Chereads / Moga Firdaus itu Milik Kita / Chapter 4 - Pinjaman

Chapter 4 - Pinjaman

Melihat Ros yang menghampiri dengan segelas kopi untuknya,pantas Shuib mencuri peluang untuk bermanja-manja berdua.

"Ayang...,boleh tolong urutkan kaki I tak?I rasa lenguh maybe gout kot semalam makan seafood banyak sangat",ucap Shuib dengan nada suara manja yang paling manis untuk Ros,Shuib yang sedari tadi berbaring di gazebo menikmati keindahan alam sambil menunggu kopi di sediakan oleh kesayangnya.Suasana indah tika itu, jika boleh mahu di tempuh sehari-hari ,ikutkan rasa hati ingin sahaja menetap di sini ,jauh dari kesesakan kota yang bising,bingit dan tiada udara segarnya setiap hari. Di sini bangun subuh terus menikmati bau segar laut dan menatap terbit mentari pagi yang indah di iringi bunyi deruan pantai yang memecah ombak di pantai yang boleh di dengar dari dalam bilik tumpangan 'Ya Allah indahnya ciptamu',minda Shuib bermonolog sendirian.

Namun ketenangan itu terbantut dengan laungan dan pekikan Danish yang berlari tercungap-cungap menuju ke arah mereka berdua.

"Uncle Ib! Uncle Ib!, papa... panggil kat depan sana,hujung pantai,"nyaring suara Danish dalam cungapan ke penatan berlari sambil tangannya menunjuk ke arah pantai hanya berberapa meter di hadapan Bidara Bay Guest House. Sedari matahari terbit Ijad ,Maizi dan Danish sudah sibuk mengukur pantai Teluk Bidara untuk mencari tempat yang sesuai untuk aktiviti memancing mereka pada malam hari nanti.

"Berita baik uncle Ib, papa minta uncle pakai baju mandi sekali, papa suruh bagitau dia jumpa port cantik untuk mandi,cantik Uncle Ib macam swimming pool, air dia biru dekat dengan gua tepi laut, Danish nak swim ni tak sabar, Uncle kejap tau, tunggu Danish nak tukar baju tau, tunggu Danish tau... MAMA!MAMA! Danish nak baju swimming" laung Danish dengan kuat memanggil Nor yang sibuk mengatur barangan yang di beli di kedai ECO RM2 di Dungun semalam. Best bargain menurutnya,perempuan dan shopping sememangnya tidak boleh di pisahkan.

"Ada dalam beg pakaian kamu tu, cari elok-elok,gunakan mata tu,make sure pakai spek mata, kalau pakai lutut tak jumpa nanti",spontan ucap Nor dengan suara datar bila di lihat Danish berlari ke arahnya, selalu jika berada dalam kelam kabut barang yang di cari di hadapan mata pun Danish masih meminta pertolongan orang lain.

Tanpa berlengah Danish meluru ke arah beg pakaiannya,habis bersepah di keluarkan semua pakaian dalam operasi mencari baju renang, bila ketemu terus di tukar ganti pakaian tanpa lengah dan berlari menuju ke arah Shuib, kerana tidak sabar ingin bermain air. Anak-anak memang bergitu tingkahnya. Kelihatan sama Ros juga telah berganti baju untuk menyertai si suami dan rakan-rakan lain.

"Danish mama tak ikut ke?,"tanya Ros.

"Ikut. Kejap lagi sebab mama dalam tandas, Auntie nak tunggu mama ke?, Cik Ta kata dia tunggu mama".Balas Danish endah tak endah sambil mengapai tangan Shuib untuk di bawa menuju destinasi tempat Ijad dan Maizi sedia menunggu mereka semua. Bab menikmati percutian memang hobi mereka.

"Anje , I tunggu Eita dan Nor boleh?", Ros meminta kebenaran Shuib.

"Boleh , nanti bawa air mineral yer takut haus",balas Shuib sambil kaki melangkah mengikut si kecil.

Selang 5 minit kemudian kelihatan 3 sekawan menuju ke arah pantai menjinjing bekalan bukan sekadar sebotol air untuk berpiknik di pantai. Rugi la kalau lepas mandi tak makan, sejuk-sejuk bila penat berenang, makan apa pun sangat enak. Di kejauhan dapat di lihat Danish seronok berenang di temani Ijad dan Shuib, Maizi berendam badan kerana beliau tidak pandai berenang.

Tikar di bentang dan makanan di hidang. Semua bermain air dengan seronoknya.

"Ijad dah masuk dalam air ini rasa best la pulak, tak sejuk sangat macam mandi di swimming pool, hangat, aku suka suhu macam ini",sembang Shuib sambil menepuk-nepuk air ke arah Danish yang ralit berenang tidak di nafkan memang tempat yang Ijad cari sangat cantik,air laut dikelilingi batu-batu karang yang agak tidak tajam dan seolah-olah kolam ,airnya takat dada sahaja dan berdekatan gua yang boleh di terokai jika air surut. cantik sungguh ,air yang jernih dan bersih tanpa pencemaran. Sungguh terjaga kawasan tersebut. Suhu air yang hangat dan nyaman seolah-olah ada heater mungkin kerana ada batu-bata di sekeliling.

"Alah air tepi pantai memang hangat tapi kalau dah jauh kedalam selalunya kalau lebih 18 meter memang kena pakai wet suit tebal melainkan badan kau badan singa laut baru tahan sejuk",lancar Ijad memberikan informasi.

"Aku rancang nak bersara nanti kita pindah tepi pantai nak, kau buat sebuah rumah,selang dengan aku dan Maizi tentu menarik, tenang kat sini aku suka.",Shuib memberikan cadangan.

"Aku pun suka kat suasana sini", Maizi turut setuju dengan cadangan Shuib.

"Cadangan sahaja , jika Allah SWT panjangkan umur.Berapa hartanah di sini ya Ijad?', tanya shuib lagi.

"lebih kurang 1 juta untuk 2 hektar macam guest house yang kita sewa tu just nice boleh ternak ayam dan bercucuk tanam sikit-sikit", laju Ijad menjawab.

"Atau Ijad kau buka dive centre kat sini, aku buka kedai makan,Shuib buat rumah tumpangan, usahasama, camner", Maizi pula memberikan cadangan.

Kesemua mereka telah lelah berkerja dengan orang lain .Mereka mencari peluang lain.Bagi Maizi yang punya kelulusan sebagai chef, Ijad pula instructor laut dalam yang berdaftar dan di ikhtiraf oleh PADI dan Shuib adalah seorang speaker kewangan , masing-masing ada kelebihan tersendiri dan ingin bergabung bersama kerana mereka punya minat yang sama iaitu menikmati makanan sedap dan suka akan keindahan alam.

"Korang ini sembang gitu memang best tapi buat masa ini, aku dengan Nor kena fikir anak dulu biar dia habis belajar then next baru boleh fikir lain", Ijad memberikan alasan yang memang tidak dapat di sangkal. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Impian itu memang indah buat mereka walau kena tunggu 6 tahun lagi. Ijad mengaru kepala yang basah dengan air masin.

"Ayang!!Ayang!NOR!NOR!Oiii cik kak!!!!", panggil Ijad kepada isterinya yang kadang-kadang agak kurang pendengaran.

"Ish Abang ini kenapa panggil oii..oii pula",kedengaran bebalan Nor tapi masih menghampiri Ijad.

"Dah awak tak dengar, dah naik sakit tekak saya jerit panggil awak, adakah saya ini dapat isteri seorang pekak?",gurau Ijad menambah ajinomoto buat si isteri. Ijad dan Nor bergurau memang agak kasar, kawan-kawan dah masak dengan perangai mereka. Nor marah-marah sayang. Kadang-kadang agak lucu melihat pasangan ini.

"Semua!!! jom naik, dah tengah hari ini karang sun burn pula, petang nanti kita sambung atau lepas lunch kita ke air terjun pula!", laung Nor memanggil suami,anak dan kawan-kawannya. Dah macam mandor memberikan arahan.

"Kejap la Nor, aku dengan Ros tak puas mandi lagi ini", laung Shuib enggan beranjak dari air.

"Bro dah la tu, kalau kau tak naik anak buah kau tu pun sama tak mau naik, takut sun burn, nanti sakit dia juga yang nangis-nangis,petang nanti kita sambung balik, okay? Jom Danish dah lama mandi tengok tangan awak pun dah kecut tu", balas Nor mencapai tangan Danish. Danish menolak tangan Nor kerana mengikuti Shuib yang masih tidak berganjak berendam di situ.

"Alah mama ni tak sporting, mama nak balik pergi la, Uncle Ib dengan Auntie Ros ada jaga Danish kat sini", potong Danish sambil memandang Shuib dan Ros.

"Danish kita balik main monopoly jom", pancing Cik Ta yang sedang sibuk mencapai barang-barang untuk di bawa balik.

"Semua main dengan Danish ke?", pantas tanya Danish kembali dengan matanya bersinar teruja bila di pujuk untuk bermain.

" Ye semua sekali- Cik Mai,Papa, Uncle Ib dan Auntie Ros",pujuk Ros pula sambil matanya di alih pada sang suami dengan senyuman paling masih dan menawan memujuk si dia keluar dari laut.

"Anje naik yer, jom sayang , kesian Danish tu , you tak naik dia pun refuse", pujuk Ros membuat mimik muka mencebik dan tersenyum sekaligus. Sweet sangat mereka berdua. Memang tidak di nafikan mereka berdua pasangan yang tidak segan silau menunjukkan kasih sayang secara terbuka.

"Alah....Kejap jer lagi five minute, I keluar yer", balas Shuib sambil memberikan ciuman angin pada si isteri.

Sebaik habis mereka mengemas barangan yang di bawa tadi. Semua keluar dari laut dan berjalan bersama menuju ke guest house semula sambil berbual dan bergurau senda.

"Bro malam ini on kan fishing?", Shuib bertanya untuk kepastian pada Ijad dan Maizi sambil meloncat-loncat kecil mengelak batu di jalan. Exercise sikit untuk kaki yang sakit.

"On kalau cuaca cantik, pancing depan guest house jer", kata putus di berikan oleh Ijad sambil Maizi mengangguk kepala dan memandang ke arah isteri mereka yang berjalan beriringan di hadapan.

"Makan kat pekan yer, kopitiam aku teringin nak makan mee kari", cadang Ijad.

"Aku on jer", serentak Maizi dan Shuib menjawab.

Malam itu cuaca agak tidak bagus, jadi mereka berkumpul di bilik Nor dan Ijad bemain monopoly dan bermain permainan kad.

"Hahaha, aku kaya..mari-mari sapa mau, jangan lupa singgah my property", ucap Shuib bangga mendahului rakan-rakan lain dan mengusik semua.

Mata danish memerah tidak dapat menerima kenyataan kekalahan dan secara tiba-tiba dia menangis kuat,Ros memujuk dengan memberikan kad yang boleh memberikan kemenangan dari terus kalah dengan teruk. Eita tersenyum menahan ketawa dengan telatah Danish sambil Maizi mengurut dada kerana kalah agak teruk, Ijad tersenyum sahaja memandang kerana berada di tempat kedua selepas Shuib. Nor melihat sahaja telatah semua kerana tidak suka bermain kad,menurut dia- no luck, dia dengan suka rela menjadi pembancuh air dan penghidang makanan ringan sepanjang game tersebut berjalan.

Malam makin larut, Danish telah masuk tidur. Hujan juga telah berhenti, ketiga-tiga pasangan suami isteri duduk bersebelah sambil Ijad menghisap vape sementara Shuib membetulkan ling karan ubat nyamuk. Tenang duduk bersembang bercerita isu semasa dan kewangan dunia sambil bercerita tentang hal-hal ugama. Shuib mengalukan surah Ar-Rahman sambil menerangkan maksud setiap bait baris ayat.

"Kita ini hidup kat dunia just macam kita berjalan holiday, jalan-jalan, jatuh, sakit, gembira, suka, kecewa dan merana sebab apa? untuk kita ready bagi jalan terakhir kita",ucap Shuib memberikan takzirah kepada rakan-rakannya.

"Memang sebagai manusia ini kita tak sempurna namun kita harus mencari sempurna.Itu wajib buat kita semua.Berapa sempurna kita dapat itu belakang cerita",sambung Shuib lagi.

"Tapi Shuib kadang-kadang sebab terlalu lelah, kita tak gembira ,kecewa dan marah kadang-kadang buat kita lupa tujuan kehidupan kita ini so apa yang perlu kita buat?",Nor pula mengaju soalan.

Di sampuk Eita."Betul Abang Shuib,kadang-kadang kita ini akal pendek dah buat baru teringat,macam mana tu?'.

"Allah maha penyayang dan pengasih tiapa masalah yang tidak punya penyelesaian",kupas Shuib perlahan-lahan memberikan penerangan dan berkongsi ilmu dunia dan akhirat bersama. Bukan mudah untuk tarbiah orang tapi dia cuba sebaik mungkin membawa semua pada kebaikan.

Dengan sebab itu, dia telah mewakafkan diri untuk menjadi Masjid Tour untuk pelancong setiap Selasa bercerita tentang Islam dan mengajak orang bukan Islam mengenal apa itu Islam.Kawan-kawan seiringan juga di ajak sama ke arah kebaikan untuk beroleh rahmat Allah SWT bersama-sama.

Moga Allah SWT menempatkan beliau di tempat tertinggi di sana. Amin ya rabbi al amin.

Perjalanan hidup ini panjang, namun pengakhiran kita tidak tahu bila mungkin saat ini, tika ini, esok, lusa tapi yang pasti setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan mati. itu seratus percent pasti.