersama wajah zack yang langsung membuatkan zack terkejut dan terpana .
" awak tengah marah dekat saya . " ucap crystiana sambil menatap kedua dua belah mata zack sebelum kembali menjauhi wajah zack.
" saya minta maaf kalau saya susahkan awak . kalau saya dekat tempat awak pun mesti awak terkejut , risau . marah . " ucap crystiana lagi manakala wajah zack mula bertukar menjadi lembut .
" saya taknak bagitahu sebab saya taknak orang tahu . saya dah terbiasa macam ni . lagipun . jenna selalu ada dengan saya jadi saya ..."
" tapi jenna tak ada masa tu ." pintas zack
" yeah . lucky me . "
" jangan rahsiakan apa apa dari saya lepas ni . saya ada hak nak tahu . awak tahu tak betapa risaunya saya bila saya tak boleh nak buat apa apa masa awak tengah sakit? saya tak boleh nak tolong apa apa sebab awak cuma boleh berharap dekat doktor albert . " ujar zack meluahkan rasa isi hatinya .
"speechless . tak ada pernah ada orang risau pasal saya macam ni . selain jenna ." balas crystiana sambil tersenyum
" saya bukan cakap main main ." ujar zack dengan serius lalu crystiana memandang tepat ke mata zack dengan wajah yang serius .
" sekarang hanya cuma ada dua pilihan je . satu . sama ada awak berlakon untuk dapatkan apa yang awak nak . kedua . awak betul betul berkawan dengan saya tanpa niat lain .jadi , kalau awak rasa nak mainkan perasaan saya baik awak fikirkan dua kali . " ucap crystiana dengan serius . zack kemudian mendekatkan wajahnya kepada crystiana .
" saya tak pernah rapat dengan perempuan lain dan saya tak pernah gunakan orang untuk kepentingan diri sendiri . saya risaukan awak sebab awak penting bagi saya" ucap zack sambil menatap mata crystiana