Pertempuran Tetua Garvey menentang musuh mengakibatkan aura Kuasa Pemerintah memenuhi kawasan tersebut, menyebabkan tiga lagi ketua puak Empat Makhluk Suci bergegas ke sana. Apabila mereka melihat enam pakar serentak menyerang Linley, wajah mereka semuanya berubah.
"Alamak! Mereka berenam menggunakan Kuasa Pemerintah dan dua daripada mereka adalah Bapa puak!" Ibu Burung Vermilion segera mengenali pakar musuh dari jauh.
"Bagaimana perkara ini boleh terjadi?! Lapan buah puak besar benar-benar telah hilang akal!"
Bapa Harimau Putih, Bapa Kura-kura Hitam dan Tetua lain tidak mempercayai apa yang mereka lihat. Tidak kira bagaimana berkuasanya Linley, dia hanyalah Iblis Tujuh Bintang. Mana mungkin dia menaikkan kemarahan lapan buah puak besar sehingga mereka menggerakkan kuasa besar. Enam ahli musuh segera menggunakan Kuasa Pemerintah untuk menyerangnya dan dua daripada mereka ialah Bapa puak!