"Cikgu!!" jeritku.
"Apahalnya Amir" tanyanya kehairanan melihatkan aku basah lenjun dalam hujan lebat dengan kilat yang sabung menyabung.
"Saya nak pinjam pam, tayar pecah".
"Tunggu sat!!" jeritnya.
1...
2...
3...
4...
5...
6...
7...
8...
9...
10...
11...
12...
13...
14...
15...
16...
17...
18...
19...
20...
21...
22...
23...
24...
25...
26...
27...
28...
29...
30...
31...
32...
33...
34...
35...
36...
37...
38...
39...
40...
41...
42...
43...
44...
45...
46...
47...
48...
49...
50...
51...
52...
53...
54...
55...
56...
57...
58...
59...
60 saat!
Cukup 1 minit, suami Cikgu Suraya membuka pintu rumah dan keluar membawa payung. Dia membuka kunci pintu pagar. Aku tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Hang pi mana ni?" soal suami Cikgu Suraya.
"Saja ronda-ronda, ingat nak pi masjid tadi, tapi tayar pulak tak de angin." jelasku. "Err, abang ada pam tak?"
"Pi masjid apa pakai seluar pendek? Sat nak tengok dalam stor. Masuklah dulu." pelawanya.
"Tak payahlah, nanti basah pulak rumah abang."
"Hang dah solat Asar belum?" tanyanya lagi.
"Takpelah bang, saya solat kat rumah jelah." jawabku lagi.
"Tunggu sat." suami Cikgu Suraya pun meninggalkan aku kesejukan di situ, dia terus berlalu menuju ke dalam. Sebentar kemudian dia keluar membawakan pam dan baju hujan.
"Nah." dihulurkannya pam ke arah aku.
Aku capai dan terus mengepam angin ke dalam tayar basikal aku.
"Nak balik terus la ni." ujar aku.
"Haa.. Lepas pam hang teruih balik. Jangan nak kona-kona pi tempat lain lagi. Nanti kirim salam dengan orang tua hang." kata suami Cikgu Suraya itu lagi.
Selepas selesai pam basikal dalam hujan, aku terus mengayuh basikal dan berlalu dari situ. Sayup-sayup kedengaran suara dari belakang.
"Baju hujan aku hang jangan lupa pulang!".
Moral of the story: Janganlah tunggang basikal bila hari dah nak hujan.